Cheongju

Bandar Cheongju yang membahagiakan

Bandar Cheongju adalah bandar yang berbentuk T dan bahagian utara dan selatannya sama membangun. Ia terletak 128km dari Seoul. Bandarnya dikelilingi oleh gunung Uam dan sungai Musim mengalir di tengah-tengahnya. Cheongju terkenal sebagai bandar pendidikan dan kebudayaan.
Bandar pendidikan dan kebudayaan

Jika kita melihat sejarah awal, Cheongju ialah tempat perkembangan budaya dan mempunyai pemandangan yang indah. Cheongju ialah tempat berkembangnya kemahiran percetakan dari zaman dahulu lagi. Perkara ini dapat dibuktikan dengan Jikji yang dicetak menggunakan percetakan logam mudah-alih di Cheongju.
 

Jikji

Jikji dicetak pada tahun 1377 di kuil Heungdeoksa dan merupakan buku yang dicetak dengan alat cetak logam mudah-alih yang paling lama. Nama sebenar Jikji ialah Baegunhwasangchorok Buljo jikjisimcheyojeol dan ia adalah buku mengenai ajaran Buddha. Buku ini disusun oleh sami Buddha Korea yang bernama Baegun Hwasang dan dicetak oleh 2orang anak muridnya iaitu Seokchan dan Daljam dengan alat cetak logam mudah-alih. Buku ini ada 2 jilid tetapi satu jilid lagi disimpan di perpustakaan awam Perancis. Buku ini adalah buku yang dicetak dengan percetakan paling lama iaitu 78 tahun lebih lama daripada bible 42 baris yang disusun oleh Gutenberg. Jikji diiktiraf sebagai warisan dokumentari pada 4 September 2001 dan diiktiraf sebagai sejarah manusia yang bernilai oleh pelbagai cerdik pandai. Jikji kini berada di muzium percetakan lama Cheongju.

1.Muzium percetakan lama
Muzium percetakan lama Cheongju menyimpan dan sedang mempamerkan tinggalan percetakan pada zaman Goryeo abad ke-14 termasuk salinan Jikji dan juga 800 buah alatan yang berkaitan dengan percetakan.

2.Taman Myeongam
Taman Myeongam terletak di cerun bukit Uam yang mengelilingi Cheongju dan digemari penduduk kerana pemandangannya yang indah. Di sana juga terdapat empangan air di mana orang ramai boleh menaiki bot sambil melihat pemandangan hutan yang indah. Terdapat juga muzium Cheongju, muzium kanak-kanak Uam, zoo Chongju dan kubu kota bukit Sangdang. Terdapat tempat memancing ikan dan bermain gelongsor salji di sekitar empangan. Terdapat juga banyak restoran yang menghidangkan makanan yang enak. Untuk menjadikan taman Myeongam sebagai tempat berehat seisi keluarga, dijangka sebuah jalan kafe akan dibina di sekitar empangan.

3.Kubu kota bukit Sangdang berdekatan dengan bandar Cheongju jadi orang ramai selalu pergi berkunjung ke sana. Panjang kubu kota ini ialah lebih 4km dan ianya berbentuk parabola dan terdiri daripada batu. kubu ini dikatakan dibina pada zaman Silla. Ia mempunyai bentuk tembok Korea yang biasa tapi dinding luar dibina dengan batu granit dan di bahagian dalam pula, diletakkan tanah dan batu-batu kecil supaya orang ramai boleh berjalan di atasnya. Pada tahun 1596, ia dibesarkan ketika Imjin Waeran(pendudukan Jepun) dan pada tahun 1717 ia dibina semula. Di dalam tembok ini terdapat satu perkampungan. Orang ramai boleh menaiki bas atau kereta ke tempat ini.

Category: Maklumat Daerah · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr