4 musim, tempat pelancongan

Remaja berbangsa asing : Ah, bila mengetahui lebih banyak tentang Korea, saya tak sabar mahu pergi ke sana. Kamu pernah pergi ke mana? Beritahu saya kalau ada tempat yang bagus.
Remaja Korea : Orang Korea pergi ke tempat peranginan mengikut musim. Ia adalah kerana musim di Korea amat berbeza antara satu sama lain. Pada musim bunga ramai orang pergi melihat bunga-bungaan yang baru berkembang. Antaranya yang terkenal ialah bunga ‘rape flower’ di Pulau Jeju, bunga camellia di Daerah Komun. Pada musim panas pula, ramai yang pergi ke pantai Laut Timur yang mempunyai air yang jernih dan menyegarkan. Pada musim luruh pula, orang ramai pergi ke Gunung Seorak dan Gunung Naejang untuk melihat daun mapel. Oh ya! Dedaun mapel di Gunung Geumgang di Korea Utara juga terkenal. Dan ramai orang pergi bermain ski dan snowboard kerana salji turun pada musim sejuk.

4 musim dan pengenalan tempat pelancongan mengikut musim

Perbezaan musim-musim di Korea sangat ketara dan perubahan suhu juga sangat ketara. Jadi semasa musim panas, suhu naik hingga 30°C dan semasa musim sejuk pula, suhu turun hingga -10°C. Perubahan-perubahan ini menganugerahkan keindahan pelbagai alam semulajadi kepada orang ramai.

Musim bunga

Iklim pada musim bunga di Korea adalah kering dan sederhana. Walaupun kadang-kadang diganggu fros pada awal musim bunga dan debu kuning pada bulan April hingga Mei, prang ramai memang ternanti-nanti kedatangan musim bunga. Pada akhir Mac, bahagian selatan Korea akan mula diwarnai dengan bunga forsythia, azalea, dan bunga ceri untuk menandakan kedatangan musim bunga. Setiap daerah akan mengadakan pelbagai festival bunga termasuk Pulau Jeju. Pulau Jeju adalah pulau terbesar di Korea dan terletak di sebelah selatan Korea. iklimnya lebih panas berbanding tanah besar dan akan ditutupi dengan bunga-bungaan. Wilayah laut selatan termasuk Jinhae terkenal dengan festival bunga ceri. Pada akhir bulan Mei, kebanyakan gunung akan diselaputi dengan bunga-bunga azalea berwarna merah tua seperti di gunung Halla, gunung Sobaek, gunung Jiri dan gunung Taebaek.

Musim panas

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Suhu purata tahunan musim panas di Korea ialah 23~27°C dan bulan Ogos adalah bulan paling panas. Sebelum panas, hujan lebat akan turun selama sebulan bermula pada pertengahan bulan Jun dan ia adalah 50~60% daripada jumlah hujan tahunan. Kebanyakan pelajar dan pekerja mengambil cuti pada bulan Julai dan Ogos untuk lari dari kepanasan.
Pada musim panas, orang Korea gemar pergi ke tempat peranginan di tepi pantai. Terutamanya pasir pantai yang luas dan air yang jernih di beberapa daerah termasuk Mangsang, Naksan, Seokcho, Gyeongpo dan Hwajin. Pantai resort lain yang terkenal termasuklah Laut Kuning di mana berbeza tahap air pasang surutnya dan Pulau Jeju yang terkenal dengan keindahan alam semulajadinya. Di wilayah laut selatan juga seperti Gyeongpodae dan Haeundae penuh dengan orang ramai yang ingin menikmati pantai musim panas.

Musim luruh

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Purata suhu pada musim luruh ialah 11~19°C dan perbezaan suhu di waktu siang dan malam sangat besar. Tapi oleh kerana pada musim ini udaranya segar dan bersih, sangat sesuai untuk menjalankan sebarang aktiviti luar. Musim luruh juga ialah musim menuai. Walaupun sibuk menuai, para petani tetap gembira. Maka itulah musim ini dipanggil musim kemewahan.
 Yang istimewa pada musim luruh ialah langitnya yang terang dan tinggi dan diwarnai dengan warna-warna dedaunan mapel. Pada pertengahan bulan Oktober adalah waktu kemuncak daun-daun mapel bertukar warna dan orang ramai bersesak-sesak untuk melihat daun mapel di gunung-gunung yang terkenal seperti Gunung Seorak, Gunung Jiri, Gunung Odae, gunung Chiak, gunung Naejang dan sebagainya. Hasil pertanian adalah yang paling meriah pada musim luruh dan para pelancong akan menikmati percutian yang indah. Pendek kata, musim luruh adalah musim yang terbaik untuk makan angin.

Musim sejuk

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Musim bunga dan musim luruh tempohnya pendek manakala musim panas dan musim sejuk agak panjang. Musim sejuk sangat sejuk dan kering. Bulan Januari adalah waktu paling sejuk dan suhu turun hingga -10°C dan disebabkan banyak salji yang turun di kawasan pergunungan, ada rakyat yang mengalami kesukaran. Tetapi ada juga yang menantikan musim sejuk kerana mereka boleh bermain sukan musim sejuk seperti ski, gelongsor salji dan snowboard.

Terutamanya pada musim ini, ramai pelancong yang pergi ke daerah Gangwon kerana di situ salji tebal. Di sana terdapat pelbagai festival seperti festival salji, festival ais dan lain-lain yang dibuka untuk pengunjung dari asia tenggara dan peminat sukan musim sejuk dari luar negara. 

 

Category: Maklumat asas · Tags: , , , ,

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr