Kehidupan masyarakat Korea

Remaja berbangsa asing : Biasanya saya akan pergi ke sekolah pada waktu pagi dan selepas pulang dari sekolah saya akan menjalani aktiviti kelab ataupun menghadiri kelas muzik. Kemudian saya akan pulang ke rumah dan menikmati makan malam bersama keluarga. Bagaimana kehidupan kamu seharian?
Remaja Korea : Saya juga pergi ke sekolah waktu pagi dan pulang ke rumah untuk makan malam dan kadang-kala pergi ke kelas tambahan. Oh ya ada sesuatu yang tak dapat dipisahkan dari kehidupan kami iaitu telefon bimbit dan internet. Bapa saya akan menonton tv atau bermain permainan dengan telefon bimbit di dalam keretapi semasa pulang dari kerja. Ibu saya pula membeli-belah melalui internet. Saya juga menggunakan internet untuk mencari bahan yang diperlukan di dalam kelas. Abang saya ialah seorang pengaturcara yang sememangnya memerlukan internet. Bila difikir-fikirkan kami memang menggunakan telefon bimbit dan internet dengan pelbagai cara!

Bapa
simbol kerajinan dan ketekunan orang Korea

Bapa saya bekerja di syarikat pembinaan, biasanya pergi awal ke tempat kerja dan pulang lewat malam. Semasa saya masih kecil, saya selalu terasa dengan ayah saya kerana pada hari biasa sangat susah untuk melihat wajah bapa saya. Sebab itu kadang-kadang saya merajuk dengan bapa yang sibuk. Bapa saya berkata bahawa sebagai sebuah negara yang paling miskin 50 tahun yang lepas tapi berjaya mengadakan acara antarabangsa seperti Olimpik 1988 dan Worldcup 2002 dan menjadi antara negara yang terkuat adalah disebabkan oleh pekerja-pekerja yang rajin dan tekun seperti bapa saya. Bapa saya juga berkata yang dunia juga tahu bahawa orang Korea memang rajin bekerja dan sangat tekun.

 

 

 

Ibu
simbol semangat pendidikan

Para ibu Korea sangat mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka. Begitu juga dengan ibu saya. Kami pernah berpindah rumah untuk mencari persekitaran yang bagus untuk pendidikan. Demi untuk memasuki universiti yang terbaik saya harus mengikuti kelas tambahan dan juga tuisyen. Kadang-kadang semangat ini melampaui batas hingga mengakibatkan masalah sosial tapi pakar-pakar seluruh dunia mengatakan sebab utama Korea berjaya berubah menjadi negara perindustrian, demokrasi dan teknologi maklumat adalah kerana semangat dalam pendidikan yang ditunjukkan oleh ibu-ibu Korea.
Ibu saya berkata dalam negara yang kurang dengan sumber asli seperti Korea, seseorang yang berkemahiran adalah aset negara. Kadang-kadang saya tidak suka mendengar kata-kata ibu yang menyuruh saya belajar tapi demi impian dan cita-cita saya, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang yang berguna kepada dunia antarabangsa.

Abang
simbol negara teknologi maklumat

Abang saya bekerja sebagai pengaturcara komputer. Abang saya sentiasa bermain komputer dari waktu bangun tidur hinggalah tidur di malam hari. Jika kamu datang ke Korea, kamu akan dapat melihat di tepi jalan atau di dalam subway orang ramai membuat panggilan menerusi telefon bimbit, mendengar radio dari pemain MP3 yang sekecil aksesori, dan orang ramai yang sibuk mencari maklumat melalui komputer riba dan telefon. Baru-baru ini semakin ramai orang yang menonton tv melalui telefon bimbit.
10 tahun yang lalu, kita tak dapat membayangkan yang Korea akan berubah menjadi begini. Orang Korea mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi mengenai perkara-perkara yang baru dan mempunyai daya penyesuaian yang tinggi terhadap pembaharuan yang pantas yang membolehkan Korea berubah menjadi sebuah negara berteknologi maklumat yang hebat. Abang saya bangga dengan Korea kerana katanya tiada negara lain yang mempunyai sistem jaringan internet yang sehebat Korea.

Saya
impian saya, visi Korea

Proses pendidikan Korea ialah 6 tahun sekolah rendah, 3 tahun sekolah menengah rendah, 2 tahun sekolah menengah tinggi dan seterusnya peringkat universiti. Saya sekarang berada di sekolah menengah tinggi di mana saya harus memilih bidang apa yang saya mahu ikuti di universiti nanti.

Saya mahu menjadi seorang diplomat. Saya teruja bila memikirkan yang saya akan dapat pergi ke dunia luar dan dapat memperkenalkan Korea di mata dunia. Demi mencapai impian saya, sekarang saya menyertai VANK. VANK ialah laman web yang menyediakan fakta yang tepat mengenai Korea kepada orang luar dan orang Korea yang tinggal di luar negara. VANK juga menjadi pengantara antara sekolah luar negara dan sekolah Korea dan membetulkan maklumat yang salah mengenai Korea di seluruh dunia.

Pada abad ke-21, Korea mahu menjadi pusat asia, pintu gerbang asia timur laut dan menjadi negara yang berkongsi impian dan persahabatan dengan masyarakat dunia. Untuk mencapai impian itu, saya dan VANK perlu berusaha keras. Oleh sebab itu, kami perlu terus berhubungan dengan dunia dan memperkenalkan Korea ke seluruh dunia.

Leave A Comment

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr