Daerah-daerah Korea

Remaja berbangsa asing : Rakan Korea saya tinggal di Jeollabuk-do, Jeonju-si tapi saya tidak dapat mencarinya di peta Korea. boleh beritahu saya cara yang senang untuk mencarinya? Oh ya, apa maksud ‘-do’?
Remaja Korea : Pertama sekali, ‘-do’ ialah perkataan untuk membahagikan wilayah pentadbiran di Korea. ia sama seperti perkataan ‘state’ di Amerika syarikat, ‘country’ di Britain dan ‘province’ di Kanada. Korea Selatan dan Korea Utara masing-masing mempunyai 9 ‘do’. ‘Jeollabuk-do’ bermaksud daerah Jeolla Utara manakala ‘Jeonju-si’ pula bermaksud bandar Jeonju.

Daerah Seoul dan Gyeonggi
Seoul terletak di tengah-tengah semenanjung Korea dan menjadi ibu Negara Korea selama 600 tahun bermula pada zaman Dinasti Joseon(1392-1910). Buat masa sekarang, seramai lebih 10 juta orang tinggal di Seoul iaitu sebuah Bandar yang menjadi pusat politik, ekonomi, budaya dan pengangkutan serta Bandar yang mempunyai istana seperti Gyeongbokgung, Changdeokgung dan Deoksugung dan banyak lagi tinggalan sejarah lain. Gyeonggi-do yang mengelilingi Seoul juga sedang pesat membangun. Di sana terdapat kubu kota Hwasong yang disenarai sebagai warisan kebudayaan dunia.

Daerah Gangwon
Sebanyak 80% daripada daerah Gangwon adalah gunung-ganang dan gunung yang terkenal di Korea iaitu Gunung Seorak terletak di sana. Pada masa dahulu, disebabkan ciri geografiknya yang bergunung-ganang, daerah ini tidak boleh membangun dengan pesat seperti Seoul dan Gyeonggi tetapi sekarang dengan kelebihan mempunyai gunung dan laut yang terpelihara, idaerah Gangwon menjadi pusat pelancongan dan riadah. Malah ia menarik perhatian masyarakat Seoul yang ingin lari dari kesibukan kota dan juga pelancong dari asia tenggara yang mahu menikmati salji dan permainan ski.

Daerah Chungcheong
Daerah Chungcheong, berpusat di Gongju dan Buyeo, adalah daerah yang terkenal dengan kebudayaan Baekjae(18 SM ~ 660). Peninggalan sejarah yang paling terkenal di sana ialah makam Raja Muryeong dan dupa gangsa air emas Baekjae yang dikatakan paling cantik di asia timur laut. Selain itu Pusat Merdeka yang terletak di Cheonan mempamerkan sejarah rakyat menuntut kebebasan semasa pendudukan Jepun(1910-1945). Dengan pembinaan lebuh raya laut barat dan pertambahan perdagangan dengan China, Daerah Chungcheong sedang berusaha untuk menjadi pusat logistik di laut barat.

Daerah Gyeongsang
Di daerah Gyeongsang tersembunyi sejarah kerajaan Silla(57 SM ~ 935) dan kerajaan Gaya(100~1 SM ~ 562 Masihi). Bandar Gyeongju, ibu negeri Silla dipanggil muzium kerana terdapat banyak tinggalan yang terkenal seperti kuil Bulguksa, gua kecil Seokguram dan sebagainya. Di daerah selatan Gyeongsang pula, terdapat banyak tinggalan era besi pada zaman Gaya dahulu. Kini, di Pohang, Ulsan, Busan, Changwon dan Masan, industri berat seperti keluli, pembinaan kapal, kereta, petroleum dan bahan kimia sedang berkembang pesat manakala di Daegu dan Gumi pula, industri tekstil dan elektronik mengambil tempat.

Daerah Jeolla
Dolmen ialah kubur zaman Gangsa dan Korea mempunyai banyak dolmen berbanding negara lain. Terutamanya di Gochang dan Hwasun yang mempunyai banyak dolmen yang terkumpul di kawasan yang sempit di mana ia juga disenarai dalam warisan kebudayaan dunia. Jeolla-do juga terkenal dengan makanan yang sedap seperti jeonju bibimbap( nasi campur beserta sayuran) dan juga merupakan tempat asal muzik tradisional Korea iaitu pansori. Walaupun arus kemodenan dan perindustrian melanda, daerah ini yang dahulunya mengamalkan pertanian masih mengekalkan budaya tradisi mereka.

Daerah Jeju
Daerah Jeju terdiri daripada Pulau Jeju dan juga pulau-pulau di sekitarnya. Daerah Jeju terletak jauh dari tanah besar menyebabkan mereka mempunyai bahasa dan cara kehidupan yang tersendiri. Dikelilingi oleh laut dan alam semulajadi yang indah seperti gunung Halla menjadikan daerah Jeju sebuah tempat pelancongan yang terkenal. Dalam menuju abad ke-21, daerah Jeju sedang berubah menjadi bandar bebas antarabangsa demi melunaskan visi Korea(1945-sekarang) menjadi pusat asia timur laut sekaligus membolehkan ramai pelancong antarabangsa datang ke Jeju untuk menikmati keindahannya.

Daerah Pyongyang dan Pyeongan
Pyongyang ialah Bandar yang mempunyai sejarah yang panjang dan terdapat banyak tinggalan dari zaman kerajaan pertama Gojoseon(2333-108 SM) dan kerajaan terkuat di asia timur laut Goguryeo(SM 37-668). Tinggalan zaman goguryeo ialah khazanah Negara nombor 1 iaitu kubu kota Pyongyangseong, khazanah Negara nombor 2 iaitu kubu kota Anhakgungseong dan beberapa mural lukisan. Sekarang Pyongyang adalah ibu negara Korea Utara dan merupakan pusat politik, ekonomi dan pengangkutan. Pyeongan yang termasuk dalam daerah Pyongyang adalah kawasan yang pesat membangun dengan perindustrian.

Daerah Hwanghae
Ekonomi dan budaya daerah ini telah membangun sejak dahulu lagi. Kraftangan seperti tembikar Goguryeo membolehkan Gaeseong iaitu ibu negara kerajaan Goryeo(918~1392) membangun menjadi pusat perdagangan luar dan pusat komersial zaman Joseon. Sekarang , daerah ini progresif dalam kerjasama ekonomi bersama Korea Selatan seperti membangunkan Kompleks Industri Gaeseong.

Daerah Gangwon
Daerah Gangwon terbahagi dua apabila Negara berpecah. Sepertimana daerah Gangwon di Korea Selatan, di daerah ini juga banyak gunung-ganang, mengadap Laut Timur, kaya dengan sumber laut dan industi perkapalan juga membangun dengan pesat. Di daerah ini terdapat Geumgangsan(1.638m), gunung yang juga terkenal di seluruh dunia. Gunung ini dibuka buat pertama kali pada November 1998 selepas 50 tahun perpecahan Korea dan merupakan kawasan pelancongan pertama Korea Utara.

Daerah Yanggang
Daerah Yanggang ialah daerah yang paling kaya dengan sumber hutan dan daerah terletaknya gunung tertinggi di semenanjung Korea iaitu Baekdusan. Di puncak gunung ini, terdapat tasik gunung berapi yang indah dan banyak tumbuhan dan haiwan yang jarang ditemui berhabitat di kawasan gunung. Selain itu, wilayah Pungsan(sekarang wilayah Gimhyeongwon) adalah tempat asal anjing Pungsan yang terkenal dengan keberaniannya.

Daerah Jagang
Daerah Jagang juga bergunung-ganang. Daerah ini kaya dengan zink, emas, tembaga dan tungsten dan juga dikenali sebagai khazanah bawah tanah Korea. ia juga kaya dengan sumber alam semulajadi seperti hutan rimba dan sumber laut. Kawasan di daerah Jagang seperti Unpyeong-ri, simgwi-ri dan songam-ri banyak dijumpai tinggalan arkeologi.

Daerah Hamgyeong
Daerah Hamgyeong adalah daerah yang paling kaya dengan mineral di semenanjung Korea. Ia bersempadan dengan China dan Rusia. Cheongjin di wilayah Hamgyeong Utara terdapat kompleks industry dan pelabuhan di mana berlakunya perdagangan dengan Jepun dan Rusia. Daerah ini mempunyai banyak kubur kuno dan kubu kota Cheonghaetoseong dari zaman Kerajaan Balhae(698~926).

Category: Maklumat asas · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr