Seoul

Seoul, bandar antarabangsa yang bersih dan menarik

Ibu negara Korea iaitu Seoul terletak di tengah-tengah semenanjung Korea. Sungai Han menyusuri Seoul dan gunung-gunung yang indah mengelilinginya. Seoul ialah pusat budaya, sosial, ekonomi dan politik Korea. Seoul juga ialah ibu negeri semasa dinasti Baekjae dan dinasti Joseon. Jadi terdapat peninggalan dinasti tersebut yang boleh dilihat di Seoul. Seoul adalah sebuah Bandar gabungan tradisional dan industi moden.

Sungai han

Sungai Han adalah sungai keempat terpanjang di semenanjung Korea selepas sungai Amnok, sungai Tuman dan sungai Naktong. Panjang sungai Han ialah 497.5km. Nama sungai Han diperolehi perdagangan dengan China semasa dinasti Baekjae. Mula-mula sungai Han dikenali sebagai hansu dalam bahasa Cina tetapi lama-kelamaan ia bertukar kepada hangang. Hangang berasal dari perkataan hangaram. Han daripada perkataan hangaram bermaksud luas, besar dan panjang manakala perkataan garam bermaksud sungai dalam bahasa arab. Semasa dinasti Joseon ia juga dikenali sebagai sungai kyu.

Taman Hangang.
Disebabkan pembangunan yang begitu pesat, penduduk Seoul juga bertambah padat. Maka untuk memastikan bekalan air kepada penduduk selamat, sungai Han dibaikpulihkan dan ia siap 4 tahun kemudian. Hari ini sebanyak 12 buah taman seluas 39.9km terbina dan sebanyak 257 buah infrastruktur disediakan seperti basikal, inline skate, hiking, padang bola sepak, padang bola tampar, pada besbol dan sebagainya. Sebanyak 257 kemudahan dibina di sana.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   
Hangang menyediakan tempat untuk melarikan diri dari kesesakan bandar. Di taman Gangbyon pula terdapat kawasan bersukan seperti laluan jogging, kolam air, roller skating. Kita juga dapat menghabiskan masa di restoran terapung dan kedai kopi di sungai Han.

1.Nanjido (kawasan perkhemahan)
Satu-satunya kawasan perkhemahan yang menyediakan pemandangan indah sepanjang sungai Han. Luas kawasan ini ialah 23.141m2 dan seramai 680 orang boleh berkhemah dalam suatu masa.

2.Yoeido
Yoeido terletak di tengah-tengah sungai Han. Yoeido dipanggil sebagai Manhattan Korea kerana di sini terdapat banyak bangunan dan merupatkan pusat ekonomi, politik dan penyiaran tv di Korea.

3.Ttuksom
Di Ttuksom terdapat 42000 batang pokok dari 104 jenis dan ia digelar hutan Seoul kerana menyediakan udara yang segar dan bersih. Ia juga dikenali sebagai ‘well being park’ di mana sesiapa saja boleh mencari kebebasan di sini.

4.Seonyudo
Sejarah sungai Han boleh dipelajari di taman ini, kita juga dapat menikmati alam semulajadi yang unik dan dapat berehat di sini.

Category: Maklumat Daerah · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr