Hwachon
Pelbagai festival yang diadakan di Hwachon
Kebanyakan pelancong asing mengatakan yang tiada tempat untuk dikunjungi di Korea berbanding negara lain. Korea bukanlah negara yang luas seperti China dan juga bukan seperti Itali yang mempunyai kebudayaan dari zaman pertengahan yang indah yang masih terjaga. Tetapi, Korea mempunyai ciri-ciri yang unik dan sejarah yang panjang.
Para pelancong gemarkan festival seperti festival tomato di Spain, festival kanibal di Rio Brazil, festival bir di Jerman dan sebagainya. Festival yang penuh dengan semangat dan kegembiraan selalunya berakhir dengan kejayaan. Dan sekarang saya akan memperkenalkan daerah Korea yang mengadakan festival meriah seperti di atas.
Hwacheon-gun, daerah Gangwon adalah tempat tersebut. Di Hwacheon-gun terdapat banyak gunung-gunung seperti gunung Daeseung, gunung Hwaak, dan gunung Baekam di mana air yang nyaman dan bersih mengalir melalui Tasik Paroho dan Tasik Hwacheonho. Ia menyediakan lanskap semulajadi yang indah untuk permainan luar seperti memancing, ski dan lain-lain lagi kepada pengunjung sepanjang tahun. Selain itu juga, setiap tahun pada bulan Januari, diadakan festival dunia ais ikan trout Hwacheon, festival dunia air Jjokbae Hwacheon di mana pelancong boleh berkasih-sayang di tengah-tengah air kehijauan yang bersih. Dan akhir sekali festival tomato Hwaaksan dan semua festival ini adalah festival terbaik untuk keluarga.
Festival air Jjokbae diadakan di Pulau Bungo. Pulau Bungo diberi nama sempena bentuknya yang menyerupai ikan kap. Di festival ini, kita dapat lihat rakit yang dihias cantik. Ramai orang yang membuat perahunya sendiri dan menyertai pertandingan di festival. Ada hadiah diberikan kepada pemenang. Festival ini agak terkenal di kalangan orang luar. Ada banyak permainan yang dapat disertai oleh orang asing. Jika kita pergi ke sana kita akan dapat merasakan sukan kenu dan kayak yang sukar, gelongsor air dan golf air. Jika kamu datang ke tempat tinggal saya, Hwacheon Golden Experience, kamu akan dapat melihat persembahan artis terkenal. Pasangan kekasih atau keluarga dapat menghabiskan masa sambil melihat persembahan bunga api. Percutian bulan madu ke Korea akan menyediakan pengalaman kebudayaan yang bagus. Festival ini menyediakan pelbagai sukan air dan acara lain. Perahu kecil dipanggil jjokbae. Ada satu lagu yang terkenal mengenai seekor arnab yang menaiki perahu kecil itu dan melintasi Bima Sakti dan tinggal di bulan.
Dalam festival ini, saiz perahu tidak terhad. Yang penting ia boleh memuatkan lebih dari seorang dan perlu digerakkan dengan tenaga manusia.
Di gunung Hwaak pula diadakan festival tomato. Tomato adalah keluaran utama daerah ini. Festival ini menyediakan peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman istimewa dengan harga yang murah. Contohnya ada permainan ‘gelongsor tomato’ dan acara menangkap ekor tomato. Di sepanjang festival disediakan spageti untuk 1000 orang makan. Tomato yang segar boleh dibeli dengan harga yang murah. Apabila malam pula, diadakan pertandingan tarian. Ramai peserta tanpa mengira usia dan jantina datang menunjukkan bakat masing-masing. Festival tomato di hwacheon ini membuatkan pelancong dapat merasai suasana festival kanibal di Rio, Brazil.
Festival istimewa sempena musim sejuk iaitu festival ais sancheoneo mengundang lebih dari 1 juta pengunjung setiap tahun. Program festival ini dibahagi kepada dua tema iaitu ais dan salji serta terbahagi kepada empat kategori. Program ini berkaitan dengan ikan segar yang tinggal di dalam tasik gunung-ganang. Terdapat program seperti memancing di ais, memancing menggunakan umpan, menangkap ikan dengan tangan dan sebagainya.
Festival ini adalah festival yang terbesar di Korea kerana ia dikunjungi ramai pengunjung asing. Selalunya salji turun dengan lebat di Hwacheon maka festival ini selalunya berakhir dengan kejayaan. Ikan sancheoneo ini hanya tinggal di dalam air yang bersih sahaja. Jadi kita dapat rasakan betapa bersih dan indahnya Hwacheon ini. Festival ini menyediakan pelbagai permainan seperti gelongsor salji, bobsleighing, basikal ais dan juga boleh mencuba menangkap ikan. Malah permainan tradisional Korea juga disediakan di mana ia merupakan peluang terbaik kepada mereka yang berminat dengan budaya Korea.
Banyak festival yang diadakan di Hwacheon kerana ia sangat bersih di sepanjang 4 musim. Hwacheon ialah tempat di mana kita dapat merasakan perubahan yang ketara pada musim panas dan sejuk. Pemandangan semulajadi yang indah ini selalu menarik perhatian orang ramai di mana pada musim panas akan diadakan festival Jjokbae dan pada musim sejuk pula diadakan festival sancheoneo. Jika kamu mahu menghabiskan masa atau bersantai bersama keluarga, teman-teman atau kekasih, silalah ke Hwacheon.
Budaya unik Korea, ruang mencuba pengalaman menarik, muzik dan orang ramai sedang menunggu di Hwacheon. Tempat penginapan dan makanan juga ada banyak. Jika kamu bertemu dengan orang-orang yang baik hati di sana, kamu juga akan jadi baik secara semulajadi. Pada percutian kali ini, saya mahu menghabiskan masa di Hwacheon.
Penulis: Go Ara