Sejarah Korea

Remaja berbangsa asing : Mengetahui sejarah sesebuah negara dapat membantu dalam memahami sesebuah negara. Boleh beritahu saya tentang sejarah Korea?
Remaja Korea : Korea ialah sebuah negara yang mempunyai sejarah selama 5000 tahun. Negara yang mula-mula dibina ialah Gojoseon pada tahun 2333 sebelum masihi. Selepas Gojoseon, terdapat kerajaan seperti Goguryeo, Baekjae, Shilla dan kerajaan bersekutu Gaya dan lain-lain lagi. Peninggalan dari kerajaan-kerajaan ini masih dapat dilihat di beberapa tempat di Korea. Saya paling suka kerajaan Goguryeo. Lukisan dinding Goguryeo masih dapat dilihat hingga sekarang dan ianya jelas kelihatan seperti dilukis beratus-ratus tahun yang lalu. Dan saya paling menyangjungi Raja Gwanggaeto yang membina wilayah Goguryeo dan zaman kehebatan Goguryeo.

Gojoseon
2333 SM~108
Gojoseon ialah negara yang mula-mula terbina di Korea. Ketua Gojoseon ialah raja Danggun yang membina Gojoseon pada tahun 2333 sebelum masihi bermula di wilayah Lioning dan seterusnya berkembang ke asia timur.

Kerajaan Silla
57 SM~935 Masihi
Kerajaan Silla bertempat di bahagian tenggara Semenanjung Korea. Di awal pembentukan negara, Silla adalah kerajaan yang lemah tetapi selepas itu 3 buah kerajaan telah bersatu. Selepas bersatu kerajaan Silla semakin teguh dan mengadakan hubungan perdagangan dengan negara luar terutamanya selepas Jeneral Jang Bogo membina Cheonghaejin di Pulau Wando dan menghalau lanun-lanun, Silla mengetuai perdagangan laut di asia timur.

Kerajaan Goguryeo
37 SM~668 Masihi
Goguryeo menguasai kebanyakan wilayah Manju. Goguryeo adalah kerajaan paling kuat dan progresif di antara Baekjae dan Silla malah ianya adalah kerajaan terkuat di asia timur laut  pada abad ke-5. Terutamanya raja Gwanggaeto(tahun 375~413) adalah raja yang menguasai wilayah paling luas.

Kerajaan Baekjae
18 SM~ 660 Masihi
Baekjae adalah kerajaan progresif yang terletak di barat daya semenanjung Korea.Baekje mempunyai hubungan yang rapat dengan negara jiran dan banyak tenaga pakar, peniaga, tukang jahit, tukang rumah, para ilmuwan telah dihantar ke Jepun di mana hal ini banyak memberi pengaruh besar kepada pelbagai bidang kebudayaan Jepun.

Kerajaan Gaya
100~1 SM ~ 562 Masihi
Gaya ialah kerajaan gabungan beberapa buah negeri kecil yang berpusat di delta Sungai Nakdong di tengah laut selatan. Bersempadan dengan China, Korea dan Jepun, ia memainkan peranan yang penting sebagai perantara perdagangan dan budaya. Terutamanya besi yang dikeluarkan di Gaya mendapat sambutan di peringkat antarabangsa seperti China dan Jepun.

Kerajaan Balhae
698~926 Masihi

Selepas kejatuhan Goguryeo, seorang lelaki dari Goguryeo telah membina angkatan tentera yang terdiri dari rakyat Goguryeo dan kaum Malgal dan mereka bertempat di Jilin di Manchuria dan kemudian membina kerajaan Balhae. Kerajaan Balhae mengaku yang mereka adalah pengganti kerajaan Goguryeo dan menguasai hampir kesemua tanah bekas jajahan Goguryeo. Kebanyakan pemerintah Kerajaan Balhae adalah orang Goguryeo.

Dinasti Goryeo
918~1392 Masihi

Wang Geon telah menyatukan semenanjung Korea kali kedua dan membina Dinasti Goryeo yang mengambil nama sempena Goguryeo. Jikji, buku yang dicetak dengan alat cetak logam mudah-alih paling lama dan tembikar Goryeo, pencapaian kebudayaan terbaik Goryeo, dihasilkan pada zaman Dinasti Goryeo.

Dinasti Joseon
1392 ~ 1910 Masihi

Joseon mengambil nama sempena kerajaan pertama Korea. Joseon mengamalkan ajaran Konfusianisme sebagai panduan dan ajaran ini memberikan banyak pengaruh semasa pemerintahan Joseon. Maharaja Sejong(1394~1450), seorang raja yang paling dihormati oleh rakyat Korea, telah mencipta huruf Korea, Hangeul pada tahun 1446 dan juga mencipta penyukat air hujan, jam air, jam matahari dan sebagainya.

Zaman Pendudukan Jepun
1910~1945 Masihi

Pada akhir abad ke-19, Korea telah dijajah oleh Jepun. Demi meluaskan tanah jajahannya, Jepun telah menjajah Korea dan menghapuskan budaya Korea. rakyat Korea juga tidak dibenarkan menggunakan Hangeul. Rakyat Korea gigih menentang pendudukan Jepun sama ada di dalam atau luar negara sehingga Jepun mengalah pada perang dunia kedua.

Republik Korea
1945 ~ sekarang

Selepas kepahitan menghadapi pendudukan Jepun, Perang Korea(1950~1953) pula berlaku mengakibatkan semenanjung Korea terbahagi dua iaitu Korea Selatan dan Korea Utara. Korea telah menghadapi perubahan yang besar dari segi sosial, ekonomi dan politik. Tetapi Korea telah berkembang pesat menjadi sebuah negara yang penting dalam dunia antarabangsa apabila berjaya mengadakan Olimpik di Seoul pada tahun 1988 dan World Cup Korea/Jepun pada tahun 2002.

Kini, Korea adalah salah sebuah negara yang mempunyai rangkaian internet yang bagus di dunia dan negara yang paling pesat membangun dari segi ekonomi serta membangun sebagai negara teknologi maklumat. Korea sedang berusaha gigih untuk menjadi pusat asia, pintu gerbang asia timur laut dan negara yang berkongsi impian dan persahabatan dengan masyarakat dunia.

Category: Maklumat asas · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr