Hanok

Hanok ialah rumah tradisional Korea. Biasanya rumah adalah tempat untuk berteduh dari cuaca luar yang tidak menentu dan juga sebagai tempat berehat. Jika dilihat dari segi geografik dan iklim, hanok memang bentuk rumah yang sesuai untuk orang Korea. Hanok terbahagi kepada beberapa jenis mengikut bahan-bahan untuk membuatnya. Ada kiwacib, chogacib, phanjacib dan sebagainya. Semua jenis hanok adalah rumah mesra alam.

Kebaikan hanok

Perbezaan musim yang ketara di Korea, nenek-moyang mereka mencipta ondol, sistem pemanasan lantai tradisi Korea dan daecheong(lantai yang luas) untuk membiarkan peredaran udara di antara bilik berlaku dengan baik. Ini adalah ciri terbaik rumah hanok.
Ondol ialah sistem pemanasan di mana sebuah batu yang besar diletak di bawah bilik untuk memanaskan bilik. Rakyat Korea di zaman lampau telah mencipta cara pemanasan di mana satu batu besar diletakkan di bawah lantai bilik dan ianya kemudian dipanaskan. Asap yang terhasil daripada api disebarkan ke luar melalui bawah batu.
Daecheong ialah lantai kayu di antara bilik sebelah dalam dan bilik berhadapan dengan bangunan utama. Terdapat pintu yang hanya diperbuat daripada kayu sebelah bahagian. Ia adalah tempat yang enak untuk berbaring ketika musim panas. Apabila kita berbaring, udara dari kedua-dua belah rumah akan masuk dan menyamankan dalam rumah. Cucur atap dibina untuk menghalang cahaya matahari. Ciri lain hanok ialah ia tidak mempunyai dinding tetapi mempunyai tiang-tiang. Orang Korea menggunakan sepenuhnya pintu dan penggunaan changho(tingkap dan pintu) amat meluas sejak dulu lagi. Jika kita melihat hanok, kita akan mendapati syiling bilik dan ruang lantainya tidak tinggi. Tinggi syiling bilik disesuaikan dengan ketinggian semasa duduk manakala tinggi ruang lantai pula disesuaikan dengan ketinggian seseorang berdiri.

Struktur hanok

 

 

 

1. Anchae, bilik untuk wanita
Anchae adalah ruang untuk wanita termasuk janda dan berada di bahagian paling dalam. Anchae terdiri daripada ruang tamu utama, dewan, bilik berhadapan dengan ruang tamu utama, dan dapur. Ruang tamu utama ialah tempat paling penting dalam rumah dan ruang ini juga tempat wanita melahirkan anak dan menghadapi kematian. Anchae terletak dibahagian utara di mana ia bertujuan untuk menyekat pergerakan wanita dalam masyarakat malah untuk menghalang lelaki masuk ke dalam dan mendekati tempat itu. Anchae juga adalah tempat menyediakan makanan dan pakaian ahli keluarga. Jadi ini dipenuhi dengan perabot untuk menyimpan pakaian dan selimut

2.Sarangchae
Sarangchae ialah ruang untuk menyambut tetamu atau berbual-bual dengan jiran atau saudara-mara dan juga tempat mengajar anak-anak muda. Di rumah orang kaya, ia terletak berjauhan dengan bangunan utama manakala rumah orang biasa pula, ia terletak berdekatan dengan pintu utama. Biasanya sarangchae terdiri daripada daecheong dan sarangbang iaitu untuk kegunaan lelaki dewasa atau tetamu yang penting. Sarangbang yang mendapat pengaruh ajaran Konfusianisme di mana ia dihias secara sederhana sebagai cara mengamalkan kehidupan yang sederhana.

3.Haengrangchae
Jika kita lihat rumah tradisi Korea, ruang-ruangnya dibahagikan mengikut taraf seseorang dalam masyarakat. Di rumah orang kaya, haengrangchae dibina sebagai tempat penginapan orang suruhan dan tempat mereka mengumpulkan bijirin. Biasanya ia terletak paling berdekatan dengan pintu utama.

4.Byoldang
Keluarga yang besar pula mempunyai sebuah lagi rumah lain yang terletak di belakang anchae. Jika anak perempuan yang belum berkahwin tinggal di situ, ia dipanggil chodang manakala jika anak lelaki pula, ia dipanggil sodang.

Category: Gaya “han” · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr