Gyeongsangnamdo

Negara yang indah. Sejarah yang panjang. Pusat ekonomi yang rancak, Gyeongnam

Gyeongsangdo terbahagi kepada Gyeongsangnamdo dan Gyeongsangbukdo. ‘Nam’ bermaksud selatan dan ‘buk’ bermaksud utara. Nama Gyeongsang diberi semasa zaman pemerintahan Goryeo. Ia diambil bersempena nama dua bandar besar ketika itu iaitu Gyeongju dan Sangju.

Gyeongsangnamdo yang terletak di hujung bahagian selatan semenanjung Korea, bersempadan dengan Busan dan Ulsan di sebelah timur, Daseong di Daegu dan Cheongdo, Goryeong, Seongju dan Gimcheon di Gyeongsangbukdo di sebelah utara. Di sebelah barat pula, ia bersempadan dengan Muju, Jangsu dan Namwon di Jeollabukdo di sebelah sisi Pergunungan Sobaeksanmaek dan Gurye dan Gwangyang di Jeollanamdo di sebelah sisi lain Pergunungan Sobaeksanmaek.

Di setiap daerah di Gyeongsangnamdo, lebih dari 30 festival dan acara berkaitan Jeneral Yi Sun Sin diadakan. Bermula dari tahun 2007, sempena memperingati jeneral itu, Gyeongsangnamdo telah memperbanyakkan aktiviti dan menyebarkan kepimpinan dan sumbangan beliau.

3 lokasi bersejarah semasa Imjin Waeran, 2 daripadanya terletak di Gyeongsangdo iaitu di Noryang dan perang terakhir di Gyeongsangdo. Gobukson, kapal penyu pertama kali dilabuhkan di Sacheonpo Gyeongsangnamdo.
Hansando

Hansando ialah pulau pertama tempat letaknya benteng bagi askar laut Joseon semasa Imjin Waeran dan merupakan tempat bersejarah berlakunya peperangan yang besar. Rakyatnya mengingati semangat Jeneral Yi Sun Sin dan menamakan semua tempat dengan perkara yang berkaitan dengan jeneral itu. Tempat ini juga terkenal sebagai tempat jeneral itu menulis sajak patriotik. Keindahan Hansando yang tersendiri menarik perhatian pelancong setiap tahun.

Untuk informasi selanjutnya : http://tour2korea.com

Noryang ialah lokasi terakhir dalam peperangan Imjin Waeran dan lokasi di mana Jeneral Yi Sun Sin menemui ajal. Mayat jeneral itu disimpan sementara di kuil Chungnyeolsa dan kapal penyu yang telah dibaiki dapat dilihat dari pantai. Jika menaiki bas dari jambatan Namhae hingga ke Namhae(selatan pantai), Noryang jelas dapat dilihat di sana.

Category: Maklumat Daerah · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr