Inje

Wilayah Injae terkenal dengan lanskap semulajadi yang cantik. Lebih dari 90 peratus kawasan itu terdiri daripada gunung atau lembah seperti Gunung Sorak, Gunung Bangtae, Daecheongbong, Naerincheon dan sebagainya. Dan juga terdapat kolam air panas asli dan taman resort semulajadi. Injae adalah tempat paling baik untuk melakukan aktiviti seperti berakit, bungee jumping, berbasikal, paragliding, mendaki air terjun buatan dan sebagainya.

Kamu ada tempat yang hendak dilawati di Korea? Bila saya penat dan sunyi, saya fikirkan Naerincheon. Nanti hati saya akan tenang dan ada satu perasaan baru muncul. Jika kamu melawat Naerincheon, kamu akan terpesona dengan keindahannya.

Naerincheon terletak di sebelah utara Korea. Ia mengambil masa selama tiga jam jika menaiki kereta dari Seoul. Sungai yang sepanjang 70 km itu bermula dari Taman Negara Odaesan, melalui gunung dan lembah dan mengalir ke bahagian utara sungai Han. Ia sangat cantik kerana sentiasa bertukar rupa pada setiap musim. Saya dengan yakin mengatakan yang ia sungai yang terbersih di Korea.

Jika musim bunga tiba, ais yang tebal mula mencair. Sejenis ikan dari jenis salmon, akan cuba melawan arus sungai untuk bertelur. Azalea berkembang mengikut aliran lembah dan jika air sungai bertukar warna menjadi warna kobalt, musim panas sudah tiba. Jika musim luruh pula tiba, lembah akan bertukar menjadi merah dan dedaun kekuningan berguguran dan air sungai kelihatan kekuningan juga.

Di lembah itu, musim sejuk datang sebelum bulan Disember. Jadi pada awal bulan November, salji turun dan permukaan sungai bersinar-sinar. Jika kamu dapat lihat pemandangan ini, bagaikan magik, kamu tidak dapat mengelipkan mata. Jika saya datang ke sini pada bila-bila masa, saya terasa bagaikan sedang terbang di awangan. Mungkin kerana di Naerincheon, langitnya tinggi dan cerah dan udaranya nyaman. Di Naerincheon kita dapat berakit, fly fishing, berbasikal di pergunungan. Airnya yang mengalir deras sangat sesuai untuk berakit. Jika menaiki rakit, kita akan berasa teruja dan dapat mendengar jeritan kawan-kawan. Jika kamu menggemari sukan agresif, saya cadangkan kamu pergi ke sana.

Berbasikal di gunung adalah sukan yang harus kamu sertai jika ke Naerincheon. Sepanjang Naerincheon, cerunnya dalam dan jalannya yang tidak sekata menyebabkan kita harus menekan pedal dengan kuat. Dan kita akan dapat menyaksikan pemandangan yang indah selepas penat menekan pedal.

Sukan begini hanya dibenarkan pada musim bunga dan musim panas. Pancingan layang dapat dilakukan sepanjang 4 musim. Kamu pernah mencuba pancingan layang? Saya dan bapa saya sangat menggemari pancingan layang di Naerincheon. Kerana ikan lenok(trout asia) hanya tinggal di air yang sejuk dan bersih dan Naerincheon salah satu tempat kita dapat melihat lenok(trout asia). Lenok(trout asia) tinggal di Naerincheon menandakan airnya yang sangat jernih.

Saya dengar yang ramai orang asing suka pancingan layang. Bagaimana kalau kamu datang ke sini dan mencubanya? Kamu dapat menikmati udara lembah yang segar, pemandangan yang indah dan sunyi dan mengabadikan diri dengan alam semulajadi. Apabila kamu penat dan susah hati datanglah ke Korea dan singgah di Naerincheon. Ia akan menghilangkan segala bebanan hidup dan memberi semangat supaya kamu dapat terus hidup.

Saya berharap kamu dapat datang ke tempat yang indah ini dan berseronok.

Junha.

 

Category: Maklumat Daerah · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr