Penyusun buku dan isi kandungan buku

Tajuk sebenar Jikji ialah Baegun hwasang chorok buljo jikjisimcheyojeol. Maksudnya ialah Baegun hwasang telah menyunting penjelasan tentang Jikji iaitu kata-kata Buddha yang paling penting daripada buku sami atasan. 

Penulis dan penerbit Jikji adalah dua orang yang berlainan. Baegun hwasang adalah penulis buku ini, dilahirkan pada tahun 1289 dan menjadi sami pada usia yang muda. Nama panggilannya ialah Baegun dan nama Buddhanya ialah Kyeonghan. Beliau adalah guru utama ajaran Zen dan meninggal dunia pada tahun 1374. Selepas kematian beliau, anak muridnya, Sokchan dan Dalcam telah mencetak buku beliau. Biarawati Buddha, Myodeok telah membantu menyediakan makanan dan kewangan.

Isi kandungan Jikji adalah himpunan ajaran Buddha. Isi kandungan utama Jikji ialah Jikji-insim-gyeonsong-songbul yang diambil daripada ayat kesedaran yang bermaksud ‘apabila kita melihat hati manusia dilihat dengan betul, kita akan sedar bahawa hati itu sebenarnya ialah hati Buddha’. Jika diterjemah maksud Jikji ini, ada beberapa maksud yang boleh dilihat seperti ‘ajaran yang tepat’, ‘hati yang ikhlas’, ‘mengurus secara terus’ dan sebagainya.

Anak murid Baegun telah menerbitkan buku itu di kuil Heungdeoksa, Cheongju, ChungCheongbukdo sebanyak 2 jilid. Sampai sekarang hanya satu jilid sahaja yang telah dijumpai dan ia disimpan di Perpustakaan Awam Perancis.

Category: Jikji · Tags: , , ,

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr