Bukti salinan alat cetak logam mudah-alih

Ada banyak bukti bahawa Jikji dicetak menggunakan alat cetak logam mudah-alih. Secara asasnya, bentuk tulisan dari percetakan logam mudah-alih dan jenis kayu adalah berbeza. Tulisan dari percetakan menggunakan kayu nampak bersih dan kemas. Manakala tulisan menggunakan alat cetak logam mudah-alih pula tidak berapa bersih dan bahagian yang kecil tidak berapa jelas kelihatan. Tulisan di Jikji mempunyai ciri-ciri yang sama dengan tulisan alat cetak logam mudah-alih. Maka Jikji sememangnya dicetak menggunakan alat cetak logam mudah-alih.

Sebab lain ialah yang pertamanya, epilog Jikji sudah membuktikannya. Di muka surat terakhir, tertulis dengan jelas siapa, bila, di mana dan bagaimana ia diterbitkan. Dalam artikel itu terdapat perkataan ‘juja’ yang bermaksud alat cetak logam mudah-alih.

Yang kedua, ada huruf yang ditulis terbalik. Pada muka surat 12, 24 dan 29, huruf ‘il’ ditulis terbalik ke bawah dan huruf ini boleh dijumpai pada beberapa muka surat menandakan alat cetak logam mudah-alih yang sama telah digunakan.

Category: Jikji · Tags: , ,

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr