Gwangju

Bandar seni, Gwangju

Gwangju ialah bandar maju dalam wilayah Honam dan boleh dikelilingi dalam satu hari. Kepentingan baru bahagian pantai barat Korea dan usaha kerajaan dalam untuk menyeimbangkan pertumbuhan seluruh negara mencetuskan projek besar-besaran kemajuan bandar seperti pembinaan kompleks berteknologi tinggi Gwangju, menukarkan Gwangju menjadi pusat pengeluaran dan meningkatkan frasarana perumahan dan riadah. Sokongan seperti itu akan menaikkan status Gwangju sebagai hab wilayah tenggara Korea.

Bandar budaya dan seni

Gwangju sudah lama dikenali sebagai bandar yang kaya dengan budaya dan seni. Gwangju telah banyak menghasilkan cerdik pandai. Gwangju juga adalah tempat asal pansori dan Sekolah Lukisan China Selatan ataupun Namjonghwa. Peratus penduduk yang terlibat dengan seni adalah tinggi dan tahap pendidikan berbentuk kesenian lebih tinggi berbanding daerah lain. Oleh kerana kebanyakan penduduk adalah orang-orang yang rendah hati dan yang tidak mengharapkan keuntungan, mereka menikmati seni lukis, tarian dan muzik. Diadakan bermula pada tahun 1995, Festival Kesenian antarabangsa Biannele Gwangju yang diadakan 2 tahun sekali, telah mengangkat nama Gwangju sebagai bandar kesenian di peringkat dunia.

Festival kesenian untuk kampung global

Gwangju Biannele / dari 1995 hingga sekarang

Gwangju Biannele diadakan untuk meraikan ulangtahun ke-50 Kemerdekaan dan “Tahun Kesenian” yang diadakan untuk meningkatkan budaya kesenian Korea. Selain itu, ia juga untuk mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa dan juga memperingati usaha mendapatkan kemerdekaan di Gwangju yang dianggap permulaan bidang kesenian di sana.

Gwangju Biannele memfokus kepada pertandingan seni moden antarabangsa dan terdiri daripada pameran istimewa, seminar antarabangsa dan festival antarabangsa dan dalam negeri. Ia diadakan selama tiga bulan setiap dua tahun. Sebagai pameran yang mempunyai tema khas iaitu aliran kesenian kini dan masa depan, pameran utamanya akan mengikut tema di mana pameran istimewa akan dibuka mengikut bidang yang diminati berdasarkan tema. Festival pula merangkumi ciri-ciri tradisional dan modenisme, negara-negara timur dan barat, daerah budaya dan kaum, pelbagai lagu dan tarian dan juga muzik.

Untuk informasi selanjutnya: http://www.gb.or.kr

Festival kimchi Gwangju

Gwangju mengadakan festival kimchi yang dipenuhi dengan kehebatan kimchi tradisional yang sebenar. Festival ini berlangsung selama beberapa hari dan anda boleh menikmati pelbagai acara, kumpulan muzik tradisional, kumpulan tarian tradisional Korea dan sebagainya. Anda juga boleh menyertai acara membuat kimchi dan pada waktu malam pula boleh menikmati muzik secara langsung di kafe. Pada tahun 2007, festival ini berlangsung pada 17 Oktober hingga 21 Oktober.

Im Bang ul, Festival Muzik Klasik Korea.

Im Bang ul, penyanyi terkenal di seluruh Korea, lahir di Gwangju, penyanyi pertama dalam kelasnya yang tersendiri dan mempunyai cara nyanyian yang unik. Beliau lebih suka menyanyi di pasar-pasar kampung atau di padang berpasir daripada menyanyi di pentas, untuk melagukan kesedihan dan kepahitan rakyat Korea semasa dijajah oleh Jepun pada zaman kerajaan Joseon(1392-1910). Sebagai mengenang pencapaiannya dan juga suaranya yang mendayu-dayu meresap masuk ke hati rakyat Korea selama-lamanya menyebabkan mereka mengadakan Im Bang ul, festival Muzik Klasik Korea setiap tahun. Festival ini adalah untuk menyambung tradisi bandar kesenian dan mencari pemuzik yang mempunyai masa depan. Ia adalah festival utama peringkat negara yang berusaha menaik taraf dan mempopularkan muzik klasik Korea sempena taraf bandar Gwangju sebagai tempat asal-usul muzik kebangsaan.

Category: Maklumat Daerah · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr