Muzik Korea

Musik Korea terbahagi kepada 2 bahagian. Yang pertama ialah muzik yang perlahan yang diminati oleh golongon atasan dan raja dan yang kedua ialah muzik yang rancak yang diminati rakyat biasa.

Antara contoh bahagian muzik yang pertama yang terkenal ialah Jongmyojeryeak yang dimainkan pada acara keagamaan pada zaman Joseon. Yang kedua pula ialah muzik yang dimainkan dengan 4 jenis alat muzik yang berlainan iaitu samulnori dan pansori(opera Korea).

Jongmyojerye adalah acara keagamaan untuk memuji raja dan permaisuri Dinasti Joseon. Jongmyojeryeak adalah muzik yang dimainkan pada acara Jongmyojerye. Pada 18 Mei 2001, Jongmyojeryeak disenarai dalam Karya Agung Budaya Lisan dan Takbenda Warisan Manusia UNESCO.

Samulnori terdiri daripada 4 jenis alat muzik perkusi iaitu buk(dram), janggu(dram berkepala dua), jing(gong) dan kkwaenggwari(sepasang gong kecil). Samul pada asalnya bermaksud 4 barang iaitu beopgo, unpan, mogeo dan beomjong iaitu 4 jenis alat muzik yang digunakan dalam acara Buddha di kuil. Tapi sekarang ia bermaksud 4 jenis alat muzik perkusi. Samulnori adalah berasal dari lagu yang dinyanyikan oleh petani yang diubahsuai kepada genre baru pada tahun 1978. Sekarang samulnori bukan sahaja terkenal di Korea malah juga di seluruh dunia.

Pansori sejenis muzik Korea, bermula di Jeollanamdo pada zaman pertengahan Joseon. Sorikkun(penghibur) berdiri sambil menyanyi, membuat pergerakan sambil bercerita. Gosu(pemain dram) pula bermain dram untuk menyemarakkan lagi keadaan.

Muzik Korea boleh disifatkan sebagai muzik yang menggunakan alat-alat muzik tradisional Korea. alat-alat muzik tradisional Korea wujud beribu-ribu tahun dahulu dan masih kekal hingga sekarang. Di antaranya ialah gayageum, geomungo, daegeum, danso, kkwenggwari beserta 60 jenis alat muzik yang lain. Alat-alat muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan kebanyakannya mengeluarkan bunyi yang lembut dan senyap.

1.Geomungo adalah instrument bertali dan ia juga dipanggil hyeongeum. Badannya panjang diperbuat daripada kayu paulownia ataupun kayu pokok berangan. Geomungo mengeluarkan bunyi apabila tali yang terdiri daripada 6 tali sutera yang dililit dipetik. Bunyinya dalam dan besar, kerana itu ia juga dipanggil ‘baek-ak-ji-jang’ yang bermaksud 100 jenis bunyi. Wangsanak, seorang pemuzik pada zaman Goguryeo mencipta geomungo dan memainkan lebih kurang 100 jenis muzik.  Di dalam buku Samguksagi(buku sejarah), alat muzik ini juga dipanggil dengan nama hyeonhakgeum kerana ada seekor burung jenjang berwarna hitam datang semasa alat ini dimainkan.

2.Gayageum juga termasuk dalam kategori alat muzik bertali. 12 tali diikat di atas papan yang diperbuat daripada kayu pokok paulownia dan dipetik untuk menghasilkan bunyi. Namanya diambil bersempena dengan nama kerajaan Gaya. Ia sudah dimainkan lebih dari 2ribu tahun dahulu. Gayageum yang digunakan pada zaman dahulu lebih besar daripada sekarang.

3.Haegeum juga merupakan alat muzik bertali. Haegeum digunakan dalam pelbagai jenis muzik bermula dari muzik istana hinggalah muzik rakyat biasa. Ia mengeluarkan bunyi apabila busur yang diperbuat daripada bulu ekor kuda digosokkan pada tali sebelah dalam dan juga luar. Haegeum juga digunakan semasa persembahan muzik paip. Sekarang pula, ton haegeum ditukar dan dimainkan tanpa bantuan alat muzik lain.

Category: Gaya “han” · Tags: ,

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr