Hanbok

 
Hanbok ialah pakaian tradisional orang Korea. Pakaian ini adalah warisan dari zaman kuno tapi hanbok yang dipakai sekarang lebih kurang sama dengan bentuknya pada zaman Joseon (1392~1910). Korea kaya dengan pelbagai jenis pewarna pakaian, di mana perkara ini dapat dilihat daripada hanbok. Warna hanbok yang terang memainkan peranan yang penting untuk mengekspresikan kecantikannya beserta gayanya yang sederhana. Hanbok sesuai dengan gaya kehidupan Korea di mana rakyatnya duduk di lantai di Hanok, rumah tradisi Korea.

Hanbok bagi perempuan terdiri daripada ‘Jeogori(pakaian atas), chima(skirt), sokbaji serta sokchima(seluar dalam dan kain dalam)dan boson(stokin). Selepas memakai sokbaji dan sokchima, boson dipakai kemudian chima dan yang terakhir ialah jeogori. Semasa memakai chima, hujung sebelah kiri mesti berada di depan dan tali mesti diikat di bahagian depan. Durumagi pula boleh dipakai sebagai pakaian luar.

Hanbok bagi lelaki pula terdiri daripada sokkot, jeogori dan baji(seluar). Baji dipakai selepas memakai sokkot dan sokot. Semasa memakai baji, sesuaikan dengan saiz pinggang dan dilipat daripada kiri ke tengah. Kemudian jeogori dipakai, boson juga dipakai dan akhir sekali daenim diikat di pergelangan kaki.

100 tahun yang lepas, orang Korea masih lagi memakai hanbok dalam kehidupan seharian mereka tetapi sekarang mereka jarang memakainya. Orang Korea memakai hanbok pada hari istimewa seperti majlis perkahwinan ataupun hari kebesaran mereka. hanbok moden lebih pendek dan lebih senang dipakai untuk disesuaikan dengan kehidupan moden kerana hanbok tradisional labuh dan cara memakainya sangat rumit. Kini ada juga yang mencipta hanbok untuk dipakai dalam kehidupan seharian. Pereka fesyen Korea berterusan memperkenalkan pakaian yang bertemakan hanbok di medan fesyen antarabangsa seperti pretaporter di Perancis dan masyarakat dunia menunjukkan minat dengan hanbok.

Category: Gaya “han” · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr