Mengenai VANK

Saling bertukar e-mel dengan rakan berbangsa asing. Beliau terkejut apabila mengetahui bahawa pengetahuan rakan bangsa asingnya tentang Korea amat sedikit dan tidak benar.

Beliau mula memasang impian sekiranya seorang rakyat Korea mempunyai 5 orang rakan berbangsa asing dan memberi informasi tepat tentang Korea, suatu hari nanti seramai 6 billion rakan dari seluruh dunia dapat memahami Korea dengan betul. Dengan itu, Korea akan lebih dikenali.

Kini, seramai 70,000 ahli VANK yang mempunyai impian yang sama telah menjadi diplomat siber bagi memperkenalkan Korea dengan visinya “Korea, adalah hub Asia, dan pintu laluan ke timur laut Asia, negara yang berkongsi impian, persahabatan dan perniagaan dengan masyarakat dunia.” Sebagai diplomat siber, mereka berusaha sepenuhnya bagi merealisasikan visi tersebut dengan memperkenalkan Korea kepada dunia di internet.

Sejak tahun 2005, ahli belia VANK telah menggunakan program diplomat siber dalam aktiviti-aktiviti sekolah bertujuan melebarkan skop aktiviti mereka. Kini, VANK mempunyai sebanyak 200 kelab dibawahnya. Berita paling menggembirakan, belia yang menjadi harapan negara turut melibatkan diri dalam berkongsi impian dan persahabatan dengan pelajar-pelajar di perkampungan global dengan mengajar mereka tentang Korea melalui pelbagai aktiviti.

Rakyat Korea lebih berpeluang memperkenalkan Korea kepada seluruh dunia secara santai melalui program pertukaran dengan masyarakat luar negara. Malah mereka akan dapat belajar perkara tentang Korea yang mereka tidak tahu sebelum ini dan juga memupuk rasa cinta terhadap negara sendiri. Dengan adanya program diplomat siber ini ia dapat mengubah persepsi orang luar terhadap Korea. Orang luar semakin tertanya-tanya mengenai Korea, sebuah negara kecil yang hanya akan dijumpai jika mencari lautan pasifik. Walaupun tidak mengetahui apa itu kimchi, mereka kini mempelajari bahasa Korea melalui kamus bahasa Korea. Mereka juga menghantar surat kepada penerbit buku bagi menukar penggunaan “Laut Jepun” di dalam buku teks asing kepada “Laut Timur”. Semua ini menunjukkan Korea semakin mendapat tempat di hati masyarakat global.

Menerusi aktiviti selama 10 tahun yang lalu, VANK telah menyedari sesuatu. Seorang pelajar sekolah rendah atau menengah biasa boleh juga menjadi diplomat bagi mewakili Korea jika mereka dibekalkan dengan impian dan visi yang tepat. Malah para ahli VANK mempunyai misi mereka yang tersendiri untuk mempersembahkan Korea kepada rakan-rakan di seluruh dunia. Mereka sedang mencipta masa lalu, sekarang dan masa depan Korea.

Diplomat siber VANK telah mengembangkan wilayah dengan visi mereka. Kini setelah 10 tahun, VANK mengimpikan sesuatu yang baru.

10 tahun yang lalu, diplomat siber terdiri daripada rakyat biasa yang ingin mengubah imej Korea di mata dunia. Kini, kami berharap mereka akan dapat mengetuai dunia dengan mendengar isu-isu global dan menyelesaikannya secara bijaksana bagi mengubah dunia.

Category: Pengenalan · Tags: ,

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr