Jikji dalam dunia antarabangsa

Bendik Rugaas, penasihat jawatankuasa Cheongju UNESCO

Bendik Rugaas dari Perpustakaan Antarabangsa Norway, mengetuai mesyuarat semakan kali keempat dari 27 hingga 29 Jun 2001 dan seterusnya kali kelima di Cheongju. Wawancara bersama beliau untuk mengetahui proses semakan Jikji sebagai tinggalan dokumentasi dan latarbelakangnya.

Boleh anda ceritakan pandangan anda terhadap bandar Cheongju dan keputusan semakan?

Jawatankuasa kami telah berhasil mengumpul 21 jenis tinggalan sejarah menerusi mesyuarat yang diadakan di Cheongju di mana buku yang dicetak dengan alat cetak logam mudah-alih paling lama. Dan apabila saya melihat ramai kanak-kanak yang mengunjungi Muzium Cetakan Lama Cheongju, saya dapat rasakan yang masa depan seni percetakan, bandar Cheongju dan tinggalan dokumentari adalah cerah.

Untuk diiktiraf sebagai tinggalan dokumentari, adakah ia perlu melepasi kriteria pemilihan seperti pengaruh dan nilai terhadap masyarakat? Apakah kriteria yang dilepasi oleh Jikji?

Jikji adalah buku paling lama dalam percetakan logam mudah-alih. Buku ini telah memberi kesan kepada manusia dan pengaruhnya berkembang luas. Jadi ia merupakan tinggalan sejarah yang paling berpengaruh. Lagipun ia bersifat unik dan jarang ditemui dan kerana itu hanya satu jilid sahaja yang tinggal yang kini disimpan di Perancis.

Saya dengar bahawa Jikji dan kitab 42 baris Gutenberg melalui proses semakan dan diiktiraf pada masa yang sama.

Jikji adalah buku paling lama dalam percetakan logam mudah-alih manakala Kitab Gutenberg pula adalah yang paling lama di Eropah. Kedua-dua buku berjaya menukar seni percetakan dunia. Jawatankuasa UNESCO telah mengasaskan program semangat tinggalan dokumentasi dan telah mencadangkan kedua tinggalan sejarah itu diiktiraf oleh UNESCO. Apabila balik ke ibu pejabat UNESCO, saya akan berusaha mencari maklumat tentang bagaimana seni percetakan lama dapat dipelihara dan tersebar ke tempat lain.

Category: Jikji · Tags: , ,

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr