Seowon : ruang untuk pemimpin agung

Orang yang tercoret namanya dalam sejarah dan orang-orang yang menjangkaui masa mempunyai persamaan. Mereka mempunyai pegangan yang kuat, menjadi diri sendiri dan mempunyai penasihat yang dihormati dalam mencapai cita-cita.

Orang yang tercoret namanya dalam sejarah dan orang-orang yang menjangkaui masa mempunyai persamaan. Mereka mempunyai pegangan yang kuat, menjadi diri sendiri dan mempunyai penasihat yang dihormati dalam mencapai cita-cita. Thomas Edison tidak akan wujud jika tiada ibunya. Mozart pula bukan siapa-siapa jika tiada bapanya dan dia tidak akan ada keberanian untuk mendekati muzik klasik. Jika tiada Ann Sullivan, Helen Keller tidak akan dapat melepasi perbezaan dan tidak akan dapat menjadi idola kepada ramai orang. Bila melihat kerajaan Jeoson, ibubapa pada zaman itu sangat menekankan pendidikan moral anak-anak. Seowon adalah contoh nilai-nilai kerajaan Jeoson. Melancong didefinasikan sebagai merasai pengalaman melihat alam semulajadi dan budaya dengan tujuan pendidikan, perniagaan atau kepuasan. Tetapi bagi saya, melancong ialah meletakkan diri saya dalam lingkungan budaya dan semangat orang lain. Seowon akan memberitahu kenapa orang luar akan tertarik dengan budaya Korea. Kita ada 101 sebab-musabab kerana kita harus menjejakkan kaki ke Seowon ini.

Yang pertama, mari kita ketahui lebih lanjut mengenai Dosan Seowon yang dibina pada 1560-an oleh cendekiawan Lee Hwang. Beliau mengajar anak murid beliau tentang seorang yang jujur yang berwibawa dan bermaruah. Jadi Dosan Seowon telah melahirkan ramai cendekiawan yang terkenal. Seowon ini bermula sebagai sekolah persendirian, anak-anak murid beliau yang telah berjaya meninggalkan tanda di sekolah dan kampung itu, dan hidup bersama-sama dengan kesan peninggalan Lee Hwang dan kenangannya serta sumbangannya.

Yang kedua, Sosu Seowon adalah seowon terawal dibina di Korea oleh cendekiawan Ju Se-bung pada tahun 1542 untuk mengingati Anhyang. Anhyang juga adalah seorang cendekiawan yang terkenal pada zaman Dinasti Goryeo. Sosu Seowon telah mengangkat semula ajaran Konfusianisme yang hampir hilang dan bertujuan mengekalkan ajaran itu. Seowon itu mungkin kecil berbanding seowon yang lain, tetapi sebaik sahaja anda memasukinya, anda akan merasai kebebasan dan kemurnian. Di sebelahnya terdapat sungai Nakdong yang mengalir tenang. Anda mungkin akan menganggap bahawa seowon adalah tempat sarjana Korea mencipta impian dan menyebarkan falsafah mereka.

Saya pernah pergi ke Sosu Seowon. Apabila saya masuk ke sana, tiba-tiba segala tekanan dan kerisauan saya hilang. Tempat ini memberi ketenangan yang tidak pernah saya rasa sebelum ini. Angin bayu yang datang dari sungai Nakdong bagaikan sedang mengelilingi Sosu Seowon dan menenangkan jiwa saya. Bila saya menjejakkan kaki dan berjalan di sekitar kawasan ini, saya dapat memahami keanggunan nenek moyang saya. Dan saya juga tahu bahawa setiap tapak di tempat yang penuh dengan ajaran Konfusianisme yang terkenal itu akan menjadi tempat kunjungan yang bernilai kepada para pelancong. 

Kini, kita hidup dalam dunia yang cepat bertukar dan manusia memang mementingkan setiap minit dan saat. Para pelajar belajar bersungguh-sungguh, bersaing sesama sendiri di universiti iaitu medan peperangan mereka demi menjadi pemimpin bertaraf dunia pada masa depan. Bagi orang dewasa pula, mereka lebih bertanggungjawab ke atas kerja yang diberikan demi kemajuan negara. Apabila kamu berasa letih bekerja, bagaimana kalau kamu datang melawat ke seowon dan tenangkan fikiran? Seowon akan menolong kamu mencari erti sebenar kehidupan ini. Lee Hwang yang membina Dosan Seowon berkata ‘adalah salah jika tujuan belajar hanya untuk mendapatkan pangkat yang tinggi. Belajar untuk tujuan untuk tugas kemanusiaan dan mempraktiskan kebaikan di mana itulah tujuan pendidikan yang sebenar’. Meneruskan kehidupan di bumi ini ibarat peperangan yang tidak berkesudahan. Ambillah peluang melawat pusat pendidikan seowon ini dan renungkanlah diri.

Category: Maklumat Daerah · Tags:

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr