Pulau Dokdo

Pulau Dokdo berada di bahagian timur Korea. Ia terpisah sejauh 87.4km dari Pulau Ulleungdo dan untuk pergi ke Pulau Dokdo kita boleh menaiki bot/feri/kapal dari Pulau Ulleungdo. Pulau Dokdo terdiri daripada Dongdo dan Sodo dan juga beberapa pulau batu kecil di sekelilingnya. Pulau Dokdo mempunyai ketinggian 98.6m dan lanskapnya masih terpelihara. Pada hari yang cerah, Pulau Dokdo dapat dilihat dari Pulau Ulleungdo.
‘Buchaebawi(batu kipas)’ ialah batu yang berbentuk kipas. Nama itu diberikan oleh para nelayan kerana apabila dilihat dari sebelah selatan ia kelihatan seperti kipas. Para pengunjung boleh melihat batu ini apabila sampai di dok Pulau Dokdo.
 Kepada rakan-rakan yang dikasihi,

Ianya bukan mudah. Saya bertolak menuju ke Dokdo dari Ulleungdo sejauh 87.4km. Saya asyik muntah hinggalah tertidur. Suara kicauan burung camar berekor hitam mengejutkan saya dari tidur, dan akhirnya destinasi yang dituju juga sudah kelihatan.

Kami tiba di Dongdo tempat di mana polis Dokdo ditempatkan. Burung camar berekor hitam yang terbang bebas menarik perhatian kami. Burung-burung itu berkicau sesama sendiri mungkin bercerita mengenai cuaca yang indah dan pengunjung yang ramai. Burung camar akan singgah di Dokdo pada bulan Mei dan mereka menjadikan seluruh pulau sebagai habitat mereka.

Pulau Dokdo terdiri daripada dua buah pulau iaitu Dongdo dan Sodo, fakta yang tidak diketahui ramai. Kedua-dua buah pulau terletak sejauh 150m jauh dari satu sama lain. Purata kedalaman air di antara kedua buah pulau ialah 10m. Kami hanya mendapat kebenaran untuk pergi ke Dongdo dan hanya memerhatikan Sodo dari dok sahaja.

Bentuk Pulau Dokdo yang dikelilingi laut biru dan gelap agak misteri. Keindahan semulajadi Pulau Dokdo masih terpelihara. Tiba-tiba orang ramai mengerumuni seseorang. Di sebelahnya ada seekor anjing yang bernama cikimi yang tinggal bersama polis dokdo. Kawan cikimi iaitu dokdo tiada di sana kerana telah pergi ke tanah besar untuk melahirkan anak. Ia jinak dan pandai bergaya ketika diambil gambarnya.

Di cenuram Sodo terdapat sebuah kondo kecil. Nelayan di Sodo tinggal di sana. Rumah itu dibina selepas kedatangan Choi Jong Dok, penduduk pertama di dokdo pada tahun 1997 dan sekarang ia didiami oleh Kim Seoung Do, satu-satunya penduduk di situ.
 

Saya bertemu Encik Kim dan berbual sebentar dengannya.
   Kamu tidak kesunyian tinggal berseorangan di Dokdo?
   (sambil menunjuk ke arah rumah) Saya tinggal bersama isteri, kenapa pula rasa sunyi?
   Ada sebab-sebab tertentu kenapa encik tinggal di Dokdo?

Saya telah belayar selama 40 tahun dan saya suka tempat ini. Tempat ini bagus untuk menangkap ikan. Dan saya boleh tangkap gamat, abalone dan sotong di sini. Sebagai nelayan itulah sebabnya, mana ada lagi sebab lain? Haha.

Selalunya encik makan apa? Rasanya susah untuk mendapatkan makanan dari tanah besar.

Haha(ketawa).. Apa yang kamu risaukan sangat? Saya hanya perlukan sambal, kicap cair dan doenjang untuk makan makanan laut hari-hari.

Encik adalah satu-satunya penduduk di Dokdo. Mungkin encik ada cara tersendiri dalam menyayangi Dokdo. Tolong ceritakan beberapa sebab encik berbangga dengan Dokdo.

Berbangga?haha.. saya tidak pandai bermegah-megah. Saya dah cakap tadi, saya hanya sukakan Dokdo.

 

Category: Maklumat Daerah · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr