Dolsot Bibimbap

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bibimbap berasal dari Jeonju, daerah Jeolla tapi sekarang ia telah menjadi makanan yang memikat hati para pelancong yang gemarkan rasa dan baunya. Oleh sebab bibimbap merupakan salah satu masakan yang digemari ramai, ia juga dijadikan makanan dalam pesawat. Bibimbap ialah nasi yang dicampur dengan pelbagai jenis sayuran dan juga daging lembu yang diperisa. Dolsot bibimbap berbeza dengan bibimbap biasa dari segi cara hidangan. Dolsot bibimbap dihidangkan dalam mangkuk yang dipanggil dolsot. Nasi yang dicampur dengan buah berangan, kacang, kacang merah dan lain-lain bijirin dimasak di dalam dolsot ini.

masa persediaan : 1 jam 30 minit
masa masak : 1 jam
hidangan: 3 orang

▶ Bahan-bahan
- nasi : 2 cawan beras, 1 cawan beras pulut, 1 cawan kacang merah, 1 cawan kacang, 6 biji buah gingko, 2 biji buah berangan, 5 cawan air
- Sambal cili: 2 sudu besar cili boh, kicap cair, 1 sudu besar bawang putih cincang, 2 sudu besar daun bawang cincang, 1 sudu besar gula, 2 sudu besar minyak bijan, 1 sudu besar garam bercampur bijan
- Perasa daging lembu: 1 sudu besar kicap cair, 1 sudu besar daun bawang cincang, 1 sudu kecil bawang putih cincang, 1 sudu kecil minyak bijan, 100g daging cincang, 150g taugeh, 100g akar bellflower, setengah batang lobak merah, 3 biji cendawan shiitake, 2 helai salad, 3 biji telur, minyak bijan, garam

Persediaan
1.Kacang dan kacang merah direndam 24 jam sebelum dimasak.
2.Beras dan beras pulut pula direndam 30 minit sebelum dimasak.
3.Buah berangan dikopek kulit dan dibelah dua.
3.Kuali dipanaskan dengan api yang kecil dan goreng buah gingko tanpa minyak. Selepas itu ramas dan kopek kulitnya.
5.Taugeh dicelur dengan air panas kemudian ditoskan.
4.Akar bellflower digaul dengan garam. Kemudian dibasuh dan ditoskan.
7.Lobak merah dan cendawan shiitake dan salad dibasuh dan dipotong halus.

▶ Cara memasak

1.Angkat beras dan beras pulut yang telah direndam tadi.
2.Masukkan beras, beras pulut, buah berangan, kacang merah, kacang, buah gingko ke dalam periuk dan masukkan juga air.
3.Jangan tutup periuk dan besarkan api. Apabila air beras terlimpah ke luar, perlahankan api.
4.Bila nasi hampir masak(beras menjadi lutsinar) kuatkan api selama 30 saat kemudian biarkan nasi mendidih dengan api sederhana dengan periuk terbuka.
5.Padamkan api dan tutup periuk dan biarkan selama 5 minit. Kemudian buka periuk dan kacau dengan senduk perlahan-lahan.
6.Masukkan daging yang sudah diperisa ke dalam kuali di atas api sederhana.
7.Taugeh yang telah dicelur dicampur dengan minyak bijan, garam dan bawang putih cincang.
8.Masukkan minyak ke dalam kuali dan masukkan akar bellflower bersama minyak bijan, bawang putih cincang dan garam.
9.Kemudian goreng lobak merah dan taburkan garam dan minyak bijan.
10.Goreng pula cendawan shiitake bersama minyak bijan dan garam.
11.Goreng telur separuh masak.
12.Rempah dan cili boh dimasak hingga masak.
13.Untuk hidangan letakkan sayur dan daging di atas nasi dan akhir sekali letakkan telur. Hidangkan bersama sambal.

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr