Nilai alat cetak logam mudah-alih

Media terkenal dunia seperti BBC, Wall street Journal, Washington Post, Majalah Times melaporkan yang alat cetak logam mudah-alih ialah ciptaan terbaik dalam sejarah manusia. Sebagai contoh buku ‘The Life Millennium’ yang diterbitkan oleh Majalah Time, alat cetak logam mudah-alih adalah ciptaan terbaik di antara 100 ciptaan yang mengubah dunia dalam masa 1000 tahun.

Jika kita melihat artikel-artikel media yang terkenal, kebanyakannya membicarakan tentang kesan pengaruh besar alat cetak logam mudah-alih kepada manusia di mana ia melibatkan pelbagai bidang. Untuk mengetahui kesan dan pengaruhnya, terlebih dahulu kita perlu mengetahui bagaimana alat cetak logam mudah-alih ini dibangunkan dan pengaruhnya terhadap sejarah dunia.

Sebaliknya, jika pengeluar buku mempunyai satu set alat cetak logam mudah-alih, ia membolehkan pelbagai buku dicetak pada satu masa. Banyak buku dapat dicetak dengan harga yang lebih murah. Lebih banyak orang dapat membeli buku dan keinginan orang ramai untuk mencari ilmu semakin tinggi. Selain itu, penulis-penulis dapat menyampaikan ilmu pengetahuan dan pemikiran yang baru kepada orang ramai. Martin Luther adalah salah seorang daripadanya. Bukunya tersebar ke seluruh Eropah dan kesannya terjadilah reformasi agama. Selepas itu, banyak lagi pemikiran penulis-penulis yang tersebar ke seluruh Eropah dan mendapat sokongan yang banyak lalu membawa pelbagai perubahan dan reformasi. Kesimpulannya, alat cetak logam mudah-alih digunakan untuk menyebarkan maklumat secara meluas.

Alat cetak logam mudah-alih mempercepatkan lagi populariti maklumat, dan juga menjatuhkan golongan yang selama ini mendominasi ilmu pengetahuan. Malah, orang awam yang selama ini hanya menerima maklumat sahaja, mula menghasilkan maklumat dan menyebarkannya. Maka berlakulah pelbagai peristiwa bersejarah seperti Renaissance, reformasi agama, revolusi perindustrian, revolusi rakyat dan sebagainya. Tamadun moden juga menerima kesan pengaruhnya.

Sejarah Korea sebagai tempat lahir alat cetak logam mudah-alih juga mendapat kesannya. Walaupun percetakan secara blok dicipta di China dan banyak digunakan di sana, penciptaan alat cetak logam mudah-alih adalah dari titik-peluh dan usaha nenek-moyang mereka dalam usaha berkongsi maklumat dan menyebarkannya. Bagi negara China yang besar, walaupun dicetak menggunakan blok kayu, buku dapat dijual di seluruh negara dan hasil pernjualannya tinggi. Sebaliknya, Korea walaupun telah mencipta blok kayu, tetapi semangat mahu menghasilkan lebih banyak buku terus berkobar-kobar.

Bukti usaha nenek-moyang mereka adalah ‘Jikjisimchaeyojeol’. Jikji telah dicetak pada tahun 1377 iaitu tahun-tahun terakhir pemerintahan Goryeo di kuil yang kecil di Cheongju, ChungCheongbukdo. Kuil di mana Jikji dicetak adalah seperti yang tercatat di muka surat terakhir iaitu ‘Heungdoeksa’ tetapi lokasinya tidak dijumpai. Tetapi, semasa pembinaan kawasan perumahan secara besar-besaran di Cheongju pada tahun 1980-an, satu barang peninggalan telah dijumpai dan pada barang peninggalan itu terdapat nama kuil, ‘Heungdoeksa’.

Para pengkaji yang mengkaji mengenai tempat kelahiran alat cetak logam mudah-alih mengatakan percetakan logam di kuil yang kecil seperti Heungdoeksa menandakan yang mungkin juga buku dicetak di pejabat pusat atau kuil yang lebih besar. Tekaan ini disokong oleh buku ‘Jeungdoga’ yang dikatakan dicetak logam pada 1200-an. Tetapi ianya tidak diwarisi sesiapa dan kebenarannya tidak dapat disahkan.

Alat cetak logam mudah-alih semakin berkembang semasa bermulanya pemerintahan Joseon. Malah raja Joseon mengiktiraf nilainya dan membina pusat-pusat percetakan dan mencipta pelbagai logam cetak. Hasil daripada usaha itu ialah ‘Gyemija’ yang dibuat pada tahun 1403. Selepas itu, pada tahun 1420, ‘Gyeongjaja’, 1434, ‘Gabinja’, dan 1436 pula ‘Byeongjinja’ dibuat dan banyak buku dicetak dengan alat cetak logam mudah-alih. Kemajuan itu membolehkan pelbagai lapisan masyarakat dapat membaca buku.

Alat cetak logam mudah-alih memainkan peranan penting dalam sejarah Korea apabila tulisan ‘Hangeul’ diperkenalkan pada tahun 1446 di mana ‘wolinchongangjigok’ diterbitkan menggunakan alat cetak logam mudah-alih Hangeul dan buku ini masih boleh didapati sekarang. Kemajuan alat cetak logam mudah-alih yang dibuat dalam tulisan Hangeul memainkan peranan yang penting dalam memastikan kelangsungan Hangeul dan membolehkan pelbagai lapisan masyarakat belajar tulisan Hangeul itu.

Seni percetakan Korea berkembang ke luar negara dan banyak rekod menunjukkan bahawa percetakan ini juga berkembang ke China dan Jepun. Terutamanya kisah alat cetak logam mudah-alih telah diperkenalkan kepada Jepun telah direkodkan dengan jelas. Sebagai contoh, pada tahun 1592 semasa ‘Imjin Waeran, jeneral-jeneral tentera Jepun telah membawa pergi peninggalan sejarah Korea termasuk alat cetak logam mudah-alih yang diperbuat daripada tembaga.  Toyotomi Hideyoshi telah mengambil jenis tembaga itu dalam catatan pengembaraan tahun kedua(1593) dan memberinya kepada raja Jepun ketika itu, Maharaja Huyangsoeng. Maharaja ini telah menggunakan alat cetak logam mudah-alih jenis tembaga itu untuk dan mengarahkan Gomun hyokyung diterbitkan. Kisah ini dicatat dalam Sigyong gyonggi. Kemudian pada tahun 1597, alat cetak mudah-alih jenis kayu dicipta dan Kwonhakmun telah diterbitkan dan dalam epilognya telah dicatatkan bahawa cara percetakan menggunakan alat jenis kayu itu adalah daripada Dinasti Joseon. Sepertimana seni percetakan yang dicipta oleh Gutenberg memberi pengaruh kepada seluruh Eropah, dapat dilihat bahawa seni percetakan Korea ini juga telah memberi pengaruh kepada asia timur.

Dapat kita lihat bahawa ada persamaan di antara Korea dan barat selepas penciptaan alat cetak logam mudah-alih iaitu keruntuhan lapisan masyarakat yang mendominasi ilmu pengetahuan dan maklumat dapat disebarkan kepada orang ramai. Oleh sebab itu, seni percetakan logam mudah –alih ini mempunyai nilai yang tinggi. Terutamanya ia juga memberi kesan dan pengaruh kepada tamadun moden dan secara teorinya ia memberi kesan dan pengaruh yang besar berbanding  ciptaan yang lain.

Category: Jikji · Tags: , , ,

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr