Hangeul

Penciptaan Hangeul

Hangeul dicipta oleh Maharaja Sejong iaitu salah seorang dari 4 raja besar dinasti Joseon(1392~1910). Sebelum Hangeul tercipta, rakyat Korea harus belajar tulisan cina di mana tulisan cina ini adalah sukar bagi rakyat jelata untuk dipelajari. Maharaja Sejong sangat menyayangi rakyat dan baginda berasa sedih kerana rakyat tidak dapat meluahkan fikiran mereka secara bebas. Oleh itu baginda telah mencipta tulisan atau huruf yang dapat mengekspresikan bahasa Korea dengan tepat. Dengan usaha baginda yang tidak berbelah bagi, pada tahun 1446, ‘Hunminjeongeum’ telah diterbitkan yang menceritakan bagaimana dan mengapa Hangeul dicipta dan juga cara menggunakan huruf yang baharu. ‘Hunminjeongeum’ adalah nama sebenar Hangeul.

‘Hunminjeongeum’ bermaksud mengajar rakyat dengan bunyi yang betul. Manuskrip ‘Hunminjeongeum’ telah diiktiraf sebagai warisan dokumentari UNESCO dan bermula pada tahun 1989, sesiapa yang berbakti untuk menghapuskan buta huruf akan dianugerahkan dengan anugerah Maharaja Sejong. Hangeul dikatakan sebagai tulisan yang paling efektif di dunia. Banyak pakar bahasa memuji Hangeul sebagai sistem tulisan yang saintifik. Selain itu Hangeul telah memberi sumbangan yang besar terhadap kemajuan industri IT di Korea. Setiap tahun pada 9 Oktober, diiktiraf sebagai hari Hangeul dan orang ramai akan menyambutnya.

Huruf Hangeul ( konsonen dan vowel)

Ketika mula-mula dicipta Hangeul mempunyai 28 huruf. Tetapi sekarang hanya 14 huruf konsonen dan 10huruf vowel yang digunakan. Berikut adalah huruf-huruf konsonen dalam Hangeul.

Hangeul ialah huruf berdasarkan bunyi, iaitu semua bunyi dapat diekspresikan melalui huruf konsonen dan vowel. Hangeul diguna mengikut suku kata. Satu suku kata ada tiga bahagian. Ada bunyi awal, tengah dan akhir. 19 konsonen(14 konsonen + ㄲ,ㄸ,ㅃ,ㅆ,ㅉ) boleh menjadi bunyi awal. Konsonen ㅇ tidak mempunyai sebutan. 21 vowel pula(10 vowel + ㅐ,ㅒ,ㅔ,ㅖ,ㅘ,ㅚ,ㅙ,ㅝ,ㅞ,ㅟ,ㅢ) akan berada di bahagian tengah. Semua huruf konsonen(kecuali ㄸ,ㅃ,ㅉ)dan 11 konsonen(ㄳ, ㄵ, ㄶ, ㄺ, ㄻ, ㄼ, ㄽ, ㄾ, ㄿ, ㅀ, ㅄ) boleh berada di bahagian akhir suku kata.

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr