Tteokguk(Ricecake Soup)

 

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada hari pertama tahun baru yang dipanggil Seollal, makan tteokguk ialah budaya tradisi Korea. Apabila makan semangkuk tteokguk, ia bermakna yang usia kita telah bertambah setahun. Oleh sebab itu banyak kata gurauan mengenai tteokguk seperti kalau kita mahu hidup tanpa meningkat usia, jangan makan tteokguk pada hari Seollal. Tapi orang Korea tetap makan tteokguk pada hari Seollal setiap tahun malah sekarang terdapat tteokguk segera yang senang disediakan.

Masa persediaan dan masak : 20~30 minit
Hidangan: 3 orang

▶ Bahan-bahan
5 cawan Garaetteok(sejenis kuih diperbuat daripada beras), 7 cawan air, 100g daging lembu yang dipotong halus, 2 keping rumpai laut, 2 biji telur, sebatang daun bawang yang dipotong nipis.
Perasa: 1 sudu besar kicap cair, 1 sudu besar daun bawang cincang, 1 sudu kecil bawang putih cincang, 1 sudu kecil garam bercampur bijan, 1 sudu besar minyak bijan, lada hitam

▶ Cara memasak
1. Basuh tteok dan rendam dalam air selama 5 minit.
2. Asingkan telur kuning dan telur putih. Kacau kedua-duanya.
3. Masak telur di atas kuali dengan api perlahan dan potong dalam ukuran 0.5cm * 3cm.
4. Taburkan rumpai laut.
5. Masukkan daging dan perasa ke dalam periuk dan gaulkan.
6. Masak daging sehingga empuk dan masukkan air. Masak hingga mendidih.
7. Masukkan tteok yg direndam tadi ke dalam periuk berisi daging dan masak hingga tteok timbul.
8. Masukkan daun bawang.
9. Hidangkan dalam mangkuk dan taburkan telur dan rumpai laut.

Category: Makanan terkenal · Tags: , , ,

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr