Busan
Busan ialah pelabuhan perdagangan yang pertama Korea. Busan terletak mengadap Laut Selatan dan berada di bahagian selatan semenanjung Korea. Pada tahun 2002, Sukan Asia telah diadakan di Busan dan pada tahun 2005 pula, ia menjadi tuan rumah kepada persidangan APEC. Busan terkenal dengan pantai seperti Haeundae, Gwangalli, PIFF yang diadakan setiap tahun dan juga ikan mentah.
Terdapat satu pasar lama yang dikenali sebagai ‘can market(pasar Ggangtong)’ yang terletak berdekatan dengan pasar Jagalchi, Nampodong. Orang ramai tidak berapa tahu mengenai pasar lama ini kerana ia terletak di lorong yang agak pedalaman. Ramai orang asing yang datang melawat Busan kerana ia adalah satu pelabuhan yang besar. Jadi orang-orang Busan sudah lama terbiasa dengan budaya orang asing dan juga barang-barang asing. ‘Can market’ adalah buktinya. Di hujung pasar itu, terdapat satu lorong kecil di mana lorong itu menggambarkan keadaan pada tahun 1960-an hingga 70-an. Lorong itu dinamakan Jalan Buku Bosudong di mana terdapat banyak buku-buku lama yang digunapakai.
Kepada rakan-rakan yang disayangi,
Saya akan memperkenalkan kampung saya iaitu Busan. Busan ialah bandar kedua terbesar dan terkenal di Korea. kamu mungkin berasa bosan untuk melancong ke Busan sebab dah tahu banyak perkara. Tapi, tidak begitu. Pada pendapat saya, kita akan dapat merasakan keunikan walaupun ke mana kita pergi. Mari kita kaji tentang perkara ini. Adakah kamu mahukan pengalaman yang sama walaupun membayar harga tiket kapal terbang yang mahal? Kalau begitu apa bezanya dengan melihat rancangan percutian di tv?
Orang Korea juga bila sampai di Busan akan terasa “yalah, ini memang Busan”. Suasana Busan agak tegang dan orang-orangnya bercakap dengan laju sehingga kedengaran seperti sedang marah tapi sebenarnya itu adalah kerana loghat mereka.
Ciri-ciri geografik Busan dapat dilihat pada perangai orang Korea dan budayanya. Makcik-makcik penjual di tepi jalan mesra dengan orang yang bukan dikenali. Kewujudan mereka diibaratkan seperti Patung Liberty di New York dan menara Effel di Paris.
Mereka akan membuatkan orang luar berkata “Inilah Busan. Kita bertuah dapat datang ke sini”. Ciri geografik Busan yang utama ialah dikelilingi laut maka pasar Jagalchi harus termasuk dalam senarai tempat untuk dilawati. Walaupun ia telah dibina baru dan berkonsep lebih moden, roh lamanya masih tetap seperti dulu. “Datang, tengok, dan beli.” Senang saja. Tapi bukankah ia segar dan menarik? Bau hanyir ikanpun membuat kita rasa yang kita masih bernafas.
Setiap tahun ramai orang yang datang ke Haeundae. Tapi, saya sebagai orang Busan, saya syorkan Gwangalli daripada Haeundae. Jika kita berjalan mengikut tepian pantai yang berpasir halus, kita akan bertemu dengan Gwangangyo yang menjadi tugu pantai Busan. Apabila orang luar melihat Gwangangyo, mungkin mereka akan teringatkan huruf M bagi Mc donalds. Ianya bukanlah binaan yang ringkas tapi ia melambangkan keharmonian antara manusia dan alam semulajadi. Dan juga sambil melihat ombak yang menghempas pantai, kita dapat merasakan tenaga dan kedinamikannya.
Ada keistimewaan lain selain pasir pantai yang halus. Busan juga terkenal di peringkat antarabangsa sebagai tuan rumah kepada acara antarabangsa seperti World Cup, Asean Games, persidangan APEC, festival kebudayaan seperti PIFF, festival muzik rock dan sebagainya. Malah apabila tiada sebarang acara besar, majlis daerah Busan sentiasa mengadakan pertunjukan kecil-kecilan. Jadi para pengunjung sentiasa dapat menikmati Busan yang dinamik.
Apabila saya terpaksa tinggal di Seoul seorang diri, perkara yang paling saya rindukan ialah sashimi. Saya tidak dapat mencari tempat lain selain Busan untuk menikmati sashimi yang segar.
Kegembiraan menikmati makanan ini ditambah lagi dengan sikap para penjual sashimi. Satu pinggan penuh dengan sashimi membuatkan saya gembira. Kadang-kadang pengunjung terbeliak mata apabila melihat ‘hutan bangunan’ yang terdiri daripada kedai-kedai sashimi(orang Korea memanggilnya pusat sashimi). Busan lebih menarik dengan kewujudan bersama masa lalu dan masa sekarang. Tapi Busan tidak berhenti pada satu generasi saja. Busan sedang menuju ke arah masa depan dalam semua bidang. Adakah anda mahu membuang masa dengan percutian yang membosankan seperti taklimat dan muzium? Tidakkah ia terlalu membosankan?
Jika kamu datang ke Busan, kamu dapat menyelam ke dasar laut yang indah, dapat menyertai pelbagai festival dan dapat bertengkar mengenai harga dengan penjual di pasar Jagalchi! Kamu dapat memenuhi satu lagi bongkah kehidupan. Mahukah kamu datang ke Busan sekarang juga?
Sayang, Youngju
Milmyeon(mee sop) dan ikan bakar adalah makanan yang biasa terdapat di Busan. Jika kamu pergi ke lorong kecil atau pasar lama dan mencuba makanan ini, kamu akan dapat merasakan apakah sebenarnya kehidupan. Selain itu, ddeokbboki yang pedas dan pajeon makanan laut(penkek Korea), sop tauhu, bubur kacang merah dan inseolmi(kek beras) juga terkenal dan mungkin tidak akan dijumpai di daerah lain. Makanan-makanan tersebut membuatkan pelancong merindui Busan walaupun sudah pulang ke negara asal.
Untuk maklumat lebih lanjut sila ke : http://www.busan.go.kr