OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Doenjang jjigae

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Doenjang diperbuat daripada kacang kuning dan merupakan salah satu pes Korea. doenjang digunakan ketika memasak sop malah ketika membakar daging. Tapi cara yang paling unik ialah menggaul sop doenjang dengan nasi barli.(air liur saya dah meleleh!) doenjang bukan sahaja makanan yang enak, malah seperti makanan Korea yang lain, ia merupakan makanan yang sihat. Walaupun di China ada Doobanjang dan di Jepun ada Miso, ia berbeza dengan doenjang kerana ia tidak diperam. Melalui proses pemerapan, doenjang mempunyai kesan anti-kanser. Oleh itu, ramai pelancong yang datang ke Korea membeli pes doenjang.

Masa persediaan bahan : 20 minit
Masa memasak : 12~15 minit
Hidangan : 3 orang

▶ Bahan-bahan
4 sudu besar doenjang, 3 cawan ikan bilis, 60g daging lembu, 1/3 labu, 1/4 bawang besar, 1/2 daun bawang, sebatang cili merah dan cili hijau, 2 biji cendawan shiitake, 1/4 tauhu, 1 sudu besar serbuk cili, 1 sudu besar bawang putih cincang

▶ Cara memasak

1.Daging dipotong nipis, daun bawang, cili merah dan cili hijau, lobak dipotong sepanjang 0.5cm.
2.Cendawan shiitake dan bawang besar dipotong selebar 0.5cm.
3.Tauhu pula dipotong segi empat bersaiz 1*2cm.
4.Doenjang dan daging dimasukkan ke dalam periuk rebus(ttukbaegi) dan masukkan stok daging. Hidupkan api.
5.Bila mendidih, masukkan cendawan shiitake, lobak, bawang besar, cili dan tauhu mengikut urutan.
6.Kemudian taburkan daun bawang, bawang putih, dan serbuk cili.
7.Padamkan api dan hidangkan bersama nasi barli.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr