Makanan Korea

Makanan Korea biasanya terdiri daripada nasi dan lauk sampingan. Semenanjung Korea dikelilingi dengan laut dan 70% daripada daratan ialah gunung-ganang. Oleh itu pelbagai sayuran dan makanan laut menjadi bahan makanan utama. Salah satu ciri makanan Korea ialah terdapat banyak makanan yang diperam. Makanan yang diperam bagus untuk kesihatan dan berkesan menghalang penyakit. Terdapat 80~90% makanan sebegini daripada keseluruhan makanan.

Makanan Korea berbeza mengikut daerah dan ciri-ciri musim. Pada musim bunga, orang Korea selalu makan sayur-sayuran dan menggemari bau dan rasa yang segar. Pada musim panas pula makanan panas seperti samgyetang(sup ayam herba) sangat digemari. Terdapat banyak makanan pada musim luruh. Ada kek beras dan kekacang yang diperbuat dari beras yang baru dituai. Pada musim sejuk orang Korea membuat kimchi dan menyimpannya. Proses ini dipanggil kimjang. Pada musim ini juga, kita boleh lihat ubi keledek bakar dijual di tepi jalan.

Samgyetang – Biasanya samgyetang dimakan pada bongnal (hari yang paling panas pada musim panas). Ia dipercayai dapat menyejukkan badan semasa hari panas dan kering. Seekor ayam untuk seorang makan, akan disumbat dengan ginseng, bawang putih, jujub dan beras pulut. Samgyetang bukan makanan bermusim malah merupakan ubat terbaik semasa musim panas.

Seolleongtang – Kuahnya ialah sop tulang lembu. Sop itu diperbuat dengan merebus tulang dan daging lembu dalam masa yang lama. Seolleongtang disediakan dengan daging kering yang dihiris halus-halus. Kuahnya ditambah dengan daun bawang, lada hitam dan garam sebagai perasa tambahan.

Orang korea suka menggunakan pelbagai jenis jang seperti ganjang(kicap cair), gochujang( pes cili), doenjang(pes kacang soya) dalam memberi rasa kepada makanan. Dahulu keluaran Korea banyak berasaskan pertanian, maka pembuatan perasa menggunakan bijirin adalah meluas. Ganjang, gochujang, doenjang juga diperbuat melalui proses yang sama.

 

Category: Gaya “han” · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr