Namwon

Namwon ialah pusat kesusasteraan klasik Korea seperti cerita ‘Chunhyangjeon’ dan ‘Heungbujeon’. ‘Chunhyangjeon’ sebenarnya digunakan untuk pansori tetapi kemudiannya dijadikan novel. Novel ini memaparkan cerita cinta zaman kerajaan Joseon. Dan Namwon juga adalah tempat asal-usul cerita ‘Heungbujeon’ yang merupakan antara cerita paling popular di Korea.

Gunung Jiri merupakan kawasan pergunungan terbesar di Korea, meliputi Gurae Jeollanamdo di barat, Namwon Jeollanamdo di utara, Hamyanggun Gyeongsangnamdo di timur laut. Tempat pertemuan 3 daerah ini diberi nama ‘Samdobong’ yang bermaksud 3 daerah. Gunung Jiri mempunyai 20 puncak yang tingginya 1000m dari paras laut, 15 bukit dan 3 punca air.

Gwanghallu adalah taman tradisional yang dibina pada zaman pertengahan Joseon. Itulah tempat di mana Chunhyang bertemu Lee Mongryong buat kali pertama. Kita dapat menikmati pemandangan yang indah di sini.

Namwon terkenal dengan gunung Jiri. Gunung Jiri diiktiraf sebagai taman negara, tempat pelancongan kelapan yang popular dan gunung yang kelima terbesar dan terindah di Korea.

Tinggi gunung itu ialah 1915m, mempunyai 85 puncak dan 10 puncak curam seperti Puncak Arnab, Puncak Banya, Nogodan dan puncak kedua tertinggi di Korea iaitu Cheonwangbong. Sebab itulah gunung ini ialah gunung paling terkenal di Korea. Gambar ini ialah Baemsagol yang terkenal kerana nyaman pada musim panas.

Ada cerita dongeng yang menarik mengenai gunung Jiri. Pada 1300 tahun yang lampau, terdapat kuil di sana. Pada masa itu, jika seseorang itu bersembahyang pada hari yang istimewa, dia akan sampai ke syurga. Jadi ramai sami yang pergi ke sana tetapi tidak kembali. Orang ramai berkata yang orang-orang yang hilang telah menjadi pengikut kepercayaan Tao. Tetapi ada seorang sami yang berasa pelik lalu memberitahu kepada raja. Rajapun memberi baju yang disapu dengan racun. Sami tadi pulang ke kuil dan memberi baju itu kepada sami lain yang hendak ke Sinseonbawi. Selepas hari itu, sami tadi terjumpa sami yang satu lagi bersama makhluk seperti ular. Sejak dari itu, orang ramai memanggil teluk itu sebagai Baemsagol.

Ini ialah Gwanghallu. Cantik tak?

Tempat ini adalah taman terkenal Korea bersama Soswaewon di Damyang dan Gyeonghweru di Seoul. Seluruh taman dipanggil Gwanghalluwon. Kita dapat merasakan semangat Seonbi, seorang sarjana zaman Joseon dan juga menikmati pemandangan yang indah.

Gambar ini menunjukkan suasana semasa festival Chunhyang. Festival ini berlangsung pada 1~5 haribulan Mei setiap tahun. Semasa festival, banyak acara tradisional yang boleh kita sertai.

Taeyong

Category: Maklumat Daerah · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr