Bossam kimchi

Kimchi ialah makanan nombor satu di Korea. Kimchi dikatakan baik untuk tubuh badan dan rasanya sangat enak. Terdapat pelbagai jenis kimchi bergantung kepada daerah dan sesebuah keluarga. Di antaranya ialah bossam kimchi yang memang terkenal di mana bossam bermaksud membungkus sesuatu. Maksudnya bossam kimchi ialah membungkus sesuatu dengan daun kobis cina. Kita boleh bubuh apa saja yang kita suka di dalam bossam kimchi seperti buah berangan ataupun daging.

Masa persiapan bahan-bahan: 5 jam
Masa memasak: 1 jam lebih

Bahan-bahan
3 biji kobis cina, 1 cawan garam
Isi kobis cina: 1 biji lobak putih, 1 tangkai daun pasli, 1 tangkai daun sawi, 1 biji buah pir, 500g udang, 100g halia, 18 biji bawang putih, 1 cawan serbuk cili, 1/2 cawan lada merah cincang , 1 cawan udang jeruk, 1 tangkai daun bawang, 6 biji cendawan shiitake, 1/2 cawan kacang pain, 10 biji buah berangan.

Cara penyediaan
1.Kobis cina dibelah dua dan direndam dalam garam selama 4 jam dan dibalik-balikkan selang 40 minit.
2. Buah pir dan lobak putih dibuang kulit dan dihiris halus-halus.
3. Buah berangan, halia, bawang putih juga dibuang kulit dan dihiris halus-halus.
4. Daun pasli, daun sawi dan daun bawang dibasuh dan dihiris sepanjang 3cm.
5. Cendawan shiitake juga dibasuh dan dihiris nipis-nipis.
6. Kepala, ekor udang dan kulitnya dibuang.
7. Bahagian belakang udang dibersihkan kemudian udang dibelah dua dan dibasuh dengan air garam dan ditoskan.
 
Cara memasak
1. Kobis cina dibasuh bersih dan ditoskan airnya.
2. Buangkan daun kobis cina yang paling luar. (diperlukan semasa hidangan nanti)
3. Isi kobis cina(buah pir, lobak putih, daun pasli, daun sawi, daun bawang, serbuk cili, halia, bawang putih, udang, udang jeruk) digaul dengan tangan.
4. Daun kobis cina dibuka lebar seperti sebuah pinggan.
5. 1 sudu bahan-bahan untuk isi tadi diisikan ke dalam daun kobis cina dan kemudian diletakkan juga cendawan, buah berangan dan kacang pain di atasnya.
6. Tutupkan dengan daun kobis cina.
7. Ianya boleh dimakan selepas dibiarkan sekurang-kurangnya 3 hari dalam suhu bilik.

Category: Makanan terkenal · Tags: , ,

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr