Samcheok

Bandar Samcheok, terletak di selatan Gangwondo dan mengadap Laut Timur dan terletak di utara Uljin, Gyeongsangbukdo. Di sini kita dapat menyaksikan laut yang indah dan gua penuh misteri.

Tempat yang sunyi dan aman ini terletak 1.4km jauh dari bandar.

Kamu boleh memasuki gua Hwason selepas melepasi tempat membeli tiket, beberapa buah rumah lama, jambatan, air terjun dan 398 anak tangga besi. 448 jenis tumbuhan liar sedang tumbuh di sekitar gua. Ia mengambil masa selama 1 jam untuk melawat dalam gua dari pintu masuk. Pada musim sejuk gua dibuka pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 5 petang dan pada musim panas pula dibuka pada pukul 8 pagi hingga 7 petang.

Tahukah kamu mengenai Samcheoksi di Korea? Di sana terdapat banyak gua dan ia merupakan tempat yang mengagumkan. Di Samcheoksi, separuh daripadanya ialah gua-gua tetapi disebabkan keadaan dalam gua yang agak merbahaya pelawat biasa hanya boleh pergi ke gua Hwaseongul dan Daegeumgul yang berada di bahagian taman Daeiri.

Kalau kita berjalan terus mengikut jalan bukit yang berkecerunan tinggi di Gunung Deokhang, kamu akan sampai di gua Hwansoengul. Jalan menuju ke Daegeumgul bermula di landasan keretapi. Kita dapat naik ke atas dengan menaiki keretapi Daegeum selama 7 minit. Jika menaiki monorel Daegeumgul, kita akan dapat melihat dunia tersembunyi yang penuh dengan stalaktit dan pembentukan batu-batan yang indah.

Banyak kisah tentang sungai. Salah satu daripadanya ialah seperti berikut. Ada seorang perempuan cantik muncul di air terjun Kampung Daeiri untuk mandi tetapi kalau ada orang kampung menghampirinya, dia akan hilang. Bila disuluh, orang kampung nampak dia masuk ke dalam gua. Jadi orang kampung menganggap perempuan itu pari-pari dan menamakan gua itu Hwanseongul atau gua dewi yang lahir semula.

Gua batu kapur terbina mengambil masa yang lama di mana air dan asid yang terhasil semulajadi bertindak balas dengan batu gunung. Bila mata sudah terbiasa dengan kegelapan di dalam gua, anda akan nampak batu-batu berbentuk tanduk dan bayang-bayangnya. Selain itu, di dalam Hwanseongul, ada jambatan pengakuan dimana jika kita melintasi jambatan itu, dosa kita akan terhapus.  

Bas yang pergi ke Samcheok boleh dinaiki di Terminal Bas Ekspres Seoul setiap 40~50 minit setiap hari. Pada hari minggu, bas pertama bertolak pada pukul 6.30 pagi dan bas terakhir ialah pada pukul 11.30 malam. Dan di Terminal Seoul Timur pula, bas bermula pada pukul 7.10 pagi hingga 8.05 malam iaitu sebanyak 15 perjalanan. Jika mahu memandu dari Seoul ke Samcheok, sila ikut Lebuh Raya Yeoungdong dan apabila sampai di simpang Gangneung, ikut pula Lebuh Raya Donghae ke arah Donghae. Kemudian ikut laluan nombor 7. Bayaran masuk ke Daegeumgul ialah 12000 won untuk dewasa dan kamu perlu membuat tempahan di laman ini : http://samcheok.mainticket.co.kr

Kamu akan dapat menemui banyak maklumat di laman ini. Di Samcheok, terdapat banyak pantai yang cantik dan di taman Haesindang, terdapat patung yang cantik. Saya berharap kamu akan melawat Samcheok.

Hyonsok

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr