Bulgogi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 Bulgogi bukan sahaja disukai oleh pelancong yang datang ke Korea, malah kebanyakan orang Korea sendiri menggemarinya. Ia digemari kerana rasanya yang manis, berkuah dan tidak perlu dimasak begitu lama. Bulgogi selalunya dimakan bersama sayur-sayuran seperti salad atau daun bijan dengan cara membalut daging dengan sayuran. Dengan ini, rasa bulgogi akan bertambah sedap dan pelbagai jenis nutrien dapat diserap ke dalam badan. Oleh sebab itu,  apabila kita dihidangkan dengan bulgogi, tiada lagi rasa kekurangan dari segi zat dan kepuasan.

 ▶ Bahan-bahan

600g Sirloin dipotong nipis, 3 sudu besar gula, 2 sudu besar minyak bijan, 300g salad, 12 biji bawang putih, 6 biji cendawan, 1/2 biji bawang besar

Bahan perapan: 4 sudu besar kicap cair, 4 sudu besar daun bawang yang dicincang, 1 sudu kecil bawang putih yang dicincang, 2 sudu besar garam bercampur bijan, 2 sudu besar wain beras, lada hitam

 ▶ Cara memasak

1. Cendawan, bawang besar dan bawang putih dihiris halus.

2. Sirloin yang dipotong nipis-nipis digaul rata dengan gula dan minyak bijan.

3. Kicap cair, daun bawang cincang, bawang putih cincang, garam bercampur bijan, wain beras dan lada hitam dimasukkan ke dalam mangkuk dan digaul rata.

4. Masukkan daging ke dalam perapan dan perap selama 30 minit.

5. Panaskan kuali terlebih dahulu dan masukkan daging.

6. Sayur juga dimasukkan ke dalam kuali sehingga masak.

7. Hidangkan bersama daun salad.

 *Makan cara Korea ialah membungkus daging bulgogi dan sayur dengan daun salad.

Category: Makanan terkenal · Tags: , ,

Leave A Comment

You must be logged in to post a comment.

Contact Us

VANK
2nd floor, 30, Bomundong4-ga,Seongbukgu, Seoul, Republic of Korea

Email Us
Find us on Youtube
Find us on Flickr