Surat Jikji

Saya sebagai ahli VANK, mempunyai minat yang mendalam terhadap alat cetak logam mudah-alih, ciptaan agung manusia yang membolehkan maklumat disebar meluas. Ini adalah kerana dengan alat inilah reformasi keagamaan dan renaissance berlaku di Eropah pada abad ke-16 dan juga pada abad ke-21, rangkaian maklumat menerusi internet menjadi sebuah kenyataan. Dengan minat yang mendalam tersebut, saya banyak melihat buku-buku teks, laman web dan kamus terkenal di seluruh dunia hinggalah saya terjumpa maklumat sejarah yang tidak berapa tepat dalam buku yang diterbitkan oleh pihak tuan.

Pihak tuan memperkenalkan seni percetakan Korea dan Jikji dan tersilap dalam memberi maklumat seperti di bawah.

Kandungan di atas adalah tidak tepat. Jadi ia patut diubah kepada kandungan seperti di bawah.

Ia agak mengejutkan apabila laman web institusi yang agak terkenal seperti pihak tuan melakukan kesilapan sebegini.

Jikjisimcheyojeol atau dipendekkan menjadi Jikji adalah buku mengenai ajaran Buddha yang dicetak menggunakan alat cetak logam mudah-alih yang paling lama. Jikji telah ditulis 78 tahun terlebih dahulu berbanding Kitab 42 Baris oleh Gutenberg, Jerman yang dikatakan buku pertama dicetak oleh alat cetak logam mudah-alih. Ianya kini disimpan di Perpustakaan Awam Perancis. Pada September tahun 2001, ia diiktiraf sebagai Memori Dunia. Jika melawat ke laman web di bawah, pihak tuan boleh lihat laman web UNESCO berkaitan Jikji dan maklumat mengenai Jikji.

Pihak tuan adalah pihak yang penting dalam memberi maklumat mengenai kebenaran kepada semua pelajar di seluruh dunia yang berminat tentang sejarah percetakan. Jadi saya berterima kasih kepada tuan jika tuan dapat memberi maklumat yang tepat kepada masyarakat dunia.

Harapan VANK adalah supaya usaha sukarela seperti ini dapat mengembalikan semula semangat mencipta kepada masyarakat dunia sepertimana penciptaan alat cetak logam mudah-alih pada abad ke-14 yang merupakan ciptaan agung manusia. Pada abad ke-21, Korea yang dikenali sebagai negara teknologi maklumat sebelum ini, kami berharap Korea sekali lagi mencatatkan sejarah dunia. Kami mahu memberitahu tahu dunia tentang imej Korea itu. Demi memastikan impian kami tercapai, kami akan tunggu bantuan dan kerjasama tuan.

 

Category: Jikji · Tags: , , , ,

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr