Jeonju

Jeonju bandar budaya

Joenju terletak di barat daya Korea. ia sebuah bandar di mana kita dapat melihat sejarah yang berusia 1300 tahun dan dapat merasakan tinggalan budaya dan tradisi. Malah kita dapat melihat gabungan teknik moden harmoni bersama aura tradisional.
Kampung hanok Jeonju

Cara dibina
Kampung Hanok terletak di bahagian pintu barat di tepi sungai. Ia adalah tempat tinggal penduduk selepas Perjanjian Eulsa. Sebenarnya ia adalah kawasan penempatan peniaga dan orang bertaraf rendah. Pada masa itu terdapat perbezaan taraf dan bandar itu adalah garis pembahagian antara dua kelas rakyat. Tetapi pada tahun 1907, batu-batu bahagian barat bandar telah dirobohkan untuk pembinaan jalan raya dan dindingnya digunakan dalam pembinaan bangunan.

Bahagian timur tembok runtuh pada tahun 1991 dan yang tinggal hanya pintu bahagian utara. Ini menyebabkan orang Jepun semakin bebas memasuki bandar dan ramai peniaga Jepun membuka kedai di Dagadong dan Jungangdong. Pada tahun 1934, selepas 3 kali proses pembangunan bandar berjalan, jalan-jalan di Jeonju bertukar menjadi bandar industri. Orang Jepun memegang kuasa terbesar dalam perniagaan hinggalah tahun 1945. 
Selepas tahun 1930, rakyat Korea mula membina kampung Hanok di Pungnabdong dan Gyodong dan ini merupakan salah satu cara untuk menghalang pengaruh orang Jepun. Kawasan hanok di Pungnabdong dan Gyodong yang terbina bermula pada tahun 1930-an itu menunjukkan perbezaan dengan rumah orang Jepun yang mempunyai pengaruh barat. Rumah-rumah hanok di  Pungnabdong dan Gyodong dan Omokdae di mana ia adalah tempat Raja Joseon, Yi Seong-gye meraikan kemenangan ke atas Jepun pada tahun 1930 itu membentuk pemandangan yang cantik.

1.Tempat homestay hanok Jeonju
Homestay hanok Joenju bertempat di kampung hanok. Di sini orang ramai dapat merasai pengalaman tinggal di rumah yang menggunakan sistem tradisional pada zaman kesultanan Joson seperti ondol, daechongmaru, dan tingkap yang ditampal dengan hanji. Di sini juga orang ramai dapat menikmati konsert muzik tradisional, konsert gabungan alat muzik tradisional, kelas muzik tradisional dan sebagainya dengan percuma atau berbayar. Aktiviti-aktiviti berikut dijalankan di ‘danyoungwon’ dan ‘senghwalgwan’. Orang ramai dapat belajar mengenai budaya tradisional Korea sambil menikmati cara kehidupan dan kebijaksanaan orang Korea pada zaman dahulu.

2.Muzium arak tradisional Joenju
Muzium arak tradisional Joenju menayangkan dan menjual arak-arak tradisional Korea. Di sini juga kita dapat melihat bagaimana arak dibuat dan juga merasai pengalaman membuat arak.

3.Dewan tayangan barangan kraf
Di Dewan tayangan barangan kraf terdapat galeri barangan kraf tradisional, galeri barangan khas, galeri homestay untuk orang ramai dan galeri Myeongjang(pereka kraf) di mana kita dapat menikmati the tradisional. Barangan kraf juga dapat dibeli di sini.

4.Muzium hanji Jeounju
Di sini orang ramai dapat merasai sendiri pengalaman melihat bagaimana hanji dibuat dengan cara tradisional.

Category: Maklumat Daerah · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr