Hanji

 

Hanji ialah sejenis kertas yang dihasilkan melalui cara unik Korea. Ia diperbuat daripada pokok ‘tak’(pokok mulberi). Hanji bukan sahaja dijadikan kertas untuk menulis tapi juga sebagai kertas pembalut pintu, kertas dinding dan kadang kala digunakan dalam pembuatan baju dan alatan rumah yang lain.

Ciri-ciri hanji
Hanji boleh digunakan secara kekal. Hanji yang digunakan dalam percetakan logam mudah-alih ataupun jenis kayu, masih terpelihara sampai sekarang. Selain itu, ia dapat menyerap kelembapan dan menulenkan udara. Hanji bersifat lembut seperti buah pokok mulberi.

Cara membuat hanji
1.Pokok ‘tak’ ditebang pada lewat musim luruh iaitu waktu paling bagus untuk membuat kertas.
2.Kulit pokok tak dibuang. Serat yang terdapat pada kulitnya ialah bahan utama dalam pembuatan hanji.
3.Kulitnya direbus. Serat kulit itu akan menjadi lebih lembut semasa direbus.
4.Kulit yang telah lembut setelah direbus akan direndam dalam air untuk dibasuh. Jika dibasuh dengan air yang sejuk dan bersih, ia akan bertukar menjadi warna putih selepas 3 hari.
5.Kulit yang sudah dibasuh ditepuk-tepuk di atas papan yang rata. Lebih lama ditepuk, lebih lembut kulit itu dan lebih lama ia dapat digunakan.
6.Kemudian kulit itu dimasukkan ke dalam gam berunsur tumbuhan. Proses ini akan menghasilkan sehelai kertas nipis.
7.Kulit yang sudah bercampur dengan gam itu tadi akan dibentuk dengan penapis yang diperbuat daripada buluh.
8.Kertas itu kemudian dikeringkan. Terdapat pelbagai cara untuk mengeringkan kertas itu. Ia boleh dikeringkan di bawah cahaya matahari ataupun dengan stim. Selepas kering, kertas dipisahkan satu-satu dan jika ditepuk-tepuk ia akan menjadi lebih lembut.
9.Kertas sudah siap.

Category: Gaya “han” · Tags: ,

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr