Ilsan

Lafesta yang terletak di Myongdong Ilsan ialah pusat kebudayaan jalanan yang mempunyai 150 buah kedai, pusat karaoke dan panggung wayang. Lafesta terletak berdekatan dengan taman tasik dan ia popular sebagai tempat yang harus dikunjungi sebelum pergi ke Lapangan Terbang Incheon.
 
Cara pergi ke Lafesta : Turun di stesen Jongbalsan line 3 dan keluar ke pintu nombor 2. Jalan kaki selama 5 minit.

Taman tasik yang terletak di bandar baru Ilsan adalah tasik buatan yang terbesar di bahagian timur (lebih kurang 245 ekar). Taman tasik yang dibuka pada 4 Mei 1996, mendapat sambutan yang hebat dari penduduk termasuk penduduk bandar Goyang.
Cara pergi ke taman tasik Ilsan : Turun di stesen Jongbalsan line 3 dan jalan kaki selama 10 minit.

Kepada kamu yang mahu mengenali Korea

Saya tinggal di Ilsan selama 10 tahun dan saya mahu memperkenalkan kepada dunia tentang ciri-ciri dan budaya Ilsan. Dalam bahasa Korea, Il bermaksud satu, dan san bermaksud gunung. Jadi Ilsan bermaksud gunung yang satu iaitu satu-satunya gunung yang ada di Ilsan, Gunung Jongbalsan.
Ilsan dibuka pada tahun 1996 sebagai kawasan hijau. Taman tasik ialah tarikan utama di Ilsan. Taman tasik dibina oleh manusia dan mempunyai sebuah tasik yang luas dan tenang. Di sekitar tasik ada binaan pejalan kaki. Ini adalah salah satu dari binaan pejalan kaki yang lain. Saya dapat merasakan kesegaran dan sesuatu yang baru apabila berjalan di sini. Di sana ada sebuah taman kecil di mana ia memberi rangsangan kepada tapak kaki untuk kesihatan orang ramai. Di taman itu ada banyak batu yang berlainan bentuk dan warna. Di asia, ada teori yang mengatakan bahawa tapak kaki mempunyai hubungan dengan kesihatan badan manusia. Jadi setiap bahagian tapak kaki berkaitan dengan bahagian tubuh. Maka apabila tapak kaki diberi rangsangan, masalah kesihatan kita dapat diselesaikan.
Dan juga di satu sudut taman tasik terdapat air pancut yang terkenal. Air pancut ini bukannya jenis kekal tapi ia pandai menyanyi jadi ia dipanggil air pancut muzikal. Air pancut muzikal dibina pada tahun 2004 dan ia memancutkan cahaya yang indah, air dan juga muzik. Dan kita tidak perlu membayar apa-apa dan kamu hanya perlu duduk sahaja untuk mendengar muzik sambil menikmati pemandangan yang hebat. Air pancut muzikal dijalankan pada waktu malam setiap minggu. Lagu terhebat yang pernah saya dengar dari air pancut muzikal ini ialah lagu tema animasi Aladdin iaitu ‘dunia baru’.
Kawasan ini dipanggil Lafesta. Festa bermaksud festival dalam bahasa Itali. Lafesta ialah festival sepanjang tahun. Konsert muzik diadakan setiap hari rabu dan banyak jualan murah dan acara diadakan sempena Krismas, hari kesyukuran, tahun baru dan sebagainya. Terdapat banyak pusat membeli-belah, pusat permainan dan panggung wayang di Lafesta. Kawasan ini ialah kompleks permainan. Orang ramai datang ke Lafesta untuk membeli-belah, bermain, makan dan berehat. Dah lebih 10 tahun saya tinggal di Ilsan dan saya mahu mengatakan yang tinggal di Ilsan adalah sesuatu yang diimpikan oleh semua orang. Semua infrastruktur dan budaya di sini hebat-hebat belaka. Di sini juga ada muzium dan rumah opera dan tempat persembahan muzik. Setahun yang lepas, MBC sebuat stesen tv telah membina kompleks budaya di Ilsan.
Saya dapat menikmati pelbagai seni dan budaya di Ilsan. Keindahan taman tasik dan usaha sukarela penduduk, persekitaran Ilsan lebih baik berbanding bandar lain. Terdapat banyak pokok-pokok besar dan renek di tepi jalan dan langit yang cerah. Bagi saya Ilsan terlalu cantik dan saya mahu berkongsinya dengan semua orang. Walaupun Seoul berada di tengah-tengah dan adalah ibu negeri Korea, saya mencadangkan kamu datang ke Ilsan dan menikmati budaya dan persekitaran di sini. Saya sayangkan bandar saya dan saya berharap ia akan kekal begini selama-lamanya.

Yang ikhlas,
Bora.

 

Category: Maklumat Daerah · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr