Chungju

Di Chungju terdapat banyak tempat peranginan dan Jungwon. Chungju boleh dimasuki dari semua daerah dengan senang. Chungju juga adalah kampung asal Setiausaha UN iaitu Ban Ki Mun.

Chungjuho mempunyai empangan serbaguna paling besar di Korea di mana ia mempunyai air yang segar, menghubungkan Chungju, Jecheon dan Danyang di daerah Chungcheongbuk. Di sekitar tasik, terdapat taman semulajadi gunung Worak dam gunung Geumsu dan puncak Gudambung yang bersatu dengan air yang biru menghasilkan pemandangan yang indah. Kapal pelancongan dari Chungju hingga Danyang Baru juga beroperasi.

Hutan rimba dibiarkan di sekitar Chungjuho untuk tujuan ketenangan.kita boleh berehat di dalam hutan itu atau berendam di kolam air panas. Selain itu, jika pergi ke hutan itu kita dapat melihat batu peringatan Jungwon Goguryeo bi, satu-satunya batu peringatan zaman Goguryeo.
jika kamu mahu merasai daya penarik sesebuah negara, kamu mesti bergaul dengan penduduknya’. Ini adalah tips yang diberikan oleh sebuah akhbar. Sebelum ini saya pernah pergi ke China bersama ibubapa saya dan kami hanya menaiki kereta dan turun di tempat yang terkenal dan mengambil gambar. Semasa itu saya terfikir alangkah bagusnya kalau saya dapat menjelajah ke setiap sudut negara ini. Sebenarnya ramai orang yang tidak dapat merasai daya penarik sesebuah negara apabila pergi melancong. Ini adalah kerana itu adalah ‘pelancongan’ semata-mata. Mereka ini hanya memetik pengatup kamera dan sesekali marah kerana pelancong yang terlalu ramai.

Dengan sebab itu, jika saya berpeluang memperkenalkan Korea kepada kamu, saya akan bawa kamu ke kampung tradisional Korea untuk merasakan semangatnya. Saya akan tunjukkan kepada kamu persembahan tradisional Korea seperti berjalan di atas tali, konsert muzik rakyat, jongkang-jongket dan sebaginya. Kalau kami bernasib baik, kami akan dapat melihat pengambaran drama ataupun filem. Mungkin juga saya berpeluang bertanya kepada rakan bangsa asing mengenai permainan tradisional negaranya pula.

Jika kita letih selepas berjalan-jalan, kita boleh mencuba makanan tradisional Korea seperti ttok, makkolli(arak beras) dan gula-gula labu. Pada waktu malam pula kita boleh ke kolam air panas di Chungju. Mungkin kita akan dapat menikmati kolam air panas sehingga dapat bergurau mengatakan air kolam itu sejuk dan menyegarkan!’ Saya akan bawa kamu tidur di bilik ondol yang tidak berkatil. Kita boleh bercerita sampai larut malam sambil berbaring di lantai yang panas.

Pada keesokan harinya, saya akan membawa kamu ke festival seni mempertahankan diri sedunia Chungju. Di sana kita akan dapat melihat pelbagai seni mempertahankan diri dari banyak negara dan saya mahu memperkenalkan Taekkyeon dan Tae kwondo. Walaupun Taekkyeon tidak sepopular Taekwondo, tapi saya berharap kamu akan menaruh minat terhadapnya. Jika kita ada masa, saya akan membawa kamu ke rumah saya dan menunjukkan proses pewarnaan Balsam dan saya akan menceritakan kisah yang sedih mengenainya.

Pada keesokan harinya, saya mahu membawa kamu ke pasar tani. Kamu mungkin terkejut apabila melihat anjing, anak ayam, itik, sayur-sayuran yang segar dan ikan-ikan eksotik dijual di sana. Ia akan menjadi pengalaman yang indah buat kita berdua dan kamu akan mengingati pengalaman ini lebih lama lagi berbanding masa kamu berjalan-jalan di tempat pelancongan.

Yang ikhlas,
Myoungsu.

Festival seni mempertahankan diri sedunia Chungju diadakan setiap bulan Oktober. Di sana kamu boleh melihat seni mempertahankan diri Korea iaitu taekwondo dan juga pelbagai seni mempertahankan diri yang lain.

Category: Maklumat Daerah · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr