Kisah VANK

Salam sejahtera! Selamat datang ke “diplomat siber”, Voluntary Agency Network of Korea (VANK). Kami akan menceritakan kepada pelawat bagaimana VANK bermula dan membesar dan akan terus membangun. Menerusi kisah VANK, anda akan dapat mengetahui bagaimana impian seorang individu boleh menjadi visi sebuah persatuan dan seterusnya menjadi visi sebuah negara. Pelawat dapat mengetahui lebih banyak mengenai VANK, visi sebuah negara dengan menyertai pelbagai aktiviti VANK.

Seperti kata mutiara, “biji benih sawi itu kecil tapi akan menghasilkan pokok yang besar dan ayam boleh menumpang di dahannya”, proses pertumbuhan VANK terbahagi kepada 6 peringkat seperti berikut: biji benih -> akar -> tunas -> dahan-dahan -> daun yang merimbun -> sarang burung.

Adakah anda mahu tahu bagaimana biji benih VANK yang kecil membesar menjadi pokok yang besar? Sekarang, marilah kita bercerita mengenai 6 peringkat tumbesaran VANK.

Biji benih

Ianya bermula apabila seorang pemuda saling bertukar surat dengan rakan berbangsa asing. Pemuda tersebut telah memperkenalkan Korea kepada rakannya dan terkejut apabila mendapati infomasi yang diperolehi oleh rakannya itu adalah tidak benar. Walaupun begitu, rakannya tetap ingin mengetahui tentang Korea dan ingin melawat Korea. Dengan itu, rakan bangsa asingnya telah memberi galakan kepada pemuda tersebut untuk mempromosikan Korea kepada bangsa asing yang lain dan memulakan aktiviti sebagai pemandu pelancong secara talian.

Tambahan pula, pemuda itu menjumpai banyak kesalahan dalam sejarah dan geografi Korea dalam buku-buku teks rakannya dan juga peta dunia. Jadi, dia telah menghantar surat protes kepada syarikat-syarikat penerbitan yang berkenaan supaya mereka dapat memberi maklumat yang tepat mengenai Korea. Dari situlah bermulanya sejarah penubuhan Voluntary Agency Network of Korea (VANK), yang telah ditubuhkan pada tahun 1999.

“Biji benih sawi itu kecil tetapi akan menghasilkan pokok yang besar dan ayam boleh menumpang di dahannya”.

Akar

VANK memulakan langkah bermula dari akar dan memasang impian. “Pusat Asia, Pintu gerbang kepada Asia Timur Laut! Republik Korea berkongsi impian dan persahabatan dengan semua orang di dunia.

VANK berharap Korea menjadi pusat asia, sebagai pintu gerbang ke asia timur laut dan menjadi sebuah negara yang kukuh ekonominya supaya ia boleh berkongsi kekayaan dengan semua orang di dunia. VANK juga berharap Korea akan berkembang menjadi negara yang disayangi melalui perkongsian visi dan persahabatan dengan semua masyarakat dunia. VANK berusaha gigih bagi merealisasikan visi tersebut.

Pada hari ini, VANK telah memulakan langkah dengan penuh misi dan dedikasi dalam mencapai visinya.

VANK mempunyai visi seperti berikut. Pertama, VANK membantu 800 million netizen antarabangsa mengubah pandangan dan minda mereka terhadap Korea. Kedua, VANK membantu menyatupadukan rakyat Korea yang tinggal merata-rata di seluruh dunia. Yang terakhir, VANK mendorong 70 million rakyat Korea untuk mencapai cita-cita dan visi mereka. Kami berharap visi dan misi VANK akan berakar-umbi dan tersebar luas.

Tunas

Melatih diplomat siber VANK yang boleh diibaratkan seperti tunas, merupakan aktiviti utama dan terpenting bagi VANK. Sehingga sekarang, VANK telah mengasuh beberapa diplomat siber yang berterusan mengembangkan wilayah melalui aktiviti yang padat. Mula-mula diplomat kami akan membina persahabatan dengan rakan bangsa asing dengan cara bertukar-tukar surat dan berkongsi impian dan visi sebelum mempromosikan Korea. Kepercayaan dan persahabatan akan membantu diplomat kami dalam memperkenalkan Korea dan kampung halaman mereka kepada rakan bangsa asing. Malah, menerusi pembinaan kepercayaan dan persahabatan dapat membawa banyak perubahan terhadap bangsa asing.

Malah ia juga telah dapat menigkatkan perasaan ingin tahu bangsa asing tentang Korea dan mereka mula belajar bahasa Korea melalui kamus bahasa Korea. Ada di antara mereka sedang membuat persediaan untuk peperiksaan “High Diplomatic Service Examination” untuk menjadi diplomat di kedutaan Korea. Dan mereka juga turut menghantar surat protes terhadap syarikat-syarikat penerbitan asing yang memberi tafsiran salah seperti “Laut Jepun” dan meminta mereka menukarnya kepada “Laut Timur”.

Mereka berasa terganggu dengan perkara ini kerana mereka mempunyai rakan dari Korea. VANK berpendapat rakyat Korea tidak perlu bersikap menunjuk-nunjuk sebaliknya dengan keikhlasan dan sikap jujur yang ada dalam diri sudah cukup bagi mempromosikan Korea kepada dunia.

Korea, negara sahabat saya.

VANK sedar bahawa bagi mempromosikan Korea kepada bangsa asing memerlukan masa dan usaha yang banyak. Walau bagaimanapun, kami percaya sesiapa yang melaburkan cinta, kegembiraan, kebaikan dan keikhlasan akhirnya akan dapat mengubah Korea menjadi “negara sahabat saya”. Sesiapa sahaja tanpa mengira kewarganegaraan, usia dan jantina atau kemampuan berbahasa asing boleh menjadi diplomat siber VANK selepas menyertai 14 peringkat program latihan.

14 peringkat program latihan diplomat siber

Mengumpulkan data Korea PR -> memperkenalkan diri dalam bahasa Inggeris dan memperkenalkan Korea -> mempromosikan Korea menerusi e-penpal -> perhubungan awam korea di laman bual -> menjadi pakar antarabangsa-> mengalihbahasa berita bahasa asing -> mencari fakta yang salah mengenai Korea -> menghantar surat muhibah kepada syarikat penerbitan asing -> menghantar surat kolaborasi kepada organisasi asing -> menghantar surat pertukaran kepada sekolah asing -> menghantar surat protes -> menyatukan rakyat Korea yang berada di luar negara -> menyedari impian VANK -> menyedari impian Korea

Dahan-dahan

Kepelbagaian aktitiviti oleh para diplomat siber VANK menjadi sumber utama dalam membina dahan yang subur. Semua peringkat umur bermula dari kanak-kanak sehingga orang tua mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti VANK. Golongan remaja terdedah kepada keganasan dan budaya tidak sihat di ruangan siber serta peperiksaan yang menakutkan. Walau bagaimanapun,ramai di antara mereka berminat dengan aktiviti-aktiviti VANK sejak mendapat pendidikan melalui hubungan persahabatan dengan bangsa asing ketika mempromosikan Korea.

Secara kebetulan, ramai rakyat Korea bimbang akan kisah sejarah mereka yang diputar-belitkan di dalam buku teks Jepun. Maka, ramai rakyat Korea mengambil bahagian secara aktif dalam projek VANK iaitu “9 Projek Utama dalam Mempromosikan Korea secara Tepat.”

Latihan kepada para diplomat siber Korea: Ia memfokuskan kepada pemuliharaan diplomat siber dengan menubuhkan 10,000 kelab yang luar biasa di sekolah rendah, menengah rendah, dan menengah tinggi dan juga universiti di seluruh Korea. Dengan itu, visi VANK akan berkembang menjadi visi semua rakyat Korea.

Membuat E-penpal dengan rakan bangsa asing: Ia menyasarkan para remaja yang menggunakan internet agar mereka dapat menjadi lebih fasih berbahasa Inggeris dan mengembangkan pengetahuan dengan jalinan persahabatan dengan bangsa asing melalui E-penpal.

Membetulkan maklumat yang tidak benar tentang Korea: Buku teks “asing” dengan maklumat yang tidak benar tentang Korea telah banyak tersebar di internet dan ke seluruh dunia sejak beberapa tahun yang lalu. Dengan itu, projek ini bertujuan untuk menyekat penyebaran tersebut dan membetulkan maklumat yang telah diputar belit.

Mewujudkan hubungan kerjasama antarabangsa: Mencipta tetingkap yang boleh menghantar pelbagai maklumat baru dan terkini tentang Korea secara berkesan dan mengekalkan sikap kerjasama dengan persatuan luar negara yang berpengaruh.

Mengambil foto kampung saya: Ia bertujuan mempromosikan Korea kepada sebanyak mungkin rakyat asing dengan membuat DB yang memiliki pelbagai gambar sejarah Korea, budaya dan warisan lebih dari 5,000 tahun.

Pembangunan enjin carian data Korea: Ianya bagi membantu rakyat luar mempunyai maklumat yang tepat tentang Korea dengan mengurangkan kesukaran mengumpul atau mencari maklumat melalui menyusun semula semua sistem dan menghubungkaitkan semua maklumat talian yang tidak teratur mengenai budaya, sejarah dan cara hidup masyarakat Korea.

Menjalin hubungan dengan rakyat Korea di luar negara: Ia bagi melindungi rangkaian peribadi yang diuruskan oleh Persatuan Pelajar Korea di Luar Negara, anak-anak Korea di luar negara dan rakyat Korea yang telah menjadi anak angkat kepada keluarga bangsa asing di luar negara serta menubuhkan komuniti yang akan menyatukan semula semua 6.5 milion rakyat Korea yang berada di luar negara dalam usaha untuk mempromosikan Korea dengan betul.

Mesra Korea di akhbar Inggeris: Para diplomat siber kami mengambil bahagian dalam menjadikan projek Mesra Korea dengan menyasarkan pelawat asing yang datang ke Korea dan bangsa asing yang menetap di Korea.

Daun yang merimbun

Daun yang merimbun merupakan hasil yang berterusan dari pelbagai aktiviti dan hal-hal masa depan VANK. Selagi kami percaya kepada “Pembenihan Bijih Sesawi” kami akan mencapai impian dan visi kami.

VANK membantu rakyat Korea mempercayai “Pembenihan Bijih Sesawi” dan memperlihatkan keajaiban “benih sawi” yang dianggap pengerak kepada perubahan Korea.

Perubahan Korea: VANK menerusi aktiviti-aktiviti mempromosikan Korea menyasarkan lebih dari 6 billion bangsa asing dalam meningkatkan imej Korea dan mengubah politik Korea, ekonomi, masyarakat dan budayanya. Dalam mempromosikan Korea kepada dunia, pertama sekali, rakyat Korea perlu ada maklumat yang tepat dan juga memperbetulkan maklumat yang tidak benar mengenai Korea.

Kanak-kanak Korea sedang berubah : Kanak-kanak terdedah kepada keganasan dan budaya tidak sihat di alam maya. Disebabkan itu, mereka perlu memerangi gejala-gejala tersebut bagi berkongsi visi dan persahabatan dengan rakan bangsa asing melalui aktiviti-aktiviti anjuran VANK. Akhirnya, mereka akan berpendapat bahawa dunia adalah tempat yang indah tanpa mengambil kira warna kulit atau diskriminasi bahasa.

Remaja Korea sedang berubah: Ramai remaja yang belajar tanpa tujuan dalam suasana pembelajaran yang tidak bagus, mula belajar secara sukarela setelah melihat aktiviti remaja VANK. Ramai remaja akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperkenalkan Korea kepada rakan bangsa asing mereka. Mereka juga semakin berminat dengan negara luar. Dengan itu, mereka akan meluangkan banyak masa untuk belajar melancarkan komunikasi dalam bahasa Inggeris. Ini menjadikan para remaja Korea mahu menambah ilmu pengetahuan mereka dengan sendirinya.

Akhir sekali, pemuda Korea juga sedang berubah: Kepelbagaian aktiviti VANK telah mengubah keputusan ramai pemuda Korea yang ingin berhijrah ke luar negara setelah kehilangan harapan. Mereka akan menukar cara pemikiran dan akan lebih mencintai Korea setelah menyedari yang mereka akan dilayan sebagai orang asing di negara luar. Ini akan membuatkan mereka bekerja lebih kuat untuk menjadikan Korea sebuah negara yang lebih mewah dan indah.

Sarang burung

Pokok yang mempunyai dahan dan daun yang banyak akan mengalu-alukan kedatangan banyak burung. Ini kerana, kebiasaanya pokok besar akan mengundang banyak burung. VANK akan berusaha sekuat mungkin untuk menjadi pokok yang mempunyai banyak dahan dan daun bagi mengalu-alukan burung-burung itu.

Impian VANK, Korea akan menjadi pusat asia dan pintu gerbang kepada asia timur laut. Tetapi tujuan utama VANK adalah supaya Korea berkongsi cita-cita dan visi dengan semua masyarakat dunia. Dengan demikian, Korea dapat menjadi negara yang dihormati dan dicontohi dunia.

Apabila kami mengetuai dunia dengan berkongsi visi dan impian kami, Korea akan disayangi oleh seluruh dunia. Mempunyai hubungan baik dengan semua masyarakat dunia dengan cara damai adalah visi VANK dan juga visi Korea pada abad ke-21. Adalah sesuatu yang membanggakan memikirkan Korea sebagai ketua kepada negara asia dan berkongsi visi dan impian dengan dunia.

Ini adalah masa depan VANK dan Korea. Ini juga adalah impian para diplomat siber VANK dan rakyat Korea. Walaupun benih sesawi adalah benih yang terkecil, ia mampu menjadi pohon yang besar dengan dahan-dahan yang banyak. Sekiranya kita berusaha sedikit demi sedikit secara berterusan, kita akan mencapai cita-cita ini walaupun ianya agak sukar untuk dicapai.

VANK berharap dapat berkongsi impian dan visi dengan anda semua melalui “Pembenihan Bijih sesawi”

 

Category: Pengenalan · Tags: , ,

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr