Andong

 

Andong ialah tempat kebudayaan tradisional Korea yang berusia 2000 juta tahun masih terpelihara. Sebanyak 280 warisan tinggalan berada di sekitar bandarnya. Dari Seoul ia mengambil masa selama 3 jam untuk ke Andong, 2 jam 30 minit dari Busan atau Daejon dan sejam perjalanan dari Daegu dengan kereta.

Pelbagai warisan tinggalan sama ada ketara atau tidak ketara termasuk khazanah negara terletak di Muzium Hahoe dan Kampung Hahoe Andong. Seluruh Kampung Hahoe disenaraikan sebagai Bahan Rakyat Penting nombor 122. Penduduk masih mendiami kampung itu dan masih mengamalkan kebudayaan Korea. Tarian topeng disediakan pada hujung minggu hari ahad setiap pukul 3 pada bulan Mac, April, November dan pada bulan Mei hingga Oktober pula, ia diadakan pada hari sabtu dan ahad setiap minggu.  

Festival tarian topeng antarabangsa Andong diadakan bermula pada tahun 1997 dan sehingga 2009, sebanyak 14 kali festival telah diadakan. Pada festival ini, pameran tarian topeng dari seluruh dunia, festival warisan budaya Andong, festival tradisional Andong akan diadakan bersama. Sepanjang festival diadakan, diadakan persembahan tarian topeng yang merupakan warisan budaya Korea yang terpenting dan tarian topeng dari negara lain juga diperkenalkan.

Di antara peribahasa Korea “jika ketawa, akan membawa bahagia”, pernahkah kamu mendengarnya?
Orang Korea memang dari dahulu lagi suka tersenyum.

Orang Korea suka tersenyum sejak dari dahulu lagi dan mereka akan bersama-sama menghadapi kesukaran. Kita dapat melihat perkara ini pada tarian topeng Hahoe. Kebanyakan topeng yang digunakan dalam tarian ini berwajah bahagia. Disebabkan senyuman pada topeng itu, ekor matanya jatuh ke bawah dan mulutnya terbuka luas.

Dahulu nenek-moyang kami menghiburkan kehidupan yang penat dengan muzik dan tarian. Tarian topeng ini membuktikan perkara itu. Rakyat Korea menghilangkan tekanan hidup dan mengutuk masyarakat yang mementingkan status melalui tarian topeng. Pada masa dahulu, disebabkan perbezaan status kehidupan terlalu serius menyebabkan rakyat biasa dikenakan peraturan dan kekangan yang banyak.

Jadi mereka menari sambil memakai topeng supaya kelihatan seperti bangsawan malah mengutuk bangsawan bagi menunjukkan kemarahan mereka. Kita dapat memahami kehidupan dan perasaan rakyat biasa menerusi tarian topeng ini.

Menarikkan nama Hahoe? Hahoe adalah nama sebuah kampung yang terletak di Andong. Jika melawat kampung Hahoe, kita akan terpesona dengan tarian topeng. Kita akan dapat melihat pelbagai topeng dalam acara tarian topeng yang diadakan setiap hari. Seperti yang diberitahu sebelum ini, kampung Hahoe menunjukkan kegembiraan dan kesedihan orang Korea. ini adalah kerana di seluruh kampung itu, kita dapat lihat tinggalan sejarah. Jarang terdapat tempat di Korea yang masih mengekalkan tradisi dan budaya sebegini.

Tambahan pula, setiap Oktober, festival tarian topeng diadakan di kampung Hahoe. Jadi kita bukan hanya dapat melihat tarian topeng Korea sahaja malah tarian topeng negara lain dapat dilihat. Ada juga tempat untuk mempelajari tarian topeng dan pertandingan tarian topeng juga diadakan. Jika kita menyertai acara-acara ini, ia akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Dalam kehidupan moden yang sibuk dan kelam-kabut, seperti mana nenek-moyang kita, ada juga masa kita tertewas. Kalau rasa begitu, datanglah melawat kampung Hahoe di Korea. Di sini kamu akan dapat mencari senyuman yang kamu cari-cari selama ini. Berseronoklah dan carilah ketenangan.

Hyae min.

Category: Maklumat Daerah · Tags: , ,

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr