Statments of specialists and world leader on Jikji

Al-Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat

Pada tahun 1995 di Brussel, Belgium, pada Persidangan Menteri Telekomunikasi G7, beliau berkata bahawa Korea telah mencipta alat cetak logam mudah-alih yang terawal di dunia. Tetapi berbeza dengan Eropah, ia gagal mengembangkan budaya Korea melalui penciptaannya. Dan pada 2005 pula, di Forum Digital Seoul, beliau berkata bahawa revolusi digital Korea adalah hadiah kedua dalam sejarah manusia. Dengan penciptaan alat cetak logam mudah-alih, Korea telah memberi kesan kepada seluruh dunia.

Schiller Dietrich, pengarah arkib audio Austria.

Jikji ialah buku pertama yang dicetak menggunakan alat cetak logam mudah-alih. Ini ialah revolusi maklumat. Pada waktu itu, maklumat yang terdapat dalam buku sangat mudah disebarkan kepada para pembaca. Jadi ia boleh dikira sebagai internet zaman pertengahan.

Joei Springer, pegawai warisan dokumentari UNESCO

Jikji diiktiraf sebagai warisan dokumentari dunia oleh UNESCO. Menerusi pengiktirafan ini, kita dapat lihat yang usaha memelihara warisan dokumentari dunia sedang giat dijalankan dan ini mungkin pengaruh dari rakyat Korea dan penduduk Cheongju.

 

Category: Jikji · Tags: , , ,

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr