Jejudo

Jejudo terletak di kawasan paling selatan Korea dan mempunyai iklim yang unik. Pulau Jeju terdiri daripada Pulau Jeju dan pulau-pulau di sekitarnya. Oleh kerana ia terletak agak jauh dari semenanjung Korea, penduduk Pulau Jeju mempunyai loghat dan cara hidup yang unik. Pulau Jeju dikelilingi dengan keindahan gunung Halla dan juga laut menjadikannya sebuah pulau resort. Pada abad ke-21, Pulau Jeju sedang berusaha menjadi bandar sumber manusia dan logistik dan seterusnya menjadi pusat ekonomi bebas antarabangsa.

Gunung Halla ialah gunung tertinggi di Pulau Jeju dan ia adalah gunung berapi yang terhasil dari pelantar benua laut barat. Gunung Halla juga adalah yang tertinggi di Korea dan merupakan simbol Pulau Jeju. Kawasan perlindungan di gunung Halla terdiri daripada tumbuhan alpin dan pokok cemara, malah Baeknokdam iaitu tasik kawah yang menambahkan keindahan gunung itu. Gunung Halla berubah mengikut musim dan pemandangan pada setiap musim sangat berbeza.

Pulau Jeju juga terkenal dengan buah limau. Musim menuai limau adalah lewat musim luruh hingga musim sejuk. Di pulau Jeju juga terdapat buah yang dipanggil hallabong yang lebih manis dan besar daripada limau. Musim menuai hallabong ialah pada bulan Februari hingga Mac.

Selamat datang ke Pulau Jeju! Apa khabar? Nama saya Park Ja Gyeong dan saya tinggal di Korea. Saya berumur 18 tahun. Kamu pernah mendengar apa-apa tentang Pulau Jeju? Karangan ini bertujuan memperkenalkan Korea. Pulau Jeju terletak di Korea. Kebanyakan orang yang melawat Korea, pasti akan melawat Pulau Jeju. Saya telah pergi ke pulau itu pada tahun lepas bersama rakan-rakan saya. Walaupun cuaca di Pulau Jeju agak panas berbanding di semenanjung Korea, tapi saya tetap seronok. Saya akan menceritakan pengalaman seronok saya di sana. Cubalah ikut perjalanan percutian saya. Nak tahu misteri Pulau Jeju?
 
1.Seongsan Ilchulbong (Puncak Matahari Terbit)
Seongsan Ilchulbong terletak di sebelah timur pulau Jeju. Dari sini kita dapat melihat Pulau Jeju. Ia seperti sebuah tembok besar dan pemandangan waktu senja memang sangat indah. Amat sukar untuk mendaki hingga ke puncaknya. Tetapi, pemandangan waktu senja yang dilihat di puncak membuat kita lupa akan kesukaran itu. Tempat ini memang sesuai untuk melihat seluruh Pulau Jeju.

2.Seopjikoji
Seopjikoji bermaksud tanjung dalam loghat Pulau Jeju. Tempat ini terdiri daripada Goja Koji laut yang berbentuk anak panah dan Jeongji Koji pantai. Ramai pelancong datang ke sini kerana tempat ini ialah kawasan pengambaran drama ‘All in’. Jika berjalan di pinggir laut, ianya seperti kita berada di dalam air. Saya telah mengambil gambar berlatarbelakangkan Seopjikoji. Cantikkan pantai itu? Jika kamu berjalan di pinggir laut bersama orang tersayang, kedatangan kamu ke pulau Jeju memang tiada penyesalan.

3.Soinguk (Taman Tema Miniatur)
Ini bukannya piramid di Mesir tetapi piramid yang berada di Soinguk di pulau Jeju. Gambar ini nampak macam betulkan? Apabila saya berada di sini, saya terasa seperti melancong ke seluruh dunia. Sebanyak 116 tempat terkenal di 30 negara dipamerkan di sini. Kamu akan berasa seperti kamu ialah Gulliver dalam cerita pelayaran Gulliver. Bagaimana kalau kita melancong ke seluruh dunia di Pulau Jeju?

4.Jusangjeolli
Jusangjeolli adalah terdiri daripada batu-batu yang seperti dipotong menjadi tiang yang panjang bersegi enam. Jusangjeolli dikatakan terbentuk akibat ombak. Alam semulajadi memang menakjubkan. Bagaimana kalau kamu datang melihat Jusangjeolli sendiri?

5.Laut yang cantik

Ini ialah gambar saya dan rakan-rakan saya berlatarbelakangkan pantai pulau Jeju. Jernihkan airnya? Bau pantai membuatkan saya bahagia dan bunyinya pula menenangkan saya. Pulau Jeju adalah seperti pulau Hawai. Datanglah ke pulau Jeju dan cuba rendamkan kaki kamu di pantai Jeju.

Bagaimana percutian di Jeju bersama saya? Pulau Jeju lagi cantik jika kamu melihatnye sendiri berbanding melihat gambar saya. Datanglah ke pulau Jeju untuk menikmati keindahan Korea.

Category: Maklumat Daerah · Tags: , , , ,

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr