Malay VANK » Maklumat Daerah

Samcheok
Bandar Samcheok, terletak di selatan Gangwondo dan mengadap Laut Timur dan terletak di utara Uljin, Gyeongsangbukdo. Di sini kita dapat menyaksikan laut yang indah dan gua penuh misteri.

Tempat yang sunyi dan aman ini terletak 1.4km jauh dari bandar.

Kamu boleh memasuki gua Hwason selepas melepasi tempat membeli tiket, beberapa buah rumah lama, jambatan, air terjun dan 398 anak tangga besi. 448 jenis tumbuhan liar sedang tumbuh di sekitar gua. Ia mengambil masa selama 1 jam untuk melawat dalam gua dari pintu masuk. Pada musim sejuk gua dibuka pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 5 petang dan pada musim panas pula dibuka pada pukul 8 pagi hingga 7 petang.

Tahukah kamu mengenai Samcheoksi di Korea? Di sana terdapat banyak gua dan ia merupakan tempat yang mengagumkan. Di Samcheoksi, separuh daripadanya ialah gua-gua tetapi disebabkan keadaan dalam gua yang agak merbahaya pelawat biasa hanya boleh pergi ke gua Hwaseongul dan Daegeumgul yang berada di bahagian taman Daeiri.

Kalau kita berjalan terus mengikut jalan bukit yang berkecerunan tinggi di Gunung Deokhang, kamu akan sampai di gua Hwansoengul. Jalan menuju ke Daegeumgul bermula di landasan keretapi. Kita dapat naik ke atas dengan menaiki keretapi Daegeum selama 7 minit. Jika menaiki monorel Daegeumgul, kita akan dapat melihat dunia tersembunyi yang penuh dengan stalaktit dan pembentukan batu-batan yang indah.

Banyak kisah tentang sungai. Salah satu daripadanya ialah seperti berikut. Ada seorang perempuan cantik muncul di air terjun Kampung Daeiri untuk mandi tetapi kalau ada orang kampung menghampirinya, dia akan hilang. Bila disuluh, orang kampung nampak dia masuk ke dalam gua. Jadi orang kampung menganggap perempuan itu pari-pari dan menamakan gua itu Hwanseongul atau gua dewi yang lahir semula.

Gua batu kapur terbina mengambil masa yang lama di mana air dan asid yang terhasil semulajadi bertindak balas dengan batu gunung. Bila mata sudah terbiasa dengan kegelapan di dalam gua, anda akan nampak batu-batu berbentuk tanduk dan bayang-bayangnya. Selain itu, di dalam Hwanseongul, ada jambatan pengakuan dimana jika kita melintasi jambatan itu, dosa kita akan terhapus.

Bas yang pergi ke Samcheok boleh dinaiki di Terminal Bas Ekspres Seoul setiap 40~50 minit setiap hari. Pada hari minggu, bas pertama bertolak pada pukul 6.30 pagi dan bas terakhir ialah pada pukul 11.30 malam. Dan di Terminal Seoul Timur pula, bas bermula pada pukul 7.10 pagi hingga 8.05 malam iaitu sebanyak 15 perjalanan. Jika mahu memandu dari Seoul ke Samcheok, sila ikut Lebuh Raya Yeoungdong dan apabila sampai di simpang Gangneung, ikut pula Lebuh Raya Donghae ke arah Donghae. Kemudian ikut laluan nombor 7. Bayaran masuk ke Daegeumgul ialah 12000 won untuk dewasa dan kamu perlu membuat tempahan di laman ini : http://samcheok.mainticket.co.kr

Kamu akan dapat menemui banyak maklumat di laman ini. Di Samcheok, terdapat banyak pantai yang cantik dan di taman Haesindang, terdapat patung yang cantik. Saya berharap kamu akan melawat Samcheok.

Hyonsok

Andong
Andong ialah tempat kebudayaan tradisional Korea yang berusia 2000 juta tahun masih terpelihara. Sebanyak 280 warisan tinggalan berada di sekitar bandarnya. Dari Seoul ia mengambil masa selama 3 jam untuk ke Andong, 2 jam 30 minit dari Busan atau Daejon dan sejam perjalanan dari Daegu dengan kereta.

Pelbagai warisan tinggalan sama ada ketara atau tidak ketara termasuk khazanah negara terletak di Muzium Hahoe dan Kampung Hahoe Andong. Seluruh Kampung Hahoe disenaraikan sebagai Bahan Rakyat Penting nombor 122. Penduduk masih mendiami kampung itu dan masih mengamalkan kebudayaan Korea. Tarian topeng disediakan pada hujung minggu hari ahad setiap pukul 3 pada bulan Mac, April, November dan pada bulan Mei hingga Oktober pula, ia diadakan pada hari sabtu dan ahad setiap minggu.

Festival tarian topeng antarabangsa Andong diadakan bermula pada tahun 1997 dan sehingga 2009, sebanyak 14 kali festival telah diadakan. Pada festival ini, pameran tarian topeng dari seluruh dunia, festival warisan budaya Andong, festival tradisional Andong akan diadakan bersama. Sepanjang festival diadakan, diadakan persembahan tarian topeng yang merupakan warisan budaya Korea yang terpenting dan tarian topeng dari negara lain juga diperkenalkan.

Di antara peribahasa Korea “jika ketawa, akan membawa bahagia”, pernahkah kamu mendengarnya?

Orang Korea memang dari dahulu lagi suka tersenyum.

Orang Korea suka tersenyum sejak dari dahulu lagi dan mereka akan bersama-sama menghadapi kesukaran. Kita dapat melihat perkara ini pada tarian topeng Hahoe. Kebanyakan topeng yang digunakan dalam tarian ini berwajah bahagia. Disebabkan senyuman pada topeng itu, ekor matanya jatuh ke bawah dan mulutnya terbuka luas.

Dahulu nenek-moyang kami menghiburkan kehidupan yang penat dengan muzik dan tarian. Tarian topeng ini membuktikan perkara itu. Rakyat Korea menghilangkan tekanan hidup dan mengutuk masyarakat yang mementingkan status melalui tarian topeng. Pada masa dahulu, disebabkan perbezaan status kehidupan terlalu serius menyebabkan rakyat biasa dikenakan peraturan dan kekangan yang banyak.

Jadi mereka menari sambil memakai topeng supaya kelihatan seperti bangsawan malah mengutuk bangsawan bagi menunjukkan kemarahan mereka. Kita dapat memahami kehidupan dan perasaan rakyat biasa menerusi tarian topeng ini.

Menarikkan nama Hahoe? Hahoe adalah nama sebuah kampung yang terletak di Andong. Jika melawat kampung Hahoe, kita akan terpesona dengan tarian topeng. Kita akan dapat melihat pelbagai topeng dalam acara tarian topeng yang diadakan setiap hari. Seperti yang diberitahu sebelum ini, kampung Hahoe menunjukkan kegembiraan dan kesedihan orang Korea. ini adalah kerana di seluruh kampung itu, kita dapat lihat tinggalan sejarah. Jarang terdapat tempat di Korea yang masih mengekalkan tradisi dan budaya sebegini.

Tambahan pula, setiap Oktober, festival tarian topeng diadakan di kampung Hahoe. Jadi kita bukan hanya dapat melihat tarian topeng Korea sahaja malah tarian topeng negara lain dapat dilihat. Ada juga tempat untuk mempelajari tarian topeng dan pertandingan tarian topeng juga diadakan. Jika kita menyertai acara-acara ini, ia akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Dalam kehidupan moden yang sibuk dan kelam-kabut, seperti mana nenek-moyang kita, ada juga masa kita tertewas. Kalau rasa begitu, datanglah melawat kampung Hahoe di Korea. Di sini kamu akan dapat mencari senyuman yang kamu cari-cari selama ini. Berseronoklah dan carilah ketenangan.

Hyae min.

Jejudo
Jejudo terletak di kawasan paling selatan Korea dan mempunyai iklim yang unik. Pulau Jeju terdiri daripada Pulau Jeju dan pulau-pulau di sekitarnya. Oleh kerana ia terletak agak jauh dari semenanjung Korea, penduduk Pulau Jeju mempunyai loghat dan cara hidup yang unik. Pulau Jeju dikelilingi dengan keindahan gunung Halla dan juga laut menjadikannya sebuah pulau resort. Pada abad ke-21, Pulau Jeju sedang berusaha menjadi bandar sumber manusia dan logistik dan seterusnya menjadi pusat ekonomi bebas antarabangsa.

Gunung Halla ialah gunung tertinggi di Pulau Jeju dan ia adalah gunung berapi yang terhasil dari pelantar benua laut barat. Gunung Halla juga adalah yang tertinggi di Korea dan merupakan simbol Pulau Jeju. Kawasan perlindungan di gunung Halla terdiri daripada tumbuhan alpin dan pokok cemara, malah Baeknokdam iaitu tasik kawah yang menambahkan keindahan gunung itu. Gunung Halla berubah mengikut musim dan pemandangan pada setiap musim sangat berbeza.

Pulau Jeju juga terkenal dengan buah limau. Musim menuai limau adalah lewat musim luruh hingga musim sejuk. Di pulau Jeju juga terdapat buah yang dipanggil hallabong yang lebih manis dan besar daripada limau. Musim menuai hallabong ialah pada bulan Februari hingga Mac.

Selamat datang ke Pulau Jeju! Apa khabar? Nama saya Park Ja Gyeong dan saya tinggal di Korea. Saya berumur 18 tahun. Kamu pernah mendengar apa-apa tentang Pulau Jeju? Karangan ini bertujuan memperkenalkan Korea. Pulau Jeju terletak di Korea. Kebanyakan orang yang melawat Korea, pasti akan melawat Pulau Jeju. Saya telah pergi ke pulau itu pada tahun lepas bersama rakan-rakan saya. Walaupun cuaca di Pulau Jeju agak panas berbanding di semenanjung Korea, tapi saya tetap seronok. Saya akan menceritakan pengalaman seronok saya di sana. Cubalah ikut perjalanan percutian saya. Nak tahu misteri Pulau Jeju?

1.Seongsan Ilchulbong (Puncak Matahari Terbit)

Seongsan Ilchulbong terletak di sebelah timur pulau Jeju. Dari sini kita dapat melihat Pulau Jeju. Ia seperti sebuah tembok besar dan pemandangan waktu senja memang sangat indah. Amat sukar untuk mendaki hingga ke puncaknya. Tetapi, pemandangan waktu senja yang dilihat di puncak membuat kita lupa akan kesukaran itu. Tempat ini memang sesuai untuk melihat seluruh Pulau Jeju.

2.Seopjikoji

Seopjikoji bermaksud tanjung dalam loghat Pulau Jeju. Tempat ini terdiri daripada Goja Koji laut yang berbentuk anak panah dan Jeongji Koji pantai. Ramai pelancong datang ke sini kerana tempat ini ialah kawasan pengambaran drama ‘All in’. Jika berjalan di pinggir laut, ianya seperti kita berada di dalam air. Saya telah mengambil gambar berlatarbelakangkan Seopjikoji. Cantikkan pantai itu? Jika kamu berjalan di pinggir laut bersama orang tersayang, kedatangan kamu ke pulau Jeju memang tiada penyesalan.

3.Soinguk (Taman Tema Miniatur)

Ini bukannya piramid di Mesir tetapi piramid yang berada di Soinguk di pulau Jeju. Gambar ini nampak macam betulkan? Apabila saya berada di sini, saya terasa seperti melancong ke seluruh dunia. Sebanyak 116 tempat terkenal di 30 negara dipamerkan di sini. Kamu akan berasa seperti kamu ialah Gulliver dalam cerita pelayaran Gulliver. Bagaimana kalau kita melancong ke seluruh dunia di Pulau Jeju?

4.Jusangjeolli

Jusangjeolli adalah terdiri daripada batu-batu yang seperti dipotong menjadi tiang yang panjang bersegi enam. Jusangjeolli dikatakan terbentuk akibat ombak. Alam semulajadi memang menakjubkan. Bagaimana kalau kamu datang melihat Jusangjeolli sendiri?

5.Laut yang cantik

Ini ialah gambar saya dan rakan-rakan saya berlatarbelakangkan pantai pulau Jeju. Jernihkan airnya? Bau pantai membuatkan saya bahagia dan bunyinya pula menenangkan saya. Pulau Jeju adalah seperti pulau Hawai. Datanglah ke pulau Jeju dan cuba rendamkan kaki kamu di pantai Jeju.

Bagaimana percutian di Jeju bersama saya? Pulau Jeju lagi cantik jika kamu melihatnye sendiri berbanding melihat gambar saya. Datanglah ke pulau Jeju untuk menikmati keindahan Korea.

Namwon
Namwon ialah pusat kesusasteraan klasik Korea seperti cerita ‘Chunhyangjeon’ dan ‘Heungbujeon’. ‘Chunhyangjeon’ sebenarnya digunakan untuk pansori tetapi kemudiannya dijadikan novel. Novel ini memaparkan cerita cinta zaman kerajaan Joseon. Dan Namwon juga adalah tempat asal-usul cerita ‘Heungbujeon’ yang merupakan antara cerita paling popular di Korea.

Gunung Jiri merupakan kawasan pergunungan terbesar di Korea, meliputi Gurae Jeollanamdo di barat, Namwon Jeollanamdo di utara, Hamyanggun Gyeongsangnamdo di timur laut. Tempat pertemuan 3 daerah ini diberi nama ‘Samdobong’ yang bermaksud 3 daerah. Gunung Jiri mempunyai 20 puncak yang tingginya 1000m dari paras laut, 15 bukit dan 3 punca air.

Gwanghallu adalah taman tradisional yang dibina pada zaman pertengahan Joseon. Itulah tempat di mana Chunhyang bertemu Lee Mongryong buat kali pertama. Kita dapat menikmati pemandangan yang indah di sini.

Namwon terkenal dengan gunung Jiri. Gunung Jiri diiktiraf sebagai taman negara, tempat pelancongan kelapan yang popular dan gunung yang kelima terbesar dan terindah di Korea.

Tinggi gunung itu ialah 1915m, mempunyai 85 puncak dan 10 puncak curam seperti Puncak Arnab, Puncak Banya, Nogodan dan puncak kedua tertinggi di Korea iaitu Cheonwangbong. Sebab itulah gunung ini ialah gunung paling terkenal di Korea. Gambar ini ialah Baemsagol yang terkenal kerana nyaman pada musim panas.

Ada cerita dongeng yang menarik mengenai gunung Jiri. Pada 1300 tahun yang lampau, terdapat kuil di sana. Pada masa itu, jika seseorang itu bersembahyang pada hari yang istimewa, dia akan sampai ke syurga. Jadi ramai sami yang pergi ke sana tetapi tidak kembali. Orang ramai berkata yang orang-orang yang hilang telah menjadi pengikut kepercayaan Tao. Tetapi ada seorang sami yang berasa pelik lalu memberitahu kepada raja. Rajapun memberi baju yang disapu dengan racun. Sami tadi pulang ke kuil dan memberi baju itu kepada sami lain yang hendak ke Sinseonbawi. Selepas hari itu, sami tadi terjumpa sami yang satu lagi bersama makhluk seperti ular. Sejak dari itu, orang ramai memanggil teluk itu sebagai Baemsagol.

Ini ialah Gwanghallu. Cantik tak?

Tempat ini adalah taman terkenal Korea bersama Soswaewon di Damyang dan Gyeonghweru di Seoul. Seluruh taman dipanggil Gwanghalluwon. Kita dapat merasakan semangat Seonbi, seorang sarjana zaman Joseon dan juga menikmati pemandangan yang indah.

Gambar ini menunjukkan suasana semasa festival Chunhyang. Festival ini berlangsung pada 1~5 haribulan Mei setiap tahun. Semasa festival, banyak acara tradisional yang boleh kita sertai.

Taeyong

Gyeongju
Gyeongju ialah ibu negeri Silla dahulu dan merupakan bandar yang penuh dengan sejarah yang  hidup. Ia dipanggil sebagai muzium tanpa bumbung. Di Gyeongju, sebahagian besar daripada bandarnya terdapat tinggalan budaya dan beberapa tempat pula diiktiraf sebagai tinggalan warisan budaya dunia oleh UNESCO.

Di Gyeongju bukan sahaja Bulguksa yang dibina 1500 tahun dulu malah Seokkuram yang terletak berdekatan juga diiktiraf sebagai tinggalan warisan budaya dunia oleh UNESCO. Keindahan dan keanggunan kuil ini diketahui seluruh dunia.

Cheomseongdae adalah alat astronomi yang paling tua di dunia timur dan dibina pada zaman pemerintahan Maharani Seondeok(632~647).

Kebanyakan istana lama Korea terletak di Seoul tapi kuil-kuil terdapat di seluruh negara. Jika pelancong asing melawat Seoul dan juga daerah lain, mereka akan dapat melihat pelbagai jenis bangunan tradisional Korea. Tempat-tempat ini bagus untuk menunjukkan bangunan-bangunan tradisional Korea. Pelancong asing meminati bangunan tradisional Korea seperti kuil kerana bangunan-bangunan ini terletak di pergunungan yang indah dan sunyi atau di tepi sungai.

Kuil-kuil Korea berbeza dengan kuil-kuil yang terdapat di China atau negara asia yang lain. Ini adalah kerana setiap kuil mempunyai bahan binaan yang tersendiri. Bahagian bumbung kuil ada cheoma, dancheong dan atap yang memberi bentuk yang cantik. Bulguksa adalah salah satu daripada kuil yang terkenal di Korea. Di kuil ini kesenian Buddha mendapat tempat dan ia dibina pada abad ke-8 pada zaman Silla. Di sini banyak binaan tradisional dapat dilihat. Di depan Daeungjon terdapat 2 pagoda yang terkenal. Kedua-dua pagoda adalah khazanah negara. Seokkuram yang terletak berdekatan bulguksa juga terkenal dan diiktiraf sebagai tinggalan warisan dunia oleh UNESCO.

Dabotab: Dabotab bermaksud pagoda yang mempunyai banyak batu permata. Ia mengadap Daeungjon dan berada di sebelah kanan dan ia menunjukkan kecantikan kebudayaan Silla. Berbeza dengan Seokkatab yang dihias biasa, dabotab dihias dngan banyak barang perhiasan. Ia diukir dengan begitu teliti hinggakan ada yang berkata pengukir batu zaman Silla mengukir batu seperti mengukir pada tanah liat.

Seokkatab: Seokkatab bermaksud pagoda Buddha. Ia berada di sebelah kiri apabila mengadap Daeungjon. Pagoda tiga tingkat ini ringkas tapi bergaya. Pagoda ini adalah pagoda yang biasa dapat dilihat di Korea. Saya akan menceritakan perbualan saya tentang Gyeongju dengan rakan bangsa asing, Sam.

Kenapa Bulguksa terkenal? Saya dengar yang di Korea terdapat banyak kuil. Adakah ia kuil yang paling bagus?

Betul tu. Ia tempat yang bagus untuk dilawati. Ia dikatakan sebuah bangunan Buddha yang unik. UNESCO telah mengiktiraf Bulguksa dan Seokkuram yang berdekatan sebagai tapak warisan dunia. Kamupun tahukan yang tempat yang diiktiraf sebagai tapak warisan dunia sememangnya harus dilawati.

Bilakah kuil itu dibina?

Ia dibina di Gyeongju pada abad ke-6.

Oh betulkah? Kagumnya. Saya fikir ia dibina pada abad ke-10.

Tidak, kamu salah. Ia dibina pada abad ke-6 dan pada abad ke-8 ia semakin luas seperti yang dapat kita lihat sekarang.

Boleh tak kamu ceritakan lebih lanjut mengenai Gyeongju?

Gyeongju ialah ibu negara semasa zaman Silla selama seribu tahun. Tapak-tapak peninggalan zaman Silla bertaburan di seluruh bandar. Di sini juga terdapat resort yang besar untuk pengunjung asing.

Ada muzium di Gyeongju? Saya mahu melawat muzium.

Di Gyeongju ada muzium negara. Ia menayangkan tinggalan sejarah zaman Silla.

Inje
Wilayah Injae terkenal dengan lanskap semulajadi yang cantik. Lebih dari 90 peratus kawasan itu terdiri daripada gunung atau lembah seperti Gunung Sorak, Gunung Bangtae, Daecheongbong, Naerincheon dan sebagainya. Dan juga terdapat kolam air panas asli dan taman resort semulajadi. Injae adalah tempat paling baik untuk melakukan aktiviti seperti berakit, bungee jumping, berbasikal, paragliding, mendaki air terjun buatan dan sebagainya.

Kamu ada tempat yang hendak dilawati di Korea? Bila saya penat dan sunyi, saya fikirkan Naerincheon. Nanti hati saya akan tenang dan ada satu perasaan baru muncul. Jika kamu melawat Naerincheon, kamu akan terpesona dengan keindahannya.

Naerincheon terletak di sebelah utara Korea. Ia mengambil masa selama tiga jam jika menaiki kereta dari Seoul. Sungai yang sepanjang 70 km itu bermula dari Taman Negara Odaesan, melalui gunung dan lembah dan mengalir ke bahagian utara sungai Han. Ia sangat cantik kerana sentiasa bertukar rupa pada setiap musim. Saya dengan yakin mengatakan yang ia sungai yang terbersih di Korea.

Jika musim bunga tiba, ais yang tebal mula mencair. Sejenis ikan dari jenis salmon, akan cuba melawan arus sungai untuk bertelur. Azalea berkembang mengikut aliran lembah dan jika air sungai bertukar warna menjadi warna kobalt, musim panas sudah tiba. Jika musim luruh pula tiba, lembah akan bertukar menjadi merah dan dedaun kekuningan berguguran dan air sungai kelihatan kekuningan juga.

Di lembah itu, musim sejuk datang sebelum bulan Disember. Jadi pada awal bulan November, salji turun dan permukaan sungai bersinar-sinar. Jika kamu dapat lihat pemandangan ini, bagaikan magik, kamu tidak dapat mengelipkan mata. Jika saya datang ke sini pada bila-bila masa, saya terasa bagaikan sedang terbang di awangan. Mungkin kerana di Naerincheon, langitnya tinggi dan cerah dan udaranya nyaman. Di Naerincheon kita dapat berakit, fly fishing, berbasikal di pergunungan. Airnya yang mengalir deras sangat sesuai untuk berakit. Jika menaiki rakit, kita akan berasa teruja dan dapat mendengar jeritan kawan-kawan. Jika kamu menggemari sukan agresif, saya cadangkan kamu pergi ke sana.

Berbasikal di gunung adalah sukan yang harus kamu sertai jika ke Naerincheon. Sepanjang Naerincheon, cerunnya dalam dan jalannya yang tidak sekata menyebabkan kita harus menekan pedal dengan kuat. Dan kita akan dapat menyaksikan pemandangan yang indah selepas penat menekan pedal.

Sukan begini hanya dibenarkan pada musim bunga dan musim panas. Pancingan layang dapat dilakukan sepanjang 4 musim. Kamu pernah mencuba pancingan layang? Saya dan bapa saya sangat menggemari pancingan layang di Naerincheon. Kerana ikan lenok(trout asia) hanya tinggal di air yang sejuk dan bersih dan Naerincheon salah satu tempat kita dapat melihat lenok(trout asia). Lenok(trout asia) tinggal di Naerincheon menandakan airnya yang sangat jernih.

Saya dengar yang ramai orang asing suka pancingan layang. Bagaimana kalau kamu datang ke sini dan mencubanya? Kamu dapat menikmati udara lembah yang segar, pemandangan yang indah dan sunyi dan mengabadikan diri dengan alam semulajadi. Apabila kamu penat dan susah hati datanglah ke Korea dan singgah di Naerincheon. Ia akan menghilangkan segala bebanan hidup dan memberi semangat supaya kamu dapat terus hidup.

Saya berharap kamu dapat datang ke tempat yang indah ini dan berseronok.

Junha.

Ilsan
Lafesta yang terletak di Myongdong Ilsan ialah pusat kebudayaan jalanan yang mempunyai 150 buah kedai, pusat karaoke dan panggung wayang. Lafesta terletak berdekatan dengan taman tasik dan ia popular sebagai tempat yang harus dikunjungi sebelum pergi ke Lapangan Terbang Incheon.

Cara pergi ke Lafesta : Turun di stesen Jongbalsan line 3 dan keluar ke pintu nombor 2. Jalan kaki selama 5 minit.

Taman tasik yang terletak di bandar baru Ilsan adalah tasik buatan yang terbesar di bahagian timur (lebih kurang 245 ekar). Taman tasik yang dibuka pada 4 Mei 1996, mendapat sambutan yang hebat dari penduduk termasuk penduduk bandar Goyang.

Cara pergi ke taman tasik Ilsan : Turun di stesen Jongbalsan line 3 dan jalan kaki selama 10 minit.

Kepada kamu yang mahu mengenali Korea

Saya tinggal di Ilsan selama 10 tahun dan saya mahu memperkenalkan kepada dunia tentang ciri-ciri dan budaya Ilsan. Dalam bahasa Korea, Il bermaksud satu, dan san bermaksud gunung. Jadi Ilsan bermaksud gunung yang satu iaitu satu-satunya gunung yang ada di Ilsan, Gunung Jongbalsan.

Ilsan dibuka pada tahun 1996 sebagai kawasan hijau. Taman tasik ialah tarikan utama di Ilsan. Taman tasik dibina oleh manusia dan mempunyai sebuah tasik yang luas dan tenang. Di sekitar tasik ada binaan pejalan kaki. Ini adalah salah satu dari binaan pejalan kaki yang lain. Saya dapat merasakan kesegaran dan sesuatu yang baru apabila berjalan di sini. Di sana ada sebuah taman kecil di mana ia memberi rangsangan kepada tapak kaki untuk kesihatan orang ramai. Di taman itu ada banyak batu yang berlainan bentuk dan warna. Di asia, ada teori yang mengatakan bahawa tapak kaki mempunyai hubungan dengan kesihatan badan manusia. Jadi setiap bahagian tapak kaki berkaitan dengan bahagian tubuh. Maka apabila tapak kaki diberi rangsangan, masalah kesihatan kita dapat diselesaikan.

Dan juga di satu sudut taman tasik terdapat air pancut yang terkenal. Air pancut ini bukannya jenis kekal tapi ia pandai menyanyi jadi ia dipanggil air pancut muzikal. Air pancut muzikal dibina pada tahun 2004 dan ia memancutkan cahaya yang indah, air dan juga muzik. Dan kita tidak perlu membayar apa-apa dan kamu hanya perlu duduk sahaja untuk mendengar muzik sambil menikmati pemandangan yang hebat. Air pancut muzikal dijalankan pada waktu malam setiap minggu. Lagu terhebat yang pernah saya dengar dari air pancut muzikal ini ialah lagu tema animasi Aladdin iaitu ‘dunia baru’.

Kawasan ini dipanggil Lafesta. Festa bermaksud festival dalam bahasa Itali. Lafesta ialah festival sepanjang tahun. Konsert muzik diadakan setiap hari rabu dan banyak jualan murah dan acara diadakan sempena Krismas, hari kesyukuran, tahun baru dan sebagainya. Terdapat banyak pusat membeli-belah, pusat permainan dan panggung wayang di Lafesta. Kawasan ini ialah kompleks permainan. Orang ramai datang ke Lafesta untuk membeli-belah, bermain, makan dan berehat. Dah lebih 10 tahun saya tinggal di Ilsan dan saya mahu mengatakan yang tinggal di Ilsan adalah sesuatu yang diimpikan oleh semua orang. Semua infrastruktur dan budaya di sini hebat-hebat belaka. Di sini juga ada muzium dan rumah opera dan tempat persembahan muzik. Setahun yang lepas, MBC sebuat stesen tv telah membina kompleks budaya di Ilsan.

Saya dapat menikmati pelbagai seni dan budaya di Ilsan. Keindahan taman tasik dan usaha sukarela penduduk, persekitaran Ilsan lebih baik berbanding bandar lain. Terdapat banyak pokok-pokok besar dan renek di tepi jalan dan langit yang cerah. Bagi saya Ilsan terlalu cantik dan saya mahu berkongsinya dengan semua orang. Walaupun Seoul berada di tengah-tengah dan adalah ibu negeri Korea, saya mencadangkan kamu datang ke Ilsan dan menikmati budaya dan persekitaran di sini. Saya sayangkan bandar saya dan saya berharap ia akan kekal begini selama-lamanya.

Yang ikhlas,

Bora.

Gwangju
Bandar seni, Gwangju

Gwangju ialah bandar maju dalam wilayah Honam dan boleh dikelilingi dalam satu hari. Kepentingan baru bahagian pantai barat Korea dan usaha kerajaan dalam untuk menyeimbangkan pertumbuhan seluruh negara mencetuskan projek besar-besaran kemajuan bandar seperti pembinaan kompleks berteknologi tinggi Gwangju, menukarkan Gwangju menjadi pusat pengeluaran dan meningkatkan frasarana perumahan dan riadah. Sokongan seperti itu akan menaikkan status Gwangju sebagai hab wilayah tenggara Korea.

Bandar budaya dan seni

Gwangju sudah lama dikenali sebagai bandar yang kaya dengan budaya dan seni. Gwangju telah banyak menghasilkan cerdik pandai. Gwangju juga adalah tempat asal pansori dan Sekolah Lukisan China Selatan ataupun Namjonghwa. Peratus penduduk yang terlibat dengan seni adalah tinggi dan tahap pendidikan berbentuk kesenian lebih tinggi berbanding daerah lain. Oleh kerana kebanyakan penduduk adalah orang-orang yang rendah hati dan yang tidak mengharapkan keuntungan, mereka menikmati seni lukis, tarian dan muzik. Diadakan bermula pada tahun 1995, Festival Kesenian antarabangsa Biannele Gwangju yang diadakan 2 tahun sekali, telah mengangkat nama Gwangju sebagai bandar kesenian di peringkat dunia.

Festival kesenian untuk kampung global

Gwangju Biannele / dari 1995 hingga sekarang

Gwangju Biannele diadakan untuk meraikan ulangtahun ke-50 Kemerdekaan dan “Tahun Kesenian” yang diadakan untuk meningkatkan budaya kesenian Korea. Selain itu, ia juga untuk mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa dan juga memperingati usaha mendapatkan kemerdekaan di Gwangju yang dianggap permulaan bidang kesenian di sana.

Gwangju Biannele memfokus kepada pertandingan seni moden antarabangsa dan terdiri daripada pameran istimewa, seminar antarabangsa dan festival antarabangsa dan dalam negeri. Ia diadakan selama tiga bulan setiap dua tahun. Sebagai pameran yang mempunyai tema khas iaitu aliran kesenian kini dan masa depan, pameran utamanya akan mengikut tema di mana pameran istimewa akan dibuka mengikut bidang yang diminati berdasarkan tema. Festival pula merangkumi ciri-ciri tradisional dan modenisme, negara-negara timur dan barat, daerah budaya dan kaum, pelbagai lagu dan tarian dan juga muzik.

Untuk informasi selanjutnya: http://www.gb.or.kr

Festival kimchi Gwangju

Gwangju mengadakan festival kimchi yang dipenuhi dengan kehebatan kimchi tradisional yang sebenar. Festival ini berlangsung selama beberapa hari dan anda boleh menikmati pelbagai acara, kumpulan muzik tradisional, kumpulan tarian tradisional Korea dan sebagainya. Anda juga boleh menyertai acara membuat kimchi dan pada waktu malam pula boleh menikmati muzik secara langsung di kafe. Pada tahun 2007, festival ini berlangsung pada 17 Oktober hingga 21 Oktober.

Im Bang ul, Festival Muzik Klasik Korea.

Im Bang ul, penyanyi terkenal di seluruh Korea, lahir di Gwangju, penyanyi pertama dalam kelasnya yang tersendiri dan mempunyai cara nyanyian yang unik. Beliau lebih suka menyanyi di pasar-pasar kampung atau di padang berpasir daripada menyanyi di pentas, untuk melagukan kesedihan dan kepahitan rakyat Korea semasa dijajah oleh Jepun pada zaman kerajaan Joseon(1392-1910). Sebagai mengenang pencapaiannya dan juga suaranya yang mendayu-dayu meresap masuk ke hati rakyat Korea selama-lamanya menyebabkan mereka mengadakan Im Bang ul, festival Muzik Klasik Korea setiap tahun. Festival ini adalah untuk menyambung tradisi bandar kesenian dan mencari pemuzik yang mempunyai masa depan. Ia adalah festival utama peringkat negara yang berusaha menaik taraf dan mempopularkan muzik klasik Korea sempena taraf bandar Gwangju sebagai tempat asal-usul muzik kebangsaan.

Gyeongsangnamdo
Negara yang indah. Sejarah yang panjang. Pusat ekonomi yang rancak, Gyeongnam

Gyeongsangdo terbahagi kepada Gyeongsangnamdo dan Gyeongsangbukdo. ‘Nam’ bermaksud selatan dan ‘buk’ bermaksud utara. Nama Gyeongsang diberi semasa zaman pemerintahan Goryeo. Ia diambil bersempena nama dua bandar besar ketika itu iaitu Gyeongju dan Sangju.

Gyeongsangnamdo yang terletak di hujung bahagian selatan semenanjung Korea, bersempadan dengan Busan dan Ulsan di sebelah timur, Daseong di Daegu dan Cheongdo, Goryeong, Seongju dan Gimcheon di Gyeongsangbukdo di sebelah utara. Di sebelah barat pula, ia bersempadan dengan Muju, Jangsu dan Namwon di Jeollabukdo di sebelah sisi Pergunungan Sobaeksanmaek dan Gurye dan Gwangyang di Jeollanamdo di sebelah sisi lain Pergunungan Sobaeksanmaek.

Di setiap daerah di Gyeongsangnamdo, lebih dari 30 festival dan acara berkaitan Jeneral Yi Sun Sin diadakan. Bermula dari tahun 2007, sempena memperingati jeneral itu, Gyeongsangnamdo telah memperbanyakkan aktiviti dan menyebarkan kepimpinan dan sumbangan beliau.

3 lokasi bersejarah semasa Imjin Waeran, 2 daripadanya terletak di Gyeongsangdo iaitu di Noryang dan perang terakhir di Gyeongsangdo. Gobukson, kapal penyu pertama kali dilabuhkan di Sacheonpo Gyeongsangnamdo.

Hansando

Hansando ialah pulau pertama tempat letaknya benteng bagi askar laut Joseon semasa Imjin Waeran dan merupakan tempat bersejarah berlakunya peperangan yang besar. Rakyatnya mengingati semangat Jeneral Yi Sun Sin dan menamakan semua tempat dengan perkara yang berkaitan dengan jeneral itu. Tempat ini juga terkenal sebagai tempat jeneral itu menulis sajak patriotik. Keindahan Hansando yang tersendiri menarik perhatian pelancong setiap tahun.

Untuk informasi selanjutnya : http://tour2korea.com

Noryang ialah lokasi terakhir dalam peperangan Imjin Waeran dan lokasi di mana Jeneral Yi Sun Sin menemui ajal. Mayat jeneral itu disimpan sementara di kuil Chungnyeolsa dan kapal penyu yang telah dibaiki dapat dilihat dari pantai. Jika menaiki bas dari jambatan Namhae hingga ke Namhae(selatan pantai), Noryang jelas dapat dilihat di sana.

Seowon : ruang untuk pemimpin agung
Orang yang tercoret namanya dalam sejarah dan orang-orang yang menjangkaui masa mempunyai persamaan. Mereka mempunyai pegangan yang kuat, menjadi diri sendiri dan mempunyai penasihat yang dihormati dalam mencapai cita-cita.

Orang yang tercoret namanya dalam sejarah dan orang-orang yang menjangkaui masa mempunyai persamaan. Mereka mempunyai pegangan yang kuat, menjadi diri sendiri dan mempunyai penasihat yang dihormati dalam mencapai cita-cita. Thomas Edison tidak akan wujud jika tiada ibunya. Mozart pula bukan siapa-siapa jika tiada bapanya dan dia tidak akan ada keberanian untuk mendekati muzik klasik. Jika tiada Ann Sullivan, Helen Keller tidak akan dapat melepasi perbezaan dan tidak akan dapat menjadi idola kepada ramai orang. Bila melihat kerajaan Jeoson, ibubapa pada zaman itu sangat menekankan pendidikan moral anak-anak. Seowon adalah contoh nilai-nilai kerajaan Jeoson. Melancong didefinasikan sebagai merasai pengalaman melihat alam semulajadi dan budaya dengan tujuan pendidikan, perniagaan atau kepuasan. Tetapi bagi saya, melancong ialah meletakkan diri saya dalam lingkungan budaya dan semangat orang lain. Seowon akan memberitahu kenapa orang luar akan tertarik dengan budaya Korea. Kita ada 101 sebab-musabab kerana kita harus menjejakkan kaki ke Seowon ini.

Yang pertama, mari kita ketahui lebih lanjut mengenai Dosan Seowon yang dibina pada 1560-an oleh cendekiawan Lee Hwang. Beliau mengajar anak murid beliau tentang seorang yang jujur yang berwibawa dan bermaruah. Jadi Dosan Seowon telah melahirkan ramai cendekiawan yang terkenal. Seowon ini bermula sebagai sekolah persendirian, anak-anak murid beliau yang telah berjaya meninggalkan tanda di sekolah dan kampung itu, dan hidup bersama-sama dengan kesan peninggalan Lee Hwang dan kenangannya serta sumbangannya.

Yang kedua, Sosu Seowon adalah seowon terawal dibina di Korea oleh cendekiawan Ju Se-bung pada tahun 1542 untuk mengingati Anhyang. Anhyang juga adalah seorang cendekiawan yang terkenal pada zaman Dinasti Goryeo. Sosu Seowon telah mengangkat semula ajaran Konfusianisme yang hampir hilang dan bertujuan mengekalkan ajaran itu. Seowon itu mungkin kecil berbanding seowon yang lain, tetapi sebaik sahaja anda memasukinya, anda akan merasai kebebasan dan kemurnian. Di sebelahnya terdapat sungai Nakdong yang mengalir tenang. Anda mungkin akan menganggap bahawa seowon adalah tempat sarjana Korea mencipta impian dan menyebarkan falsafah mereka.

Saya pernah pergi ke Sosu Seowon. Apabila saya masuk ke sana, tiba-tiba segala tekanan dan kerisauan saya hilang. Tempat ini memberi ketenangan yang tidak pernah saya rasa sebelum ini. Angin bayu yang datang dari sungai Nakdong bagaikan sedang mengelilingi Sosu Seowon dan menenangkan jiwa saya. Bila saya menjejakkan kaki dan berjalan di sekitar kawasan ini, saya dapat memahami keanggunan nenek moyang saya. Dan saya juga tahu bahawa setiap tapak di tempat yang penuh dengan ajaran Konfusianisme yang terkenal itu akan menjadi tempat kunjungan yang bernilai kepada para pelancong.

Kini, kita hidup dalam dunia yang cepat bertukar dan manusia memang mementingkan setiap minit dan saat. Para pelajar belajar bersungguh-sungguh, bersaing sesama sendiri di universiti iaitu medan peperangan mereka demi menjadi pemimpin bertaraf dunia pada masa depan. Bagi orang dewasa pula, mereka lebih bertanggungjawab ke atas kerja yang diberikan demi kemajuan negara. Apabila kamu berasa letih bekerja, bagaimana kalau kamu datang melawat ke seowon dan tenangkan fikiran? Seowon akan menolong kamu mencari erti sebenar kehidupan ini. Lee Hwang yang membina Dosan Seowon berkata ‘adalah salah jika tujuan belajar hanya untuk mendapatkan pangkat yang tinggi. Belajar untuk tujuan untuk tugas kemanusiaan dan mempraktiskan kebaikan di mana itulah tujuan pendidikan yang sebenar’. Meneruskan kehidupan di bumi ini ibarat peperangan yang tidak berkesudahan. Ambillah peluang melawat pusat pendidikan seowon ini dan renungkanlah diri.