Kubu kota Korea

Sejarah dan kubu kota tidak dapat dipisahkan sepertimana roti dan mentega. Bandar yang bersejarah dan peperangan selalunya berkaitan dengan kubu kota. Ini bermakna kubu kota dan manusia mempunyai hubungan yang erat dan buktinya ada di seluruh dunia. Biasanya bila kita terfikirkan kubu kota, mesti kita terfikirkan kubu kota di Eropah dan bila terfikirkan tempat yang banyak kubu kota, kita mesti terfikirkan Eropah juga.
Tetapi tidak ada negara yang mempunyai pelbagai jenis kubu kota seperti Korea. kubu kota Korea mempunyai bentuk luar yang unik dan ceritanya yang tersendiri. Tujuan utama percutian ialah untuk mencipta memori yang eksotik, jadi kubu kota Korea akan memberikan pengalaman yang terbaik untuk kamu. Kemaskan beg dan datanglah ke kubu kota Korea.

Tanah dan kubu kota Mongchontoseong dan Pungnabtoseong
Apabila memandu 30 minit ke Seoul dari lapangan terbang Incheon, menyeberangi sungai Han ke Oryundong, Songpagu, kamu dapat melihat sebuah bukit yang agak besar. Ini ialah destinasi kita yang pertama iaitu Mongchontoseong. Bila saya berkata yang bukit itu ialah kubu, kamu mungkin terkejut tapi bukit itu memang sebuah kubu kota kerana ia dibina bersama tanah.

Mongchontoseong dibina pada abad ke-3. Bermakna kamu sedang melihat kubu kota yang berusia 1800 tahun. Di sekeliling kubu itu terdapat parit. Dan di atas bukit itu terdapat dinding kayu yang dapat menghalang musuh!. Diameternya lebih kurang 2.7km dan tinggi bukit itu ialah 6-7m. Sungguh menakjubkan apabila memikirkan bagaimana mereka membina kubu yang sebesar ini pada abad ke-3. Pungnabtoseong pula terletak di Pungnabdong yang berdekatan dengan Oryundong.
Pungnabtoseong mempunyai struktur yang sama seperti Mongchontoseong. Kedua-dua kubu ini terbina bersama-sama dengan bumi. Kedua-duanya ialah sebahagian daripada ibu negara kerajaan kuno Baekjae yang memerintah selama 700 tahun dan kedua-duanya berbeza dengan kubu-kubu kota biasa.

Peperangan dan kubu kota Namhansanseong dan Mungyeongsaejae
Dahulu, apabila peperangan berlaku, kubu kota ialah tempat paling selamat untuk berlindung. Dan kubu yang paling hebat ialah kubu yang terletak di atas bukit. Kubu ini digunakan untuk menghalang perjalanan pihak musuh di mana boleh dikatakan sejarah kubu ialah sejarah peperangan itu sendiri. Korea mempunyai banyak kubu di atas bukit kerana di bahagian utara, rakyat sering diserang oleh puak-puak dari utara manakala di bahagian selatan pula menerima serangan dari Jepun. Kubu yang paling popular ialah Namhansanseong dan Mungyeongsaejae.
Selepas melawat Pungnabtoseong, pergi ke selatan Gyeonggido iaitu Gwangju dan anda akan sampai di Namhansanseong.

Tempat ini dibina pada tahun 1624 dan tujuan pembinaannya ialah untuk melindungi bahagian selatan Korea. Namhansanseong mempunyai 4 buah pintu. Jihwamun di sebelah selatan adalah pintu terbesar. Di tembok kubu itu terdapat banyak alat kemudahan ketenteraan. Yang pertamanya Sueojangdae ialah tempat mengintip musuh dan memberi arahan ketenteraan. Haenggung ialah istana sementara raja. Ongseong ialah dinding tembok yang dibina untuk menyerang musuh yang memanjat tembok itu tetapi sekarang ia digunakan tempat untuk melihat keindahan alam sekitar. Pemandangan yang kita lihat di Ongseong sangat indah dan kita dapat melihat cita rasa orang zaman dahulu.
Tetapi Namhansanseong mempunyai sejarah silam yang hitam. Pada musim sejuk tahun 1636, raja Jeoson(1392-1910) telah diserang oleh dinasti Qing dan raja telah melepaskan ibu negara Joseon iaitu Seoul lalu melarikan diri ke Namhansanseong. Raja dan rakyat telah berperang selama 45 hari tapi akhirnya menyerah diri kerana kekurangan bekalan makanan. Di kubu hanya terdapat bekalan makanan untuk 50 hari. Oleh itu, pemandangan kubu ini pada musim sejuk memberi kesan yang lebih mendalam.
Jika kamu pergi ke sebelah selatan Gwangju kamu akan sampai di Mungyeong daerah Gyongsangbuk. Di sinilah destinasi keempat iaitu Mungyeongsaejae. ‘Saejae’ bermaksud burungpun tidak dapat melepasi kubu ini. Daripada namanya dapat kita ketahui yang Mungyeongsaejae sangat curam dan orang zaman dahulu memanggil tempat ini sebagai tempat di mana hanya seorang askar dapat menghalang 1000 orang musuh. Selain itu, tempat ini adalah satu-satunya jalan yang merentasi pergunungan Soebaeksanmaek. Sejak tempat itu dikenali kedudukannya sebagai tempat yang penting, 3 buah kubu dibina untuk melindungi kawasan ini. Tetapi semasa Imjin Waeran(7 tahun), Jeneral Shin Lip gagal menempatkan tenteranya di sana. Kalau tenteranya ditempatkan di sana, peperangan mungkin akan berakhir selepas 1 minggu.
Lawatan ke Mungyeongsaejae bermula dari kubu pertama yang dipanggil Juheulgwan. Semasa melintasi tempat itu kamu akan melihat set studio drama dan filem sejarah. Jika berjalan ke depan lagi, kamu mungkin akan sampai ke kubu yang kedua iaitu Jogokkwan. Dan kubu yang terakhir ialah Joryeongkwan. Sebarang kereta tidak dibenarkan masuk ke kawasan kubu yang pertama hingga yang ketiga. Jadi kamu boleh bebas berjalan-jalan. Jika kamu berjalan perlahan-lahan sambil memerhati sekeliling, kamu akan dapat melihat pemandangan yang indah. Mungyeongsaejae mempunyai banyak cerita secantik pemandangannya. Tapi kita akan fokus kepada kubu jadi kita tidak akan bercerita mengenainya.

Manusia dan kubu Haemieupseong dan Gochangeupseong
Perang sudah tamat tapi manusia masih berkait rapat dengan kubu. Kali ini kita akan melawat kubu yang mengelilingi kampung. Destinasi kita yang kelima ialah Haemieupseong yang terletak di Seosan, Chungcheongnamdo. Jika kita masuk melalui pintu kelima iaitu Jinnammun, kita akan dapat melihat bahagian dalam tempat ini.

Haemieupseong
Terdapat kampung tradisional Korea di dalam tempat ini yang sudah menjalani pemulihan. Kesan tinggalansejarah majlis daerah masih ada lagi. Berbeza dengan kubu di Eropah atau Jepun, kubu Korea tidak berbohong. Kubu Eropah dan Jepun dibina untuk menunjukkan kuasa pemerintah dalam masyarakat feudal tetapi kubu Korea mempunyai lebih banyak fungsi dan pemerintahnya lebih mengutamakan rakyat maka mereka tidak boleh membina bangunan mewah sesuka hati. Haemieupseong mempunyai maksud yang mendalam tapi dindingnya amat sederhana. Teruskan berjalan untuk destinasi seterusnya.

Gochangeupseong
Gochangeupseong terletak di Gochang Jeollabukdo. Seperti Haemieupseong, ia juga dibina untuk melindungi kampung. Di bahagian dalam Gochangeupseong, terdapat kesan tinggalan sejarah. Di Gochangeupseong terdapat satu festival istimewa yang dipanggil Dabsongnori. Dabsongnori ialah satu perbuatan di mana wanita berjalan dan meletakkan batu di atas kepala. Pada musim dabsongnori, jika seorang wanita dapat mengelilingi kubu sebanyak satu kali, kakinya akan sembuh. Jika 2 kali, dia akan hidup tanpa penyakit dan jika 3 kali, dia dapat pergi ke syurga. Perkara ini menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung ke sana.

Raja dan kubu suwonhwaseong
Suwon Hwaseong bukan sahaja dibina untuk menghalang musuh tapi juga dibina sebagai satu cara raja berbakti kepada ibubapa dan menguatkan kuasa raja. Banyak cerita menarik berkaitan dengannya. Semasa Joengjo menjadi raja Jeoson, baginda telah menyiasat orang suruhan yang telah membunuh ayahandanya. Pada tahun 1794 semasa membuat siasatan, Jeongjo telah mengalih kubur ayahandanya ke Suwon dan mengarahkan Hwaseong dibina untuk berkabung demi ayahandanya. Jeongjo telah menggunakan cara pembinaan yang baru. Terutamanya sejenis alatan menyerupai kren yang dicipta oleh Jeongyakyong memainkan peranan yang penting. Dengan menggunakan alat itu Suwon Hwaseong siap dibina dalam masa 2 tahun. Ia dibina dengan menggunakan bata. Ini membezakannya dengan kubu kota Korea yang lain. Suwon Hwaseong mempunyai 4 pintu. Pintu sebelah selatan iaitu Phaldalmun adalah pintu terbesar. Pintu sebelah utara pula dikenali sebagai Janganmun bersempena dengan nama ibu negara lama China.
Jika berjalan mengikut tembok, kamu dapat melihat banyak jenis pembinaan. Oleh kerana Hwaseong berfungsi melindungi bahagian selatan Seoul, kebanyakan pembinaan adalah peralatan tentera. Pertama sekali, Jangdae iaitu pusat memberi arahan. Ada 2 Jangdae di dalam Hwaseong. Jangdae yang terletak di bahagian barat dikenali dengan nama Soejangdae dan Jangdae yang terletak di sebelah timur dikenali sebagai Dongjangdae. Gongsimru dan Poru adalah tempat menembak senapang dan meriam. Selain itu ia mempunyai struktur yang berbeza dengan bangunan lain. Bonghwadae ialah sistem komunikasi tradisional Korea. ia memberitahu kedatangan musuh melalui api dan asap. Banghwasuryujeong pula adalah sebuah astaka. Kamu akan terkejut apabila melawat tempat ini. Hwahongmun ialah pintu air. Ia adalah satu daripada 8 keindahan yang terdapat di Suwon. Di dalam kubu kota ini juga terdapat istama sementara iaitu Hwaseonghangung.
Hwaseong baru saja dibina dan tidak pernah mendapat serangan menyebabkan ia masih terjaga. Jika kamu dapat melihatnya sendiri, kamu akan dapat tahu kenapa ia diiktiraf sebagai warisan tinggalan dunia.

Bagaimana perasaan kamu apabila melawat 7 buah kubu lama Korea? Mungkin setiap orang berbeza tapi kamu mungkin sudah merasai pengalaman yang tidak akan dapat diperolehi di tempat lain. Akhir sekali, selain daripada 7 buah kubu kota yang disebutkan tadi, banyak lagi kubu kota seperti Achasanseong, Pukhansanseong. Jika kamu gemar melancong dan mahu mengunjungi tempat yang tidak ada dalam buku panduan, saya menggalakkan kamu pergi ke kubu-kubu sebegini.
Walaupun cerita ini pendek sahaja, saya berharap kamu akan dapat mencipta kenangan terindah di kubu kota lama Korea.

Category: Maklumat Daerah · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr